Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya menu ni dah lama tertunggak... Kalau bil api air, dah lama dah kena potong.. Nasib baik la, cuma gambar je.. kalau betul2.... sekarang baru nak hidang...... mesti dah basi kan.. Bukan apa, masa tak mengizinkan untuk saya bersiaran di blog kesayangan ni...
Selalunya kalau beli ikan ayam2, Ummi akan masak kari atau percik.. Tapi oleh kerana kesuntukan masa, saya masak asam pedas je lah.. Pastu ada ikan selayang sket...masak singgang untuk sikecik...Lagipun saya ada beli lauk siap kat Pasar Sehari Alor Lintah... Jadi, takde la nak kelam kabut sangat.... Takde daun kesum, cuma taruk bunga kantan... Sedap juga. Cara masak asam pedas, saya guna resipi makcik saya... Cuma blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih, sedikit kunyit hidup dan halia. Kemudian ditumis hingga garing, campurkan air asam jawa secukupnya untuk kuah. Baru dimasukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kemudian direneh guna api kecil selama sekurang2nya setengah jam supaya bumbunya mesra dengan ikan.. Akhir sekali, campur bunga kantan. Dah siap lauk hidangan tengahari, tinggal sediakan kerabu pucuk paku dan tunggu nasi masak...
Ikan selayang masak singgang, untuk sikecik ku yang dah besar...
Untuk kerabu pucuk paku, saya cuma tumbukkan bawang merah, belacan, udang kering, sedikit halia dan kerisik. Tambah garam gula secukup rasa, kemudian masukkan pucuk paku yang dicelur. Tambahkan hirisan bawang besar dan lada hidup. Akhir sekali, perahkan limau nipis. Gaul rata2, siap untuk disajikan.
Kerabu terung campur kulat gelam.. Beli kat Kedai Sari atau Pasar Sehari Alor Lintah..
Yang ini pulak, kerabu sarer @ rumpai laut... pun beli kat Kedai Sari gak.. Jemput tengok ye..
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment