Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
18 February 2011
KETAM BERCILI a.k.a SINGAPORE CHILLI CRAB
Chilli crab memang popular kat negara seberang iaitu Singapore. Ketam yang digunakan ialah ketam bangkang.. Memang mahal harga ketam ni, sebab isinya memang banyak dan sedap pula.. Ini sebenarnya menu malam Ahad lepas. Kami sekeluarga pergi ke Pasar Borong Smart, bersebelahan Carrefour, Johor Bahru. Kebetulan nampak ketam, suami suruh belikan dan masak Chilli Crab. Saya masak Chilli Crab Singapore style.. Ermm.. memang sedap dimakan panas2. Resipi untuk Chilli Crab, senang saja.. saya tengok rancangan Chef In Black di Singapore.. Jadi resipinya, saya ikut cara diorang masak la.. tapi agak2 jer lah sebab masa tengok rancangan tu, tak salin pun resipinya. Tapi lebihkurang macam ni:-
bahan2
1kg ketam bangkang
Minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
bahan2 hiris
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (saya main taruk jer)
1 senduk cili kisar, atau secukup keperluan
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
sedikit cuka
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung dicampur sedikit air
2 biji telur ayam, dipukul
Cara2 membuatnya
Ketam dicuci bersih2. Semasa proses mencuci ketam ni, seeloknya guna berus sabut yang kecil, sebab kulit ketam ni kotor sket. Kemudian dipotong2 dan bilas. Kemudian toskan.
Panaskan minyak dan masukkan sedikit garam. Gorengkan ketam, tapi jangan terlalu lama. Cukup supaya kulitnya berubah warna jadi merah. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan2 hiris hingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila cili dah garing, masukkan air, garam, gula dan serbuk perasa. Titiskan beberapa titis cuka. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng. Kacau rata2, masukkan campuran tepung jagung. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul. Kacau rata2 dan sesuaikan rasa. Kemudian bolehlah dihidangkan. sedap dimakan semasa masih panas dengan nasi atau roti.
Selamat mencuba.
Labels :
KETAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment