Hari ni saya nak bercerita pasal karipap.. atau ada setengah orang panggil epok2.. Macam2 jenis karipap ada... ada karipap biasa, ada karipap pusing, ada karipap lapis.. Intinya pula berbagai2.. ada yang guna kentang, ada guna keledek.. ada inti sadin.. tak kurang juga inti telur...sekarang ni ada karipap daging nenas blackpepper..... Pendek kata, karipap tidak hanya berintikan kentang atau keledek sahaja, tapi dah berbagai2 jenis ikut citarasa masing2.
Sebut aje karipap, memang itulah kuih ni kegemaran saya sejak dulu.. almaklum la kan.. Ummi saya kerjanya buat karipap dari dulu sampai sekarang.. dari hantar ke kedai kopi, sekarang buat yang frozen pula.. bermula dari menggunakan kayu penggelek, lepas tu guna mesin mee yang kecik.. Masihku ingat. Jenama Ampia, buatan Perancis.. sekarang dah guna mesin yang lebih besar dan berkapasiti tinggi....dan hasil pengeluaran lebih banyak dalam tempoh yang singkat.
Sebenarnya saya nak kongsi satu resipi istimewa.. Kawan saya berbangsa Kemboja yang menunjuk ajar cara2 membuat karipap ini... Memang sedap sangat.... tengok la gambar saya ni.. montok2 gitu.. heheha
ok, saya sharekan resipi karipap kemboja ni dgn rakan2 di luar sana ya,,,Harap berkenan la dengan hasilnya nanti..., Terima kasih kepada sahabat saya Napisah Ibrahim yang sudi mengajar saya buat karipap tradisi keluarga beliau.
KARIPAP KEMBOJA MEK SAH
Bahan2
kulit
750
gm tepung gandum
4 sudu marjerin
1
biji telur dipukul kembang
1 1/2
cwn santan, masak hingga mendidih
Secubit
garam
Bahan2
inti
150
gm daging cincang
½
biji sengkuang, sagat halus (saya tambah)
1
biji kecil karot, sagat halus
2
biji kentang, disagat halus (saya tambah)
2
biji bawang besar, mayang halus
Rm1.00
suhun, direndam dan potong pendek
Garam
secukup rasa
1
sudu kecil lada hitam
1
sudu besar kicap manis
4-5
sudu besar sos lada hitam
Sedikit
serbuk perasa
Sedikit
daun sup dan daun bawang yang dimayang halus
Minyak
untuk menumis
3
ulas bawang putih dan ½ inci halia, dicincang halus
Minyak
untuk menggoreng karipap
Cara:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia
cincang sampai wangi, masukkan daging.
Kacau2 sampai daging berubah warna..kemudian masukkan bawang besar, lada
hitam, kicap manis, sos lada hitam dan serbuk perasa. Kacau rata2.. Selepas itu, masukkan kentang,
sengkuang, karot dan akhir sekali suhun.
Kacau hingga semua sayur dan suhun masak dan kering. Sejukkan.
Untuk menyediakan doh.
Gaulkan tepung dengan marjerin, garam dan
telur hingga peroi. Kemudian
masukkan santan panas sedikit demi
sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut.
Bentukkan jadi bebola kecil dan gelek nipis. Isikan inti dan kelim tepinya sepertimana
membuat karipap biasa. Setelah semua
siap, bolehlah digoreng hingga masak.
Selamat
mencuba.
Salam sis, kalau pakai santan kotak, didihkan seperti santan biasa juga ke?
ReplyDelete