Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat. Juadah pagi raya saya tahun ini, juadah tradisional.... ada pulut lepa, ketupat dakap pulut hitam dan lontong daun pisang, rendang ayam, sate ayam dan sambal kacang aje...... al maklum, nanti tengahari nak masak gulai daging pulak..lagipun, boleh dimakan dengan lontong dan pulut dakap juga.. kalau masih ada lebih..
lontong daun pisang, ketupat dakap dan pulut lepa.
rendang ayam untuk dimakan dengan lontong daun pisang
satay ayam, resipi turun temurun keluarga
kuah kacang..
ini la rupa lontong saya yang dah siap dipotong... lembut sangat..(bukan senang tau,masuk bakul angkat sendiri.. hihiiii...) saya buat lontong ni menggunakan daun pisang kepok yang dijemur di panas matahari supaya jd layu (senang nak gulung)... kemudian gulungkan daun pisang dan dimasukkan beras yang telah dicuci.. anggaran satu bahagian beras dan dua bahagian air... dengan menggunakan tali rafia, kedua2 bahagian diikat kiri dan kanan.. jadi macam gula2.. lepas tu rebus selama dua jam.... kena balik2kan selalu semasa merebus, supaya masak sekata.... dah masak, sejukkan... baru boleh dipotong2...
dipanggil ketupat dakap.... pulut yang dah siap dikukus, dicampur pati santan, garam dan gula... diarun hingga sebati.. dibungkus dalam daun pisang.... dua biji ketupat yang dibungkus diikat menjadi satu.. ikat ketat2 menggunakan tali rafia.. kemudian dikukus atau direbus sampai masak..
pulut lepa atau pulut panggang.. setengah tempat sebut lemper.. bezanya pulut lepa menggunakan inti ikan, manakala lemper intinya menggunakan serunding kelapa pedas.. Bukan selalu dapat makan pulut lepa yang Ummi buat...
KETUPAT DAKAP PULUT HITAM
bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam
gula secukup manis
daun pisang untuk membungkus
tali rafia untuk mengikat
cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku
masak. campurkan dengan pulut hitam,
pati santan, garam dn gula. Arun2 hingga
keluar minyak. Kukus sekali lagi selama
30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai
sejuk.. Kemudian boleh la dibngkus dlm daun pisang spt lepat. Setelah siap, amik biji pulut dan ikat
jadikan satu. Ikat kemas2.. Selepas itu,
boleh la dikukus selama 45 minit.. Kalau
guna kaedah rebus, masukkan ketupat dlm periuk, dan tuangkan air.. tp jgn
sampai ketupat tenggelam. Rebus guna api perlahan sehingga kering airnya.
Selamat mencuba..
PULUT LEPA
bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam
daun pisang untuk membungkus
lidi yang ditajamkan, potong sepanjang 1 1/2 inci
cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku
masak. campurkan dengan pulut hitam,
pati santan, garam dn gula. Arun2 hingga
keluar minyak. Kukus sekali lagi selama
30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai
sejuk..
bahan2 untuk intinya
1kg ikan selayang, dibakar dan ambik isinya sahaja
1 biji kelapa, ambil santan
2 inci halia
10 biji bawang merah
garam gula secukup rasa
cara : campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga masak dan kering seperti serunding.
cara membuat pulut lepa.
pulut yang dah sejuk diletak atas daun pisang dan letak inti serunding ikan. Bungkus kemas dan semat dengan lidi. Setelah semuanya siap, bakar menggunakan bara api hingga masak.
Selamat mencuba..