KAWAN-KAWAN SAYA

20 May 2013

BUBUR BIJI DELIMA DENGAN MANGGA

Assalamualaikum wbt

 Hmm.. tekak teringin nak makan yang manis... Ada mangga masak tapi...nak buat pulut mangga,  pulut pulak tak ada.., nak ke kedai malam2 gini... malas la pulak... teringat kat Kak Ani, pernah ajar saya bagaimana nak buat bubur delima. Kebetulan selongkar kat almari, ada sepaket  lagi tepung ubi yang belum digunakan.. apalagi, saya pun mulakan operasi kat dapur..
CAranya mudah aje.. Masak santan pekat cmpur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masukkan biji delima.. Yummy.. time panas2 tu la saya makan..

Cara Membuat Butir Delima

1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah

Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai.. Ambil sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya...Tuangkan  ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi.  Ratakan dan biarkan kering sedikit..  Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah.  Tuang ke atas lapisan putih.  Biar kering dan mengeras.  Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih.  Toskan dan siram dibawah aliran air paip.  Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk.  Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi.   Siap untuk disajikan.

nota : biji delima ni boleh dicampur dengan nangka, selasih, cendol dan lain2 untuk menghasilkan minuman yang sedap.. boleh dicampur gula merah dan santan..

Selamat mencuba.





RINGKAS TAPI MENYELERAKAN

Assalamualaikum wbt


Hidangan tengahari semalam.. Timun masak air campur udang geragau, sambal sotong, ikan bakar dan budu...
Timun masak air.  Lagi syok kalau ada lada hitam.. tapi lada hitam kehabisan stok, jadi saya hiriskan bawang putih, bawang merah dan lada hijau aje lah..  Tambahkan air secukupnya dan didihkan..taruk garam dan pak aji sket.. Udang geragau pun campak sekali.. Dah mendidih, masukkan timun.. Masak la sampai timun empuk..
Macam biasalah, goreng sotong dan ketepikan.. Kemudian tumis bahan2 kisar iaitu bawang putih, bawang merah, lada kering sampai garing.. tambah garam dan gula secukup rasa.. tambah air asam sket.. Akhir sekali masukkan sotong yang telah digoreng, hirisan bawang besar dan lada hidup..
 Ikan selayang, bakar tawar je.. Cuma siapkan cili dan bawang hiris, tuangkan kicap..
Yang ni... budu cmpur hirisan cili, limau dan bawang... nak sedap lagi, hiriskan serai muda....buat lawan ikan bakar dan ulam2..
Oleh kerana yang ada timun kecik je.. itulah ulam saya hari ni..

Alhamdulillah... rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga...

MASAK-MASAK TENGAH HARI SEMALAM

Assalamualaikum wbt

Hidangan tengahari yang simple, peria katak masak lemak cili api.. Cuma tumbuk kunyit hidup dengan cili padi, campurkan santan pekat dan masak sampai mendidih, masukkan peria yang telah dibuang biji dan udang hidup.  Oleh kerana abah ada gout, saya gantikan udang dengan ikan kembung dan campakkan beberapa biji belimbing buluh...
 Kacang panjang ni saya rebus gitu aje.. siap untuk disajikan dengan sambal belacan atau budu..
Ada sedikit sotong, cuma goreng kunyit dan tambahkan kacang panjang, hirisan lada hidup dan bawang besar.
Pelengkap hidangan, ikan kembung goreng.. almaklum.. takde ikan goreng.. anak2 tak mau makan nasi...

Siap sudah.. saja menjamu mata kawan2.. biarpun ringkas, itulah rezeki saya sekeluarga.. Alhamdulillah...

SOLOK LADA

Assalamualaikum wbt


Selalunya solok lada sinonim dengan nasi kerabu.. tapi tak semestinya dimakan dengan nasi kerabu.. Sebenarnya, solok lada ni boleh dimakan bila2 masa je.. dengan nasi putih atau nasi kerabu.. atau dimakan begitu saja... tak kiralah apa jenis lauk sekalipun.. gulai ayam ke.. gulai daging ke.. gulai ikan.. dan sebagainya.. yang pastinya solok lada dikategorikan sebagai makanan pembuka selera.....dan selalu menjadi hidangan dimajlis2 kenduri kendara..

Sebenarnya saya dah post gambar ni kat facebook... jd saya nak share resipi dan cara membuatnya.. Orang lain, mungkin lain caranya.. cara saya, cukup mudah...

Bahan2
20 - 25 biji lada solok, dibelah jangan putus..keluarkan bijinya.. kemudian rendam dalam air kelapa 10 minit dan toskan.. (Kalau takde lada solok macam dalam gambar tu, boleh guna cili merah, cili hijau atau capsikum...)
1/2 cawan pati santan
kacang panjang atau pucuk ubi untuk mengalas periuk

Bahan2 isian
1 mangkuk isi ikan mentah (ikan kembung, selayang, selar, tenggiri... ikut suka lah ye) yg pasti saya guna isi ikan selayang jer..
2 mangkuk kelapa parut, pilih kelapa yang masih hijau kulitnya...
1 sudu kecil garam secukup rasa
3 sudu gula - boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
5 biji bawang merah, sehiris dua halia dan sedikit lada hitam
sesudu kecik air asam jawa

Cara:
Mula2 tumbuk bawang, halia dan lada hitam sampai lumat.  masukkan garam dan gula secukup rasa.  Masukkan isi ikan dengan kelapa dan tumbuk sampai lumat dan bergaul sebati.  Kemudian sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lada yang telah siap dibelah.  Di dasar periuk, susunkan kacang panjang.. kemudian letakkan lada yang telah siap tadi dan siramkan santan pekat.  Tutup periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih.  Kemudian, kecilkan api dan masak sampai kering kuahnya..  Siap untuk disajikan

note : boleh juga digunakan isi ikan rebus atau ikan bakar, tapi kena tambah sebiji telur untuk melekatkannya.. kalau tidak, isi solok akan berderai..

Selamat mencuba.
  

SAYUR LEMAK BUAH TERRE (GAJUS) DENGAN SOTONG

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... musim sotong telah tiba... dan pohon terre kembali berbuah... Dapatlah dibuat masak lemak dengan sotong..  Sebelum dimasak, buah gajus atau terre ni kena celur dulu, kemudian diperah airnya, baru dibuat masak lemak.. Gunakan santan pekat, hiriskan bawang besar dan lada hidup.. tambah garam secukup rasa.... Masaklah seperti masak lemak sayur yang lain...In Shaa Allah, ada lauk ikan goreng dan sambal belacan.... habis la diet.. huhu
Buah gajus @ terre (sebutan dalam loghat Kelantan), saya beli kat pasar borong Kuala Besut.. bijinya dah takde, sebab nenek dan ambik bijinya untuk disemai.. hmmm.. asik dok beli je.. cuba tanam sendiri pulak ye.. Kalau tak berbuah, dapat makan pucuk buat ulam pun jadi lah....
Buah terre yang tak begitu masak... telah siap dicelur, untuk dibuat masak lemak.. nk hidang terus macam ni pun boleh.. cecah budu atau sambal belacan...

Okey.. kepada kawan2 di luar sana.. jangan terperanjat ye.. sayur lemak buah terre kegemaran keluarga saya... tapi kalau kawan2 dan mencuba masakan eksotik ini.. tetapi allergic dengan sotong, boleh gantikan isi ikan, atau gunakan isi ikan bakar atau ikan bilis je... yang pasti, sekali makan, pasti nak lagi..

Alhamdulillah.. walaupun ringkas, cuma lauk singgang, sayur lemak sotong ulam dan budu... itulah rezeki kami... terima kasih Ya Allah..

Selamat mencuba..

14 May 2013

JOM NGETEH...

Assalamulaikum wbt

Apa kabar kawan-kawan? Sudah lama saya tak bersiaran di blog kesayangan saya ni.. memang saya agak sibuk.. rutin harian saya memang padat....dan memang tak sempat nak berblogger macam dulu2... Hari ni dapatla saya luangkan masa sekejap....

Apa kata kita ngeteh dulu.. jom...



Haa...segelas teh panas untuk suami saya dan Milo untuk saya..kat sini harga air cuma RM1.00 segelas... Rasanya pun kaw2 punya... Okey, kami minum dulu ye...

KERABU RUMPAI LAUT @ KOLAGEN MENTAH

Assalamualaikum wbt



Sebelum ni, memang saya pernah dengar orang bercerita tentang kebaikan dan khasiat kolagen rumpai laut asli Sabah. tapi tak pernah terbuka hati untuk mencubanya sehinggalah saya diperkenalkan oleh seorang sahabat... Selepas empat hari saya menggunakannya, dan ada perubahan pada kulit wajah.. saya terus menggunakan kolagen rumpai laut Sabah sehingga sekarang...  Thank you Norbaineh Marikan...


Rumpai laut kering

Okey, saya tak nak bercerita panjang tentang kolagen ni... tp saya nak kongsikan resipi yang istimewa menggunakan rumpai laut..  Rumpai laut ni ada juga di tempat saya tetapi dikenali sebagai saghae/sarer... Bezanya rumpai laut Sabah lebih kasar/besar saiznya berbanding saghae/sarer yang halus macam rambut.. Dari segi warna dan rasa lebih kurang sama sahaja..


Rumpai laut yang telah direndam semalaman

Cara menyediakan kerabu rumpai ini kawan saya Norbaineh Marikan yang ajarkan.. tapi saya derhaka sikit kat resipinya nya kerana ada beberapa bahan yang kebetulan tak ada...Oleh kerana dah tak tertahan kecur.... saya buat jugalah...


Bahan2 untuk kerabu rumpai laut (saya agak2 je)

Rumpai laut (saya guna kedua2 jenis, purple dan gold) - dicuci bersih dan direndam semalaman
Udang kering, ditumbuk kasar2
Jus limau kasturi
Garam, gula dan perasa
Kerisik

Bahan-bahan dihiris halus
Buah mangga (saya tak guna, sebab tak ada, saya gantikan timun, disagat halus memanjang)
Buah tomato
Cili merah dan cili hijau
Cili padi
Daun bawang
Bawang merah
Bawang putih

Cara Membuatnya

Rumpai laut yang telah direndam, dicelur sekejap dalam air panas dan toskan.  Kemudian gaulkan dengan jus limau, garam dan perasa.  Selepas itu campurkan bahan2 yang dihiris ke dalamnya.. Gaul rata2.. Akhir sekali tambahkan kerisik.  Siap untuk disajikan.

Siap sudah kerabu rumpai laut saya.. Rasanya memang mantap!! Sekali cuba pasti nak lagi.. Kalau buat style  kerabu saghae pun sedap juga... Tepuk dada, tanya selera...

Selamat Mencuba...