KAWAN-KAWAN SAYA

07 December 2011

TELUR DADAR BERSOS CILI HALIA


Resipi rekaan sendiri, gara2 ketandusan idea nak masak apa. Kalau takde tetamu, takdelah nak sibuk2 masak.. Kebetulan ada lebih sos cili nasi ayam semalam, ada ubahsuai jadikan sos untuk telur dadar. Amacam?? Jangan tak percaya, licin pinggan..

Bahan-bahan telur dadar
5 biji telur, dipukul
1 biji bawang besar, dimayang
1 biji cili merah, dimayang
1 biji tomato, dipotong dadu
secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan masak sepertimana memasak telur dadar yang biasa. Setelah masak, keluarkan dari kuali dan lipat dua. Masukkan ke dalam pinggan hidang, curahkan sos halia disebelahnya. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sos
3 ulas bawang putih, dimayang halus
2 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar, dimayang
1/2 batang karot, dipotong bentuk bunga
minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa
1 sudu cuka makan
sos cili dan sos tomato secukup kegunaan
2 senduk sos cili nasi ayam (lebihan semalam)


Cara2
Panaskan minyak, tumikskan bawang putih dan halia yang dimayang. Bila kekuningan, masukkan sos cili nasi ayam dan kacau sampai agak garing. Masukkan garam, gula dan cuku secukup rasa. Tambah sedikit air supaya tidak hangus dan masukkan bahan2 lain satu persatu. Masak sampai pekat. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan bersama-sama telur dadar yang telah siap tadi.

Selamat mencuba.

SUP BURUNG PUYUH



Hari ni kami terima tetamu istimewa. Bukan orang lain pun, adik Ummi yang saya panggil Ayah Su bersama isteri serta anak bongsunya. Ayah Su bawa ole-ole iaitu burung puyuh. Jadi untuk tengah hari tadi, Ummi masak sup burung puyuh dan saya masak telur dadar bersos halia sebagai lauk tambahan.

Untuk resipi sup burung puyuh, Ummi gunakan rempah sup bunjut dan tambahkan lada hitam. Bahan2 lain macam biasa lah. Dah siap masak, taburkan daun sup.

Selamat mencuba.

KETUPAT SOTONG


Yeay.. dah lama tak makan ketupat sotong. Hari ni dapatlah merasa. Walaupun kecik, tapi sedap. Kali ini Ummi buat ketupat sotong versi Kelantan, iaitu lemak manis.

Bahan-bahan
20 ekor sotong segar, cabut kepala dan bersihkan (saiz sedang)
1 cawan beras pulut, cuci dan tos
1/4 cawan santan pekat
secubit garam
santan secukupnya untuk memasak
Gula melaka atau nisae secukupnya
Lidi tajam untuk menyemat sotong

Cara-cara
Beras pulut digaul dengan sedikit santan pekat serta garam. Sumbat ke dalam sotong tetapi jangan terlalu penuh. Anggaran setengah penuh. Masukkan kepala sotong dan semat dengan lidi tajam. Ulangi proses sampai habis. Masukkan ke dalam periuk dan tuang santan secukupnya untuk memasak. Masak sampai mendidih dan pekat. Agak2 pulut dah lembut, masukkan gula melaka secukup rasa. Masak lagi sampai kuahnya pekat. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

06 December 2011

SIRA UBI STELO (KELEDEK)


Baru siap masak, terus cedok.. dah tak sabar nak makan ni..

Satu lagi juadah tradisional orang2 Kelantan iaitu sira ubi stelo (keledek). Selalu dihidangkan masa majlis kenduri. Tapi sekarang dah jarang2 dapat makan sira ubi ni kat tempat2 kenduri.. sebab diorang dah ikut peredaran zaman. Sekarang dah ada bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur caca. Mungkin sebab sira keledek ni manis sangat, tu sebab diorang tukar...Walaubagaimanapun, tidak semua orang dah tukar menu... masih ada lagi yang mengekalkan tradisi dengan menyediakan juadah tradisional ni..

Bahan2 untuk menyediakan sira keledek
Ubi keledek, saya guna keledek kuning oren - anggaran sekilo
2-3 keping gula melaka (saiz besar)- ikut citarasa
secubit garam
1/2 cawan pati santan

Cara membuatnya
Mula2 kupas keledek dan potong2. Cuci bersih dan rendamkan ke dalam air kapur selama sejam. Kemudian, bilas dan toskan. Dalam periuk, masukkan gula melaka (nisae), secubit garam, daun pandan dan pati santan. Susunkan keledek dan tutup periuk. Masak atas api kecil sampai empuk dan kuah pekat. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

NASI AYAM REMPAH BERIANI


nasi ayam berempah...gambar saya snap terus dari periuknya..
pelengkap nasi ayam berempah, sup ayam, sos cili padi dan juga acar timun + karot.

huhu

Asyik2 nasi ayam je dua tiga hari ni. Bukan apa, sebenarnya nasi ayam mudah disediakan dan cepat dimasak. Lagipun semua family saya suka makan nasi ayam. Kali ni, saya masak nasi ayam berempah. Saja buat kelainan. Nasinya saya masak menggunakan stok ayam juga, tapi saya tambahkan rempah beriani ke dalam nasi. Untuk melengkapkan hidangan, saya sediakan juga acar timun + karot dan kismis, sup ayam dan juga sos cili padi. Tak ada sos cili dan juga sup, tak lengkap hidangan nasi ayam saya. Memang pedas, sebab saya guna cili padi merah + bawang putih. Makan panas2 sampai berpeluh-peluh...

Orang lain jangan tiru saya ya, hidangan ni saya masak kat rumah aje.. Tapi tak salah, kalau nak mencuba..

KERABU BUAH BEKO


kerabu buah beko dah siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih atau makan begitu saja.. Yummy..yummy..

Sebenarnya buah beko ni pemberian jiran sekampung. Kira2 ada pertalian saudara juga. Dia tahu keluarga kami memang gemar makan kerabu buah beko, dan kebetulan pokok beko yang beliau tanam berbuah lebat, dapatlah kami merasanya.. bukan saja buah beko yang kami makan, tapi pucuknya yang masih mudah juga sedap dibuat ulam, samada secara mentah ataupun direbus dulu..

Di sini saya kongsikan resipi kerabu buah beko yang selalu saya lihat Ummi buat. Kali ni, saya sendiri yang buat..

2 biji buah beko, bakar sampai lembut, hiris halus (kalau nak rebus pun boleh, tapi tak sesedap yang dibakar)
sedikit pati santan
air asam limau nipis (boleh gantikan cuka atau air asam jawa)
garam gula secukup rasa
1/4 biji kelapa, jadikan kerisik

bahan2 yang ditumbuk
3 biji bawang merah
1 sudu lada hitam,
cili padi - jika suka
1 batang serai
sedikit halia
2 ekor ikan selayang, bakar ambil isi sahaja (guna ikan rebus pun boleh)

Cara2 membuatnya
Campurkan semua bahan, gaul sebati. Sesuaikan asam garamnya, bolehlah dihidangkan. Jika suka, boleh tambah sedikit budu atau belacan. Terpulang selera masing2.

Selamat mencuba.

SUP AYAM CAMPUR CENDAWAN



Hmm... masak sup ayam lagi... biasa la, kalau nak cepat.. masak sup sempoi je.. cuma renehkan dengan sup bunjut, bawang putih dah halia.. kemudian tambahkan cendawan, karot dan juga tomato. Sesuaikan rasa ikut selera sendiri....Semasa menghidang, saya taburkan sedikit hirisan daun sup.. biar wangi baunya... Sup ni lagi sedap kalau ada bawang goreng dan juga hirisan cili padi. Kemudian perahkan sedikit limau nipis ataupun campurkan sedikit sambal kicap.. Lepas tu nak makan dengan nasi atau bihun, terpulanglah ya.. Nak makan sup aje pun OK gak..

Selamat mencuba.

05 December 2011

NASI KEPAK AYAM DENGAN LOBAK MERAH


hidangan telah sedia, kuah sup, kepak ayam goreng, salad, timun, tomato, dan juga sos cili segar campur bawang putih.

Hidangan tengahari Isnin lepas. Ummi request nak makan nasi ayam, tp yg ada cuma kepak2 ayam.. Demi bonda tercinta, saya sediakan juga nasi ayam, walaupun menggunakan kepak ayam. Masak pun pakai campak2 je apa bahan yang ada. Lainlah kalau nak buat untuk jualan, mesti kena buat betul2 dan boleh memikat citarasa pelanggan.

Oleh kerana hanya menggunakan kepak ayam, saya tambahkan rangka ayam dan direbus bersama halia, bawang putih dan bawang besar dan air rebusan ini saya gunakan untuk masak nasi dan juga kuah sup. Semasa mereneh sup, saya campurkan sedikit kiub lobak merah. Untuk kepak ayam pula, saya gaulkan dengan sedikit kicap dan madu sebelum digoreng. Di dalam nasi, saya campurkan lobak merah yang disagat dan beberapa titis pewarna kuning. Alhamdulillah, siap juga hidangan saya untuk seisi keluarga.


nasi ayam campur lobak merah

Bagi sesiapa yang nak mencuba resipi saya, sila lihat entry sebelum ni di bawah tajuk nasi ayam. Apa yang perlu, ubahsuai sedikit resipi ikut selera masing2.

Selamat mencuba.

04 December 2011

GULAI IKAN TONGKOL CAMPUR TIMUN



Ni saje je tepek gambar, resipi dah ada dalam entry sebelum ni. Cuma ada ditambah potongan timun diakhir masakan. Bila timun dah setengah masak, bolehle padamkan api.. (Taruk kacang panjang dan buah tomato atau belimbing buluh pun sedap juga...)

Gulai ni sedap dan sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi dagang atau pulut kuning. Nak buat cecah roti atau roti canai pun boleh.. Pandai2 lah nak tambah apa yang patut masa menghidang.

Kalau nak cerita pasal gulai ikan tongkol ni, satu hari tak cukup.... sebab macam2 cara orang nak menikmati gulai ikan ni...Bagi saya yang sentiasa sibuk ni, kalau ada gulai ni dihidang dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam2 timun, kobis atau kacang panjang, dah cukup dah.. Kalau ada sambal belacan lada kering, lagiiii sedap!! Dah jadi nasi berlauk..

Kalau nak hidang dengan nasi dagang, mesti ada acar dan juga sambal nyior.. Nasi dagang tu lebih sedap kalau gunakan beras dagang (beras khas utk nasi dagang, berwarna perang. Kalau dihidang dengan pulut kuning, ada acar dah cukup..

Tapi, jangan nak ikut selera saya ye.. ikut selera sendiri lah ye.. lain orang, lain citarasanya..

Selamat mencuba..

KUIH PUTU AYU @ TRIFUL AYU



Macam2 nama diberikan untuk kuih ni. Ada yang panggil putu ayu, ada yang panggil triful ayu, apam seri ayu, ketiwul ayu.. Yang mana satu betul, saya pun tak pasti.. Yang pasti, kuih adik beradik apam ni, saya suka sebab rasanya yang lembut, gebu, lemak dan tidak terlalu manis...

Ada yang buat guna santan, ada yang guna susu cair.. Ada juga yang tak letak susu atau santan langsung. Ada pulak, guna daun pandan atau esen pandan, ada juga guna gula melaka.. Dari segi rupa bentuk tetap sama, cuma rasa dan warna yang memberi perbezaan, bak kata orang ... Air tangan masing-masing..