KAWAN-KAWAN SAYA

19 July 2012

KEPAK AYAM MASAK KICAP BERLADA HITAM

saja buat kelainan.. biasanya kalau nak masak kicap ayam, ayamnya digoreng dulu.. tapi kali ni ubah citarasa sket.. ayamnya tak perlu digoreng.. saya cuma gaulkan ayam dengan kicap manis, lada hitam, serbuk buah pala dan halia yang dikisar.. kemudian tumis2kan rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih), sampai naik bau...baru dimasukkan hirisan bawang putih dan sedikit halia hingga kekuningan.. Masukkan kepak ayam, tutup kuali dan tunggu hingga ayam mengecut dan bumbu meresap.. tambahkan sedikit garam jika perlu, serbuk perasa dan sedikit cuka makan dan air secukupnya untuk mengempukkan isi ayam. Masak sampai pekat atau agak kering.. Akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar, lada hidup dan buah tomato.. Hidangkan panas2.. boleh dimakan dengan nasi putih atau roti..
Selamat mencuba..

PENGAT KELADI CAMPUR MEE SANGGUL

Assalamualaikum wbt..
Mee sanggul atau mee siput... dibuat pengat!! korang mesti pelik kan?? selalunya mee siput digoreng dan dimakan begitu aje, cicah sambal kicap atau sambal tumis... Ataupun, direbus dan dijadikan mee goreng atau mee sup..
Sebenarnya saya teringin sangat nak makan pengat mee sanggul campur pisang nangka.. tapi, pisang nangka tak ada.. Ummi cakap, kalau campur keladi pun sedap juga.. jadi saya pun mulakan operasi menggali isi keladi yang saya tanam beberapa bulan lepas.. dapatlah dua ketul keladi yang agak besar... Maka menjadilah pengat keladi campur mee sanggul.. Mudah saja cara memasaknya... Masak pengat macam biasa, cuma mee sanggul tu taruk diakhir masakan.. Sebelum tu, mee sanggul kena celur dalam air panas mendidih untuk melembutkannya.. Selamat mencuba...

16 July 2012

BAGEDIL @ BERGEDIL KENTANG

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah... siap juga bergedil kentang ini.. punyalah lenguh tangan nak melenyek 5kg kentang. Tu belum lagi campur ramuan dia.. nak jadikan bagedilnya...Tak apalah, kawan2 punya pasal....Harap2 mereka yang makan berpuas hatilah dengan rasanya..TQ to my fren, Cikgu Aznida Daud...lain kali boleh oder lagi ye..
Bergedil atau bagedil ni adalah salah satu masakan orang Jawa atau mungkin dinegeri2 selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Selangor ...termasuklah negara seberang iaitu Indonesia dan juga Singapura...Bagedil ni cukup popular di sana...saya pun pertama kali makan bagedil semasa berada di Johor... Ianya sesuai dimakan begitu saja dengan sos cili atau sambal kicap.. Tapi kebiasaannya bagedil ni digandingkan dengan soto atau sup ayam.. Memang sedap.. Pendek kata, tak lengkap makan soto kalau takde bagedil..
Bahan2 untuk bagedil ialah ubi kentang, dikupas kulit, potong nipis2 dan digoreng hingga masak..Gaulkan dengan daging kisar (masak dulu daging dengan sedikit air hingga kering airnya)kemudian campurkan bawang besar yang telah digoreng, hirisan daun sup, daun bawang, cili merah, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul rata2 dan bentukkan bulat2, kemudian dileperkan. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng hingga masak. nota : selain daging kisar, isi ayam atau udang kering boleh dicampurkan ke dalam bagedil... ada juga yang mencampurkan sedikit rempah ratus ke dalam ramuan bagedil. terpulang kepada citarasa masing2 bagaimana nak mengolah rasa bagedil supaya menjadi lebih sedap.. Selamat mencuba..

NASI TUPE A.K.A NASI TUMPANG

satu lagi hidangan tradisional orang Kelantan.. Nasi tupe atau dalam Bahasa Malaysianya disebut Nasi Tumpang.. Iaitu nasi yang ditanak lembik yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang semasa masih panas.. Biasanya dilapisi dengan lauk gulai udang dan serunding..Kemudian ditekan2 sehingga kemas dan padat..
Beginilah rupanya setelah kelongsong dibuka... Rasanya sedap dan sesuai untuk sarapan pagi atau malam.. Selamat mencuba..

NASI BERIANI DAGING

nasi beriani... ketulan daging ditimbus dalam nasi
ayam masak merah
dalca, tak guna santan.. tp guna susu cair je
acar timun + karot
pelengkap hidangan...papedum.. Alhamdulillah... baru belajar ambik tempahan untuk jamuan.. Walaupun tak banyak cukuplah sebagai permulaan... Nasi beriani ni ditempah oleh oleh kawan facebook saya.. saja buat makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan AlMubarak.. Ustaz nak makann nasi beriani gam atau nasi yang lauknya ada dalam nasi.. TQ Eni (Nor 'aini Mohd Salleh). Lain kali oder lagi ye.. Cuma satu je komplen yang diterima.. Nape takde sambal belacan?? Nasi beriani mana ada sambal belacan... Hmm..sebenarnya, orang sini kalau makan nasi nak kena ada sambal belacan.. tak kiralah hidangan tu nasi minyak ke apa.. yg penting sambal belacan mesti ada..
sedia untuk penghantaran..

10 July 2012

BISKUT KRAKERS

Assalamualaikum...
adunan biskut yang siap dicanai dan dipotong2.. sedia untuk dibakar..
Biskut krakers .. atau salty crackers.. resipi kawan facebook yang juga seorang Chef... Mr Thyaga Rajan...TQ Chef...biskut ni memang sedap... saya kongsikan resipinya kat sini...
SALTY CRACKERS
300gm plain flour,sifted
1/3 tsp baking powder
11/2 tsp yeast
100gm margarine or butter
120ml milk
1/2 tbsp crashed black pepper,optional
 Salt for sprinkling

1. Mix all the ingredient except salt to-gather in a bowl. Stir to from a dough and keep kneading till you get a smooth dough.

2. Roll out a flat as thin as possible. poke with a fook all over the roll dough. cut out the dough in any shape you like.

3. Place the cut out pieces in a baking tray and let it rest for 20 mints. Finally sprinkle some salt on the dough. and bake at preheated oven 200c for 10-15 mints or until brown. Keep them into air tight tin once they are cooled complete.

PULUT DURIAN

Assalamualaikum wbt..
Sekejap saja masa dah berlalu.. Musim durian dah kembali.. atau memang durian sekarang dah tak bermusim..Tapi tak apalah, janji durian dah ada.. boleh makan pulut durian... Bahan-bahan yang perlu ada untuk menyediakan pulut durian, mestilah pulut...sama ada ditanak atau dikukus, terpulang la ya.. Ada orang suka pulut yang ditanak dengan santan.. Tapi saya suka yang ringkas2 aje.. tanak kosong macam masak nasi biasa.. Atau... kalau takde pulut, guna nasi putih pun oklah.. tp jangan panggil pulut doyan ye..
Kalau dah ada pulut, mesti ada buah durian... nama pun pulut durian kan...tapi jangan lupa kopek dan ambil isinya saja.. tak buang biji pun takpe.. masa makan nanti, bijinya dibuanglah..Lepas tu, mesti ada santan.. terpulang la nak pekat ke nak santan cair.. saya suka yang sedang2... tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. campur secubit garam.. atau sesedap rasa.. dan sediakan juga nisan atau gula melaka yang diracik2... kalau takde juga.. gula pasir pun bolehlah... Dah lengkap semua, pulut,santan, nisan dan durian..... kalau nak makan tu, ambik lah berapa banyak pulut dan durian yang kita nak dan curahkan santan.. Taruk nisan yang telah diracik halus secukupnya... Lepas tu makan lah puas2.. Selamat mencuba..

KUIH HASIDAH

Assalamualaikum wbt..
Satu lagi kuih tradisional negeri Terengganu.. Kuih hasidah diberi nama.. Rasanya lemak2 manis dengan haruman minyak sapi dan daun pandan..Diperbuat dari campuran tepung gandum yang telah disangai terlebih dulu, santan, telur, gula, daun pandan dan minyak sapi.. Dikacau atas api kecil sehingga pekat dan keluar minyak.. Boleh ditekan2 atas loyang dan dipotong ataupun dibentukkan bulat dan disepit2. Boleh juga dicetak menggunakan acuan2 kecil yang comel.. Ditabur bawang goreng dan dihidangkan..
nota: resipi kuih hasidah dah pernah saya postkan sebelum ni.. Selamat mencuba..

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum wbt..
Request dari encik hubby, nak makan lauk asam pedas ikan pari.. yang ada cuma ikan pari berbintik-bintik.. Isinya warna kebiru-biruan.. Ingatkan isi ikan dah busuk, rupa2nya memang macam tu isinya.. Kata abah, ikan pari ni yang paling sedap isinya.. dipanggil ikan pari lang..harganya agak mahal berbanding pari biasa atau pari tuka.. Alhamdulillah, sedap juga asam pedas ikan pari digandingkan sambal kerang campur petai, ikan selayang bakar tawar dan juga budu yang dicecah ulam-ulaman. Lengkap lah sudah hidangan makan tengahari kami sekeluarga.. Alhamdulillah..
macam-macam jenis ulam.. ada petai, daun kemangi, daun salad, bunga kantan dan timun..
Hidangan tengahari kami yang simple..

SAMBAL KERANG CAMPUR PETAI

Assalamualaikum wbt..
Selalunya sambal udang petai atau sambal ikan bilis petai yang selalu jadi sebutan orang... saya tak kisah..kerang pun ok lah... ada kerang, ada petai, masak sambal... masak dan makan.. perut kenyang, hati senang.. Alhamdulillah..