Masa sekolah dulu, belum pandai makan dan masak sambal ikan tongkol.. Sebab selalunya ummi masak singgang atau gulai jer...saya pandai makan ikan tongkol masak sambal ni masa tinggal di Dungun, Terengganu. Masa tu, beli nasi lemak kat satu warung makcik tu dan lauknya ialah sambal ikan tongkol. Pelik juga, sebab tak pernah makan... sebab selalu ummi masak sambal bilis jer untuk nasi lemak, tapi bila dah makan, alohai.... tiap2 hari mesti nak makan nasi lemak ikan tongkol. Saya pun bukan pandai masak sambal ikan tongkol ni.. dah macam resipi saya cuba, hinggalah saya bertemu dan kenal baik dengan jiran saya warga Thailand, yang berkahwin dengan orang jati Terengganu.. Pertama kali saya makan lauk sambal ikan tongkol dia, memang sedap.. apa lagi, terus minta dia ajar saya macam mana nak masak sambal ikan tongkol yang sedap..
OK, ini resipi sambal ikan tongkol yang saya maksudkan.
Bahan2
Ikan tongkol, kalau dapat jenis ikan tongkol hitam dan besar
sedikit halia, lengkuas, kunyit dan bawang putih dimayang halus
asam keping secukup kegunaan
gula melaka atau gula kerek
beberapa titis cuka makan
garam secukup kegunaan
beberapa biji cili padi, biar sebiji2
Bahan2 sambal (dikisar lumat)
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit belacan - jika suka
satu batang serai
3 senduk cili kering yang dikisar - cili boh pun boleh
minyak untuk menumis
Cara2 Membuatnya
Ikan disiang dan dicuci bersih. Potong kepada 2 atau 3 kepingan besar (kalau nipis tak sedap). Masukka ke dalam periuk, taburkan garam dan bahan2 hiris, juga asam keping. Masukkan air separas dengan ikan dan titiskan cuka. Masak hingga mendidih. Kecilkan api, masukkan gula kerek secukupnya dan renehkan hingga agak air rebusan tinggal separuh.
Dalam kuali, tumiskan bahan2 kisar kecuali cili hingga garing. Kemudian baru dimasukkan cili kisar dan masak atas api kecil sampai garing dan naik minyak. Kemudian, baru dimasukkan ikan rebus tadi beserta air rebusannya. Bahan2 sampah spt asam keping dll tu tak payah masukkan. Masak hingga mendidih dan pekat. Tak perlu dimasukkan garam dan asam sebab ikan rebus tadi dah secukup rasa. Tambah jika perlu sahaja. Akhir sekali masukkan cili padi sebiji2. Kemudian bolehlah dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal ini sedap dimakan dengan nasi putih, ulam timun dan sambal belacan.
No comments:
Post a Comment