Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
11 May 2012
SAMBAL KERING IKAN BILIS BERKACANG
Assalamualaikum wbt..
Sambal bilis ni, saya buat pagi tadi...itupun teringat kat ikan bilis yang baru beli masa pergi rumah Mak Uteh..ikan bilis segar yang diproses dan dikeringkan di tengah laut, kata Mak Uteh..jadi belilah sekilo bawak balik.. Sambil2 masak mee goreng untuk sarapan, saya masaklah sambal ni. kebetulan semua bahan yang diperlukan ada kat dapor.. apa lagi... bermula lah operasi saya...
mula-mula, gorengkan ikan bilis sampai garing..kemudian, gorengkan kacang tanah. kemudian kisar sedikit bawang putih, bawang merah dan cili kering (lebihkan sedikit). saya tak suka guna banyak bawang merah, sebab nanti kacang jadi lemau.. Kemudian tumiskan dengan minyak secukupnya sampai garing.. dah garing, masukkan gula, kacau sampai pekat dan naik minyak.. campak sekeping asam gelugur..tambah garam secukup rasa.. kemudian, campurkan ikan bilis dan kacang tanah goreng. kacau rata2, bolehlah diangkat. kalau taknak makan, boleh simpan dalam bekas kedap udara...
Selamat mencuba.
10 May 2012
NASI KHAO MOK (KOMOK) @ KHAO MOK GAI
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, baru selesai makan tengah hari.. walaupun jam dah pukul 3 petang. Memang rutin harian macam ni... dah masuk masa minum petang, baru makan tengah hari..
Nasi komok..guna beras wangi..terlembik sikit nasinya.. saya makan dengan acar timun, sos cili dan ulam daun salad kobis..
acar timun, campuran timun, bawang besar, cili merah, gula, cuka dan garam secukup rasa..
sos cili padi- saya guna cili padi hijau, bawang besar, bawang putih, sedikit halia, daun ketumbar, daun bawang dan cuka, gula dan, sos nampla..dicampurkan dan dikisar sampai lumat. Tambah garam jika perlu.
Ini dia rempah nasi komok.. Satu uncang rempah adalah untuk 4 cawan beras dan 600gm ayam. Saya kirim beli rempah ni melalui seorang rakan yang kebetulan balik ke Thailand bulan lepas. Hari ni baru berkesempatan masak nasi komok ikut resipi beliau.. Terima kasih Kak Dah..
Ada dua versi nasi komok, salah satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan iaitu menggunakan ayam goreng yang diperap menggunakan rempah komok. Walaubagaimanapun, terpulang kepada selera masing-masing. Saya lebih suka nasi komok yang dimasak bersama ayam..dicecah dengan sambal dan dimakan bersama-sama ulam timun dan salad atau acar. Yummy..yummy... Resipi nasi komok dah pernah saya post dalam entri sebelum ni... jadi tak perlulah saya tulis sekali lagi kan....
Ini pulak resipi dari blog kurniaanmu@blogspot.com. Terima kasih kepada tuan punya blog, Puan Arah, dari Bangkok, Thailand...
KHAO MOK GAI/THAI STYLE CHICKEN N YELLOW RICE RICE n CHICKEN RECIPE : HERE SAUCE RECIPE : 3 HUNGRY TUMMIES
Ingredients:(Bahan-bahan) For the marinade:(Bahan Untuk Perapan) 4-6 pcs bone chicken (4-6 ketul peha ayam atau part lain pon ok) 3 bay leaves (3 Helai daun Salam>>betul ke daun salam? :D kita guna yg kering) 1 tbs turmeric (1 sb serbuk kunyit) 1 tbs ground corriander (1 sb serbuk ketumbar) 1 tbs curry powder (1 sb Serbuk kari>>yg ni kita guna serbuk kari thai, guna serbuk kari ayam pun ok) 1 tbs cumin powder ( 1 sb serbuk jintan putih) 1 tbs ground cinnamon (1 sb serbuk kayu manis>>yg ni kita kurangkan 1/2 sb) 2 tbs sugar (2 sb gula>> kita guna 1 sb gula sahaja) 1 tsp salt (1 sk garam) 2 cups milk or half & half ( 2 cwn susu segar atau cair>>kita guna 1 cwn, 1/2 cwn susu segar dan 1/2 cwn susu cair) For the rice: (Untuk Nasi) 3 cups uncooked rice (3 cwn beras>>kita campurkan dgn basmathi) 2 1/2 cups water/broth (2 1/2 cwn air/ Stok ayam>>kita guna stok ayam) 1 tbs salted butter (1sb mentega>>kita gunakan minyak sapi) 4 medium size shallots (4 ulas bwang merah saiz sederhana) 2 bay leaves ( 2 helai daun salam) 1 tsp turmeric ( 1 sk serbuk kunyit) 1 tsp curry powder (1sk Serbuk Kari) 1 tsp ground cumin (1 sk serbuk jintan putih) 1 tsp ground corriander (1sk serbuk ketumbar) 1 tsp ground cinnamon (1 sk serbuk kayu manis>>yg ni kita guna stick) Preparations: (Cara-cara) For the marinade: (Untuk perapan ayam) Coat chicken with all ingredients. Refrigerate for an hour or overnight. (Satukan semua bahan-bahan perap dan sapukan ke seluruh peha ayam dan perapkan semalaman atau 1 jam atau lebih>>yg ni kita perap 2 jam sbb tak cukup masa) For garnishing: (untuk hiasan) Heat vegetable oil in a saucepan. Add half of the shallots and fried till golden brown. Set some aside for garnishing. (Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan separuh dr jumlah bawang merah yang di gunakan tadi hiris dan goreng hingga perang, separuh di tinggalkan utk hiasan dan separuh lagi di biarkan dlm kuali untuk proses seterusnya) For the rice: (Untuk Nasi) Heat butter in a sauce pan with the remainder of the shallots. Add all the spices and fried till fragrance. (Panaskan mentega di dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng bawang awal tadi dan separuh bawang goreng tadi, masukkan semua rempah dlm kuali dan tumis sehingga naik bau) Stir in uncooked rice until combine and spread it in the rice cooker. (Masukkan beras yg di bsauh terlebih dahulu di dalam kuali tadi dan kacau sehingga rempah yang di tumis tadi sekata, kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi) In a separate saucepan, heat 1 tbs butter. Add shallots and marinade chicken. Brown chicken on both sides. Chicken should still be under cooked but nice and brown on the outside. (di dalam kuali yang berasingan, panasakan 1 sb mentega, masukkan lebihan bawang merah dan ayam perapan tadi. Gorengkan ayam tadi dgn api sederhana sehingga ayam tadi separuh masak dan bertukar warna perang di luarnya, balikkan dan matikan api) Arrange the brown chicken pieces around the rice dish in the rice cooker. Add water/chicken broth. You will need just enough water/broth to cover about 2 inches above the rice surface. Let them cooked in the automatic rice cooker until done. ( Masukkan ayam yang di goreng dgn butter tadi ke dalam periuk nasi, letakkan di atas nasi yg telah di tumiskan tadi. Masukkan air/stok ayam mengikut sukatan atau bergantung dengan periuk nasi masing2, kemudian masak nasi mcm biasa sehingga masak) If you don’t have a rice cooker, spread the rice in a deep dish, oven proof pan. Arrange the chicken pieces around the dish, cover with water/broth. Cover the dish and bake at 350 for about 40 minutes. Check in between to see if the rice is drying out. If so, add more water/broth and gently toss. (Kalau takde periuk nasi atau nak gunakan mangkuk pyrex utk oven, masukkan beras dan ayam dlm mangkuk pyrex tadi, tambahkan air sehingga menutupi beras dan tutup mangkuk tadi dan boleh bakar dgn suhu 350f selama 40 minit atau sehingga masak) SAUCE (Sos/Air Cuka) Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer 2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah ) 5 cm knob of ginger (5 cm halia) 3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar) 3 spring onion (3 tangkai daun bwg) 1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster) 1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka) salt to taste (garam secukup rasa) 1 tbs of water (1sb air) Method: Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan) Selamat mencuba.

09 May 2012
MASAK-MASAK SEMALAM
sayur pedas labu air campur peteney
ikan parang goreng
Assalamualaikum wbt...
Lauk pauk ni saya masak untuk makan tengahari semalam. Saja je nak tunjuk gambar... resipi dah pernah post dalam entri sebelum ni... Dalam sibuk2 pun kena masak juga..Yang sempat dua jenis je..sayur pedas, ikan goreng dan sambal belacan...ulam raja pun belum sempat petik lagi ni... takpe, nanti kalau dah nak makan, petik je kat depan tu...bukan saja ulam raja, tapi daun kemangi, serai kayu, jantung pisang dan lain2 lah..
Macam ni la duduk kat kampung..masak ringkas2 aje..sayur2 pemberian jiran..cili padi, ulam-ulam ada tanam kat tepi rumah.. Cuma beli ikan je.. tapi kalau nak mancing pun boleh gak.. belakang rumah ada parit tali air.. boleh makan ikan darat... hehehe..
Walaubagaimanapun, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah.. ada je rezeki yang diberi. Amin..
08 May 2012
IKAN KAKAP MASAK BERASA-RASA
Assalamulaikum wbt..
Ikan kakap ni pun pemberian Mak Uteh juga.. Walaupun saiznya kecik tapi masih segar... Saya gunakan bahan yang sedia ada kat dalam peti ais. Nak kata masak masam manis, tak juga sebab macam2 rasa ada kat dalam kuah tu.. Nak bagi nama masak tiga rasa, nanti orang kat kedai tom yam tu marah pulak.. sebab cara masak tak sama.. agaknya lah.. hehe... Itu sebab saya bagi nama masak berasa-rasa. Janji anak2 dan suami suka makan...
Mula-mula saya gorengkan ikan kakap yang telah siap digaul garam kunyit hingga garing, letak kat dalam pinggan hidang. Keluarkan minyak yang berlebihan dan tinggalkan sedikit saja untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia yang dimayang hingga kekuningan, masukkan cili serbuk. Kacau2 supaya agak garing, kemudian tambahkan sedikit air, sos nampla, sos cili dan sos tomato, sedikit jus limau dan gula. Akhir sekali, tambahkan potongan bawang besar, cili merah dan hirisan daun limau purut. Kemudian, bolehlah rasa sedikit untuk pastikan kena dengan selera. Kalau dah ok, siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
IKAN PULUTAN MASAK TEMPOYAK
Assalamualaikum wbt
Malam ni makan malam berlaukkan ikan masak tempoyak. Bukan ikan patin ye, tapi ikan pulutan iaitu spesis ikan mayong, duri dan juga baung...pemberian Mak Uteh, sepupu Ummi merangkap Mak Sepupu saya....ketika kami berkunjung ke rumah beliau petamg semalam. Bukan ikan ni aje, tapi juga ikan kakap (siakap) dan ikan pulutan mambar (belum cukup kering).
Ada bermacam2 versi masak tempoyak, tapi saya rasa resipi ni yang paling mudah dan sedap. Lagi pula cepat disediakan sebab masakan ni tak menggunakan bawang. Cuma tumbukkan cili padi dengan kunyit hidup hingga lumat dan campakkan ke dalam periuk. Campurkan tempoyak dan tambahkan air secukupnya. Tambahkan juga asam keping jika tempoyak tidak cukup masam. Kemudian didihkan, baru dimasukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong2 juga garam secukup rasa. Agak2 ikan dah hampir masak, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila ikan dah masak, sesuaikan rasanya dan bolehlah dipadamkan api sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba.
03 May 2012
COLLEK PAUH
Assalamualaikum wbt..
Bagi penggemar asam atau jeruk, bila tengok ni tentu kecur liur kan?? Kalau nak tahu, keluarga kami cukup gemar makan colek pauh atau mangga muda ni. Colek atau dalam sebutan kami ialah "collek"...iaitu ramuan cecahan dari gula atau gula melaka yang ditumbuk bersama belacan, cili padi dan cuka ataupun kicap bergantung kepada jenis buah yang hendak dimakan. Yang selalu jadi pilihan ialah mangga muda yang dipanggil pauh "reknge". Reknge dalam loghat kami bermaksud ringan.
collek cuka..
Sebenarnya selain pauh atau mangga, macam-macam jenis buah-buahan yang boleh dimakan dengan colek iaitu jambu batu dan segala macam jenis jambu seperti jambu bol, jambu arang, jambu air, nenas, betik, baba nangka, buah rambutan, buah ketereh/gajus/jambu golok, cermai dan sentol dan lain-lain. Malah mumbang kelapa yang biasa dicampurkan ke dalam gulai kawah pun boleh dijadikan colek. Untuk buah-buahan ini, kami menggunakan collek cuka iaitu campuran gula pasir, cili padi, sedikit garam, belacan dan sedikit cuka. Ramuan ini tak perlu ditumbuk, cuma campurkan semua sekali dalam mangkuk dan penyetkan cili padi dan juga belacan apabila hendak dimakan. Cecahlah buah-buah ini satu persatu dan suapkan ke dalam mulut. Pastinya segala macam rasa ada, masam, manis pedas, masin dan kelat atau manis bergantung jenis buah yang digunakan.
Untuk resipi colek seperti dalam gambar di atas, saya cuma tumbukkan gula melaka (gula kerek/nisan) bersama sedikit belacan, cili padi dan garam. Keluarkan dari lesung, tambahkan sedikit air asam jawa untuk mencairkannya. Collek ini sesuai untuk dimakan bersama buah mangga muda. Selain itu, collek kicap juga sesuai dimakan dengan mangga muda atau buah2 jenis masam yang lain iaitu dengan mencampurkan kicap manis, gula, belacan dan cili padi dan penyetkan cili padi dengan belacan apabila hendak dicecah dengan buah-buah asam yang telah dihiris nipis.
Satu lagi jenis collek yang tidak ramai yang tahu akan kehebatan rasaya iaitu collek budu dan dimakan dengan celagi (buah asam jawa muda). Rasanya yang pedas2, manis, masam dan masin cukup membuatkan siapa yang mencubanya kali pertama akan terus mencollek celagi sehingga habis..Collek budu disediakan menggunakan budu, belacan, nisan tumbuk, pasir atau gula melaka dan juga cili padi. Pastikan campuranya pekat, baru sedap dicecah buah celagi yang telah dibelah dan dibuang bijinya. Tapi awas, bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, ADALAH DILARANG SAMA SEKALI untuk mencuba collek budu ini...
buah gajus ni, kena potong2 dan perah dulu airnya.. baru sedap dicecah dengan collek..
Selamat mencuba...
02 May 2012
KERABU GAJUS CAMPUR NENAS DAN UDANG BARING
Assalamualaikum wbt...
Satu lagi hidangan tradisional keluarga kami.. kerabu buah gajus campur nenas.. Dulu arwah tokmek (nenek) selalu buat kerabu ni.. tak sempat makan dengan nasi.. kami ratah gitu aje.. Sampai sekarang pun, kalau musim buah gajus.. Ummi selalu buat kerabu ni.. Caranya mudah aje.. Yang diperlukan cuma buah gajus masak dan nenas.. bahan2 lain semua ada kat dapur.. Cara-carnya...hiriskan buah gajus dan perahkan airnya.. Kemudian cincangkan nenas. Hiriskan juga bawang besar dan cili merah.. Cuci udang baring (geragau) kering, perahkan airnya.. Tumbuk sedikit lada hitam atau cili padi. Gaulkan semua sekali bahan2 tadi. Tambah garam, gula dan perahkan sedikit limau nipis. Sesuaikan rasa, bolehlah dihidangkan..
Selamat mencuba..
AYAM MASAK HALIA BERKICAP
Lauk kegemaran anak-anak.. layan ajelah.. asalkan mereka nak makan..
Bahan-bahan
1 keping dada ayam, potong kecil
3 biji bawang putih, dihiris
2 inci halia, dihiris
1 biji bawang holland
1 biji cili merah
3 batang kacang panjang, dipotong pendek
minyak untuk menumis
kicap pekat manis secukup kegunaan
Lada sulah atau lada hitam serbuk secukup rasa
Cuma tumiskan hirisan bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil, kicap dan serbuk lada sulah. Kacau rata2 hingga isi ayam masak. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, bawang besar holland dan cili merah yang telah dipotong-potong. Sesuaikan rasa, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
SAMBAL SOTONG
Sambal sotong ni, Ummi yang masak..memang sedap air tangan Ummi, bondaku tercinta..masing-masing ada cara tersendiri bagaimana nak masak sambal sotong.. yang pasti, Ummi tak lupa gunakan serai yang dititik semasa menumis sambal sotong.. dan sentiasa pastikan bahan-bahan sambal iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih ditumis hingga betul-betul garing sebelum dicampurkan sedikit gula, biar sambalnya jadi cantik.. Kemudian, baru ditambah sotong, sedikit air asam jawa dan garam... Bila dah campur sotong tu, pastikan jangan dimasak terlalu lama supaya isi sotong tak jadi liat..
Selamat mencuba...
01 May 2012
ASAM PEDAS IKAN PARANG, KANGKUNG GORENG
Assalamualaikum wbt... Selamat menyambut hari pekerja kepada mereka yang bekerja.. Dah lama saya tak masak.. asyik makan kat luar jer.. Hari ni, cuti hari pekerja.. Ingat nak rehat2 je.. tiba-tiba pagi tadi dapat mesej dari sepupu...bapa saudara masuk hospital HUSM.. sakit darah tinggi.. Nak pegi melawat, takkan nak bawak anak2 kan.. buat kecoh je.. jadi kena la masak dulu.. Kebetulan ada ikan parang, jadi saya masak asam pedas, pastu ada sekeping dada ayam, saya buat masak halia campur kicap dan kacang panjang.. kemudian goreng sayur kangkung.. Dah ready semua, nasi, lauk pauk siap hidang.. buat kordial mangga.. boleh la tinggalkan anak-anak dengan nenek..
Asam pedas ni resipi kawan tempat kerja dulu.. first time cuba masak cara gini..
Bahan-bahannya
Ikan parang, siap potong
1 biji terung, dibelah 4
2 biji tomato, dibelah 4
2 biji bendi, dipotong2 - saya tak letak
minyak untuk menumis
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
daun kesum (saya tak letak sbb hubby tak suka)
daun limau purut
Bahan-bahan kisar
2 labu bawang bombay
sedikit halia dan kunyit hidup
2 biji buah keras
1 batang serai
3 biji cili merah
3 sudu cili serbuk (saya guna cili serbuk sebab nak cepat - lagi sedap kalau guna cili kering)
Cara :
Mula2 tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan air asam jawa + air secukupnya untuk kuah. Bila mendidih, masukkan ikan. Bila ikan dah masak, campurkan terung dan tomato. Tambah garam secukup rasa. Bila terung dan tomato dah layu, bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan. Biasanya hidangaan asam pedas ni lebih sedap kalau dimasak lebih awal.. Perangatkan dulu, sebelum makan..
Untuk resipi kangkung goreng ni pulak, cuma hiriskan bawang putih, bawang merah, cili merah dan tumiskan bersama sedikit ikan bilis. Bila dah garing, campurkan garam dan masukkan sayur kangkung.. Tutup kuali sebentar, biar sayur layu. Buka penutupnya dan kacau rata.. Siap untuk disajikan..
Sayur kangkung ni sedap kalau dimasak kangkung belacan atau ikan masin. Tambah le udang atau sotong.. baru ada Umpph....
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)