KAWAN-KAWAN SAYA

11 December 2010

DAGING MASIN GORENG


Lauk daging masin ini adalah kegemaran saya dari dulu sampai sekarang. Teringat arwah nenek, beliau selalu buat daging masin. Arwah tok pula tukang sembelih lembu, jadi selalu la ada stok daging kat rumah nenek. Oleh kerana tak ada peti ais untuk menyimpan daging, jadi arwah nenek akan buatkan daging masin dengan cara menggaul daging dengan garam kasar secukupnya dan disimpan di dalam balang kaca atau tempayan. Bila tiba musim tengkujuh atau jika kehabisan lauk, daging masin adalah menu utama.

Daging masin ni bukan saja sedap digoreng, tetapi juga dibuat gulai. Hari ini, saya goreng daging masin yang saya bawa dari kampung. Sebelum dimasak, daging masin hendaklah direndam dulu supaya kurang rasa masinnya. Selepas itu, barulah dicuci beberapa kali dan ditoskan.

DAGING MASIN GORENG

Bahan-bahan
Daging masin yang telah dicuci
Bawang putih, bawang merah, halia, dimayang
Bawang besar dan lada hidup, dihiris2
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
Masukkan daging ke dalam kuali dan keringkan airnya. Kemudian tambah air lain, dan rebus selama 1 - 1/2 jam atau hingga daging lembut, baru dimasukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau selalu supaya kelihatan garing. Bila garing, masukkan hirisan lada hidup dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat.

Selamat Mencuba

ULAM RAJA a.k.a BINTANG BERAYUN



Kepada sesiapa yang masih belum kenal daun ulam raja, inilah dia.. Orang kampung saya panggil pucuk bintang berayun. Mungkin sebab bunganya yang seakan-akan bentuk bintang dan tumbuh tinggi daripada pokok, dan terbuai-buai bila ditiup angin, itu sebablah dipanggil bintang berayun. Wallahuaklam!!

IKAN MASAK KICAP



Lauk masak kicap ini adalah masakan orang Jawa/Johor. Saya ni takdelah pandai sangat masak lauk ni..lagipun saya kurang berminat masakan ni. Tetapi, lauk masak kicap ini adalah kegemaran suami dan anak2. Kerana mereka, saya belajarlah dari kawan2 orang Jawa/Johor. Hari ini, ikan kembung menjadi pilihan saya untuk dibuat masak kicap. Resipinya senang saja.

BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung, dibersihkan dan dikelar.
Bawang besar dan lada hidup, dihiris2
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kicap pekat manis secukup kegunaan
Sedikit cuka, lada hitam yang ditumbuk halus
1 batang serai, diketuk

Bahan-bahan dimayang halus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

sedikit kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga llawang

Cara-cara membuatnya
Ikan digaul garam kunyit dan digoreng. Ketepikan, asingkan minyaknya. panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 tumis sampai garing, masukkan kicap, sedikit cuka dan lada hitam. Tambah air secukupnya jika suka dibuat kuah.
Sesuaikan rasa, masukkan ikan goreng. Akhir sekali, masukkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

Selamat Mencuba

09 December 2010

TOM YAM CHIANG MAI, IKAN KEMBUNG GORENG DAN KACANG PANJANG GORENG + TELUR


kacang panjang goreng campur telur

tomyam chiangmai.. kalau ada daun patchi (daun ketumbar) mesti lagi terangkat..

menu wajib untuk anak2.. ikan kembung goreng

Resipi Tom Yam Chiang Mai ini adalah ilham dari Restoran Rawadi, tempat yang kami sekeluarga makan sekiranya makan kat luar. Biasanya kalau order makan, tak pernah tengok menu.. pakai cakap jer.. Tapi minggu lepas kami pergi, saja saya belek buku menu dia yang ekslusif tu..(memang cantik, tak seperti sebelum ini, dah lunyai pun..) terpandang tom yam chiang mai.. apa lagi, terus order la.. Saja nak tahu apa bezanya dengan tom yam yang lain2.. Tak ada beza sangat, lebih kepada tom yam seafood.. Nah, saya dah masak dah... Resipi anggaran saja berdasarkan apa yang ada dalam mangkuk tom yam yang kami makan tu.. hehehe. Jangan marah aarr.. tokey!!! Saya tak akan bukak kedai tom yam, jangan risau!!

TOM YAM CHIANG MAI

Bahan-bahan

Sedikit kupang (saya ambil isi saja)
Udang segar, dibelah belakang
Sotong sedang, dipotong2
Bawang besar, dihiris
Lada merah, dihiris
Bunga kobis, dipotong2
Buah tomato, dibelah2
Daun ketumbar, dihiris (saya tak guna sebab kehabisan stok)
Daun limau purut
Jus limau nipis secukup kegunaan
Sos nampla (saya tak taruk)
garam dan serbuk perasa

Perencah tomyam
Serai, lengkuas, bawang putih, cili padi (diketuk2)
Air secukup kegunaan

Cara-cara membuatnya
Didihkan air, masukkan perencah tomyam, bawang putih, halia, serai, daun limau, cili padi, jus limau, garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa, baru dimasukkan sotong, udang, kupang. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti bunga kobis, bawang besar dan cili merah. Tutup api dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas2.


KACANG PANJANG GORENG CAMPUR TELUR

Bahan-bahan
10 batang kacang panjang, dipotong serong
1/2 batang karot, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris nipis
1 biji cili merah, dihiris nipis
segenggam ikan bilis
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
5 biji bawang merah, dikmayang halus
3 biji bawang putih, dimayang halus
minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sampai garing. Masukkan kacang panjang, garam dan serbuk perasa. Tutup kuali 5 minit. Kemudian masukkan telur, cili merah dan bawang besar. Kacau2 hingga telur dan kacang masak. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba.

note : resipi dan cara memasak ikan goreng tu, tak payah laa saya tepek kat sini.. semua orang dah pandai kan?? jadi tengok gambar je lah ye...

08 December 2010

IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS, PUCUK UBI + KUAH KACANG DAN IKAN MASIN BULU AYAM


asam pedas ikan kembung, lauk kegemaran suami..tp versi orang Melaka, taruk daun limau purut..

pucuk ubi dengan kuah kacang

ikan masin bulu ayam.. selalu jumpa ikan ni kalau makan nasi ambeng...

Lauk makan malam ni,ringkas sahaja. Asam pedas ikan kembung + daun limau purut, pucuk ubi rebus dengan kuah kacang dan ikan masin bulu ayam. Walaupun ringkas, tapi menyelerakan.

Kalau dulu, masa dok kat kampung, pucuk ubi biasanya direbus cecah budu, ataupun dibuat gulai dengan ikan pelata kering. Bila tiba di Johor ni, tak sangka pula pucuk ubi ni boleh dipelbagaikan, dibuat masak lemak putih, dimasak secara goreng bercili dan paling popular dibuat urap campur cekor, paling simple direbus dan dimakan dengan sambal asam.. ataupun kuah kacang/pechel. Memang syok betullah pucuk ubi ni..

Untuk resipi asam pedas, saya buat macam biasa saja, cuma diakhir masakan, saya tambahkan beberapa helai daun limau purut. Ikan masin bulu ayam, saya gaulkan sedikit tepung dan goreng garing. Yang saya nak kongsi disini ialah pucuk ubi rebus dan kuah kacang.

Bahan-bahan
1 ikat pucuk ubi, petik daun sahaja, cuci dan toskan
Air untuk merebus
sedikit garam

Cara-cara
Didihkan air secukupnya dan masukkan garam. Kemudian masukkan pucuk ubi dan rebus sampai lembut. Kemudian ditoskan dan lalukan air paip supaya sejuk. Perah sampai kering airnya dan sedia untuk dihidangkan.

Kuah kacang
8 biji cili padi merah
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar asam jawa, perah airnya guna air masak
garam secukup rasa
3 sudu gula melaka/gula pasir (ikut citarasa sendiri)
1 helai daun limau purut
sedikit minyak untuk menggoreng
1/2 cawan kacang tanah dikisar kering

Cara2
Cili, bawang dan belacan digoreng sebentar. Toskan dan masukkan ke dalam blender, campurkan garam, gula, daun limau purut dan air asam. Kisar sampai lumat. Keluarkan dari blender, campurkan kacang tanah goreng. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Jika terlalu pekat, boleh dicampur sedikit air panas. Sedia untuk dihidangkan.

nota : tujuan garam dimasukkan ke dalam air rebusan pucuk ubi ialah supaya warna daun ubi kekal hijau, nampak segar dan berselera untuk dimakan. Takde lah nampak kuning jer...

Untuk lebih sedap, bahan2 untuk kuah kacang tu ditumbuk, barulah terasa keasliannya.. tp zaman sekarang kan dah senang, buat apa nak bersusah payah lentang lentung di waktu malam, semata2 nak tumbuk bahan2 tu.. janji rasanya sesuai tekak dan secukup rasa, oklah tu.. (membebel pulak makcik ni hehehe)

Selamat mencuba

KACANG PHOOL


Dah lama tak makan kacang phool..sbb kat sini susah nak cari kacang phool dlm tin tu. Kebetulan pergi berbelanja kt Maslee, ternampak le kacang phool, jenama kimball.. apa lagi, terus sambar lah 2 tin..

Semalam buat roti, pagi ni masak kacang phool.. & goreng telur mata lembu.. siapla sarapan pagi ini..

Bahan-bahan untuk kacang phool
2 tin kacang phoo, satu tin dikisar, satu tin lagi dibiar sebiji2
2 biji bawang besar, dicincang halus
3 biji bawang putih, dicincang halus
1 sudu lada kisar (jika suka pedas)
minyak untuk menumis
1 mangkuk daging kisar (jika suka)
garam - jika perlu
sedikit jintan manis, jintan putih dan lada hitam
2 sudu tomato puree atau secukup kegunaan (saya gantikan 4 biji tomato segar yang dipotong dadu)

bahan-bahan untuk hiasan
Telur goreng mata lembu
Daun sup, daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Cili hijau, dihiris
Limau kasturi

Cara2 Membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan daging kisar, kacau hingga sebati dan berubah warna. Kemudian masukkan lada hitam, jintan putih dan jintan manis. Masukkan kacang phool dan sedikit garam. Masak hingga pekat, sesuaikan rasa dan angkat. Hidangkan dengan roti atau roti bakar.

Semasa menghidang, letakkan sebiji telur goreng mata lembu, cili hijau, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas2.

Selamat Mencuba

06 December 2010

TUMIS KUBIS BUNGA DAN LIMPA GORENG KUNYIT






Malam ni, lauk ringkas saja, sawi + kubis bunga tumis air, limpa + jantung lembu goreng kunyit dan juga ayam goreng yang suami beli kat stall depan jalan besar menghala ke rumah kami. Pelengkap hidangan ialah ulam daun ceylom cecah budu (dah lama tak makan budu....) Lauk limpa dan sedikit jantung lembu korban adalah pemberian kawan ofis petang tadi. Alhamdulillah, walaupun tidak balik kampung masak raya korban hari tu, dapat juga merasanya..

Resipinya mudah aje, resipi ekspress.. hehehe

KUBIS BUNGA + SAWI TUMIS AIR

Bahan-bahan
sedikit kubis bunga
sedikit sayur sawi
cili merah, dihiris2
bawang besar, dihiris
garam, gula secukup rasa
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah

bahan-bahan untuk menumis
bawang putih, bawang merah dan sedikit ikan bilis

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 untuk menumis hingga kekuningan, masukkan air, biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, lada sulah dan akhir sekali sayur-sayuran. Bila setengah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

LIMPA DAN JANTUNG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan
Limpa dan jantung lembu, dibersihkan dan dipotong kecil
sedikit garam dan kunyit serbuk (lebih sedap guna kunyit hidup yang ditumbuk)
bawang putih, bawang dan halia dimayang
sedikit jus limau nipis

Bawang besar, lada hidup, dipotong2
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya
Gaulkan limpa dan jantung dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga kuning. Masukkan limpa an jantung tadi. Kacau sebentar dan tutup. Kemudian dibuka, masukkan jus limau. Akhir sekali bawang besar dan lada hidup. Bila bawang besar dan lada setengah layu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

nota : masakan ini tak perlu dimasak lama, nanti liat.

Selamat mencuba.

CENCARU SAMBAL & SAYUR PEDAS CEKOK MANIS + KELEDEK


cencaru masak sambal, Johorean style..

sayur pedas cekok manis/pucuk manis + keledek, versi Terengganu

Kombinasi masakan dua negeri. Ikan cencaru masak sambal dan sayur pedas pucuk cekok manis + keledek. Menu yang sangat ringkas tetapi menyelerakan. Saya namakan masakan dua negeri kerana, masa saya kat kampung di Besut, tak pernah masak ikan cencaru masak sambal. Biasanya ummi akan belah belakang dan sumbat dengan bawang lada, sebelum digoreng. Kalau bungkus dengan daun kunyit, lagi harum baunya. Kalau tidak pun, dipanggang tawar dan dicecah air asam atau sambal belacan. Huishhh... memang menyelerakan jika dimakan dengan nasi semasa masih panas... Bila dah berumah tangga dengan orang Jawa Johor ni, selalunya selain bakar, saya buat masak kicap atau asam pedas...Tapi kali ini, atas permintaan putera sulung kesayangan, saya buat masak sambal...

Sayur pedas daun cekok manis (pucuk manis laaa), adalah masakan tradisi orang kita, Pantai Timur.. dah lama tak makan sayur ni sebab kata orang tak begitu bagus kerana sayur ni bersifat "sejuk". Tapi sekali sekala, ok lah..

Kalau kami pulang ke rumah mentua di Yong Peng, biasanya mak akan masak tumis pucuk manis ni dengan kelapa parut. sedap juga, ala2 urap gitu..

IKAN CENCARU MASAK SAMBAL

Bahan-bahan
4 ekor ikan cencaru, saiz sedang dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng
Bawang besar
Lada merah
garam gula secukup rasa
Air asam jawa
Sos cili dan sos tomato
Sedikit hirisan nenas dalam tin (saja taruk)

Bahan-bahan sambal (dikisar)
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji buah keras
6 biji cili kering
minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing. Masukkan air asam jawa, garam gula dan serbuk perasa. Kemudian tambahkan sos cili, sos tomato dan hirisan nenas. Sesuaikan rasa, masukkan cili merah dan bawang besar. Akhir sekali, masukkan ikan. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

SAYUR PEDAS CEKOK MANIS

Bahan-bahan
1 ikat cekok manis / pucuk manis
1 biji keledek, kupas dan potong2
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara2
Tumbuk lada hitam, ikan bilis dan bawang. Masukkan ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masukkan keledek dan didih sampai keledek empuk, baru dimasukkan pucuk manis. Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa, bolehlah dihidangkan.


TUMIS PUCUK MANIS

Bahan-bahan
1 ikat daun pucuk manis/cekok manis
1 cawan kelapa parut
garam, gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis/udang kering

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga garing. Masukkan kelapa parut, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Akhir sekali, masukkan pucuk manis. Kacau rata2 hingga sayur layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba.

04 December 2010

SOTONG MASAK ASAM


Selain rebus katok serai, sotong masak itam, goreng kunyit, goreng kari, goreng tepung, sotong juga sedap dimasak asam. Masakan yang ringkas tetapi menyelerakan jika dihidang dengan nasi panas2. Saya belajar masakan ini dari makcik saya. Resipi dan cara membuatnya pun senang.

Bahan-bahan

500gm sotong (apa jenis sotong lah)- jika sotong besar, boleh dipotong2, jika saiznya kecil2 biarkan sekor2 lagi sedap.
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5-6 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 biji lada merah/hijau
beberapa keping hirisan halia
air asam jawa
garam secukup rasa
1 batang serai - diketuk (jika suka, takde pun takpe)
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Sotong dibersihkan dan toskan kering2. Hiris bawang putih, bawang merah, cili padi dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hiris dan juga serai. Bila garing, masukkan sotong. Kemudian tambahkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau hingga sotong masak. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada merah yang dihiris. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

nota : sotong dalam tin pun sedap dibuat masakan ini. Tetapi, hendaklah ditoskan airnya dan kurangkan penggunaan garam.

Selamat mencuba.

03 December 2010

APAM BAKAR DAN APAM KUKUS




Dah lama tak makan kuih apam bakar ni.. So, pagi ni, saya rajin2 kan diri, wat apam ni.. peram punya peram.. akhirnya naik banyak sangat.. hehehe Resipi asal adalah resipi untuk apam bakar, tp oleh kerana adunan dah jadi banyak & takut tak sempat abis bakar.. maka separuh adunannya saya kukus dalam acuan kecil2..

Bahan2nya2.
1 paket tepung beras (500gm)
1 senduk tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 mangkuk tapai ubi
1 paket mauripan
1 senduk nasi
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji bawang merah
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 batang umbut serai

** daun pisang dipotong kecil (untuk membakar kuih apam, supaya tidak lekat dikuali)

Cara2 membuatnya :
Tepung beras dan tepung gandum dicampurkan. Campurkan tapai, nasi, gula, serbuk lada hitam, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Blend dengan air secukupnya hingga halus. Kemudian campurkan dengan tepung. Masukkan mauripan dan kacau lagi hingga sebati. Adunan hendaklah pekat sepertimana membuat adunan jemput-jemput. Peram adunan hingga naik dua kali ganda. Kemudian bolehlah dibakar. Hidangkan dengan kelapa parut muda yang dicampur secubit garam sebagai pelengkapknya.

Cara Membakar :
Panaskan kuali kecil. Sapu sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan tutup kuali. Apabila sebelah bahagian telah masak, letakkan sekeping daun pisang dipermukaannya dan terbalikkan. Bakar lagi hingga masak. Ulangi proses sampai habis.

nota :
untuk mendapatkan apam kukus yang merekah cantik, sebelum dikukus hendaklah dicampur dengan eno yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata2 dan masukkan ke dalam acuan. Selepas 5 minit, baru dikukus sampai masak.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH UNTUK APAM BERKUAH

3 1/2 cawan santan
2 ekor ikan selayang, dibakar dan tumbuk isinya
1 sudu besar udang kering
garam dan gula melaka secukup rasa

bahan-bahan tumbuk/kisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sehiris halia, kunyit dan lengkuas,
serai
lada hitam
jintan putih dan jintan manis
sedikit ketumbar

Cara-cara membuatnya
Didihkan santan sampai pecah minyak. Campurkan bahan-bahan rempah yang ditumbuk dan masak sampai naik minyak kuning, baru dimasukkan ikan dan udang kering. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga pekat dan sesuaikan rasa sebelum dihidangkan dengan apam kukus.

Selamat mencuba..