KAWAN-KAWAN SAYA

07 February 2011

KENDURI DOA SELAMAT

Kenduri doa selamat ini diadakan pada hari Rabu 2hb Februari 2011 bagi merasmikan bengkel kami iaitu bengkel untuk perusahaan kuih-kuih sejukbeku (frozen). Hanya kenduri kecil-kecilan yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran terdekat.

Majlis dimulai dengan solat hajat dan diakhiri dengan jamuan makan malam. Juadah yang disediakan hanyalah nasi putih, gulai ayam, gulai kuning ikan aya, sambal, ikan kering goreng, acar, teresek kacang, sira labu dan buah tembikai. Biarpun hanya juadah ringkas dengan peralatan ala kadar, semuanya berjalan sempurna. Kesemua lauk pauk disediakan oleh jiran2 dan saudara mara yang datang membantu.

Semoga diperkenankan oleh Allah swt hajat kami dan dipermudahkan segala urusan. Aminnn...


Bengkel kami yang baru siap. Bengkel kecil ini adalah hadiah untuk Ummi setelah berpenat lelah lebih 20 tahun berniaga kuih2 frozen di pasar malam. Mudah2an dengan kemudahan yang diberikan akan dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan beliau. Insya Allah, satu masa nanti saya juga akan turut sama mengikut jejak langkah Ummi sebagai pengusaha kuih2 frozen. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian di atas sumbangan yang sangat bernilai ini.


hanya saudara mara dan jiran terdekat yang kami undang


Gulai ayam ini tidak menggunakan rempah kari yang khusus. Cuma diaduk sendiri menggunakan bawang2, lengkuas yang banyak, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih juga serbuk cili.


gulai kuning ikan aya disediakan untuk mereka yang tidak boleh makan lauk gulai ayam


sambal ini yang special sebab dari A to Z, saya yang buat sendiri. Cuma cili padi, belacan, tomato, cuka, gula dan garam diblend sekali sampai lumat. Akhir sekali masukkan sedikit nenas masak yang dicincang.


sira labu pun dibuat last minute.. sebab bila semua dah siap, barulah perasan tak ada hidangan pencuci mulut.. Nasib baik ada labu sebiji, terus saya potong dan buat sira. Tak sempat nak rendam dengan air kapur pun.. Nasib baik labu tak benyek.


acar timunm. Inilah rupa bentuk acar timun orang kampung saya.. Acar orang dulu2, mereka tak suka acar timun yang dihiris nipis.. Bila semuanya bergaul, timunya masih rangup lagi..


Kalau tak ada teresek, hidangan kenduri tak lengkap. Tapi jantung pisang tak ada, maka diganti dengan kacang panjang. Cuma hati dan pedal ayam yang ditaruk.. Memang sedap.

2 comments:

  1. memang sahlah kabar angin korang berdua nak berenti.Bagus! bagus! sampai bila nak kerja makan gaji tak? Aku doakan selamat maju jaya.satu hari boleh order ngan ko...he he he..

    ReplyDelete
  2. tq nikths.. kami mmg dah nak berenti pun.. lgpun dah tiba masanya kami berbakti kpd org tua.kesian ummi n abah..sepatutnya diusia emas mcm tu, diorang dah berehat..

    nak order boleh.. klu balik kelantan, singgahle tmpt kami...

    ReplyDelete