KAWAN-KAWAN SAYA

27 March 2012

KUIH BANTAL BURUK


Satu lagi kuih tradisional Terengganu/Kelantan.. kuih bantal buruk..

Kuih kegemaran Ummi.. tapi tak ramai generasi sekarang yang pandai buat kuih ni termasuklah saya.. Di sini saya sediakan resipi dan cara2 menyediakan kuih ni. Tapi bahan2nya kena agak2 sendiri, sebab saya tengok Ummi buat, tak ada sukatan..pakai agak2 je..

KUIH BANTAL BURUK

Bahan kulit (dadar)
Tepung beras
Santan
secubit garam
Telur

Cara :
Campurkan semua bahan dan jadikan dadar.

Intinya
Labu air, diparut halus dan perah buang airnya (boleh ganti dengan betik mengkal yang diparut halus)
Santan secukup kegunaan
Isi ikan bakar tawar
Bawang merah, bawang putih dan halia
garam gula secukup rasa
sedikit lada hitam - jika suka
sedikit laksa cina @suhun


Cara :
Masak santan campur bawang putih, bawang merah dan halia sampai pekat. Campurkan isi ikan, lada hitam dan garam dan gula secukup rasa. Campurkan dengan labu air dan akhir sekali suhun. Kacau sampai kering. Sejukkan.

Bahan-bahan kuah
Santan secukup kegunaan
sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
secubit garam
gula ikut citarasa
hirisan halia dan bawang merah
sedikit halba

Cara :
Campur semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. Hendaklah dikacau selalu supaya tidak berkerak atau mendak.


Cara menyediakan kuih:
Ambil sekeping dadar, isikan sedikit inti dan gulung. Boleh juga digulung seperti kuih ketayap atau popia. Hidangkan dengan kuah yang telah disediakan.

26 March 2012

NASI AIR @ BUBUR BERLAUK


nasi air ringkas..cuma ada ikan bilis goreng dan hirisan daun sup + daun bawang..

Kalau berkunjung ke negeri Kelantan atau Terengganu iaitu di daerah saya Besut, banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan nasi air. Bahkan di pasar2 malam pun ada dijual. Ada pelbagai versi nasi air, iaitu nasi air daging, nasi air ayam dan nasi air ikan bilis.

Nasi air yang berasal dari negara jiran (Thailand) sebenarnya nasi yang dimasak lembek dan dicampur dengan kuah sup, ditabur dengan hirisan ayam atau daging, perut, daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada sulah dan juga ikan bilis goreng. Ditambah dengan cili jeruk dan lobak masin sebagai pelengkap rasa. Semua dilonggok dalam satu mangkuk dan sangat berbeza dengan bubur berlauk yang saya selalu makan di Johor.

Bubur berlauk di Johor ialah bubur nasi yang dihidang dengan kangkung belacan, sambal tumis, ikan masin, telur masin, lobak masin, kacang goreng dan ikan bilis goreng. Lauk pauk lain juga boleh ditambah ikut citarasa sendiri.

Oleh itu, kalau berkunjung ke Pantai Timur, jangan lupa menjamah hidangan nasi air yang unik ini.

Selamat mencuba..

21 March 2012

CENDOL


Cendol ni sedap dimakan waktu cuaca panas atau bulan puasa.. Kat daerah saya ni, cendol mudah diperolehi.. Kat pasar tani, pasar besar atau pekan sehari.. ada je yang menjual cendol. semuanya Melayu dan dipelopori oleh kaum wanita!! memang tak akan rasa was2 la kalau nak beli cendol.

Cendol ni sedap dimakan dengan pati santan campur air nissae (gula melaka atau gula merah). Kalau nak tambah pulut, jagung, cincau, kacang merah, buah kabung atau sagu.. terpulang.. ikut ler selera masing2 ye...Kalau kena ramuan dan lemak manisnya, memang sedap.. Nak hidangkan sejuk, kena tambah kiub ais... Makan gitu saja pun sedap juga..

Alkisah cendol ni diperbuat daripada tepung beras, air daun pandan dan air kapur.. Dikacau atas api sederhana hingga betul2 masak baru boleh dimasukkan ke dalam acuan cendol dan di"teran" ke dalam bekas berisi air sejuk.

SINGGANG ASAM PEDAS IKAN BULAN



Tak tau kat negeri lain dipanggil ikan apa ye.. Ikan ni jenis banyak tulang, bersisik dan rasanya lemak..Saiznya pun besar2 la juga... tp tak sebesar ikan merah atau tenggiri.. yang saya beli ni cuma satu kg seekor dan harganya pun amat murah..

KEK BODO-BODO



Dah siap, tak sempat nak deko2 lagi.. tak sabar nak makan...

Lama betul saya tak berblogging... ni dah bulan Mac 2012.. apa nak jadi ye... sebenarnya mood nak berblogging tak jadi masalah, cuma masa yg tidak mengizinkan... Malam ni, teringat lak nak "menyohor" kek hasil kerja anak bujang... beria2 betul nak wat kek sendiri, maka menjadilah kek yang kupanggil kek bodo2 ni..

17 December 2011

KERABU TERUNG, KERABU PUCUK BEKO


kerabu terung


kerabu pucuk beko

Kerabu terung dan kerabu pucuk beko ni, Ummi yang buatkan.. Erm... tak sempat makan dengan nasi, saya ratah gitu aje.. Untuk menyediakan kerabu terung, Ummi cuma rebuskan terung sampai lembut (lebih sedap kalau dibakar), kemudian dibuangkan kulitnya.. susunkan ke dalam pinggan dan tarukkan bumbunya.. Pucuk beko pula perlu dicelur sampai lembut, kemudian ditoskan sebelum digaul dengan bumbunya.. Kalau secukup rasa pedas, masam dan manisnya..Sedap lah kerabu ni..

Bahan2 untuk bumbunya (sukatan agak2 lah ye)
1/2 biji kelapa parut, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan kemudian ditumbuk halus
3 ekor ikan selayang bakar (ambil isinya dan tumbuk)
5-6 ulas bawang merah, ditumbuk
sedikit halia, ditumbuk
lada hitam secukup kegunaan, ditumbuk
air asam limau nipis (gantikan cuka pun boleh)
garam gula secukup rasa
cili padi bagi yang suka lebih pedas, ditumbuk
budu atau belacan, jika suka

Cara :

Campurkan semua bahan dan sesuaikan rasa. Gaulkan dengan sayur-sayuran yang hendak dibuat kerabu. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 kegemaran yang lain.

Selamat mencuba..

14 December 2011

BUBUR LEMAK


Ummi selalu masak bubur lemak ni masa saya kecik2 dulu.. Tapi cuma dimakan dengan gula..

Pagi, saya masak bubur lemak untuk sarapan pagi.. Ada telur asin, ikan bilis goreng, lobak asin goreng dan sambal tumis.. Nak masak kangkung belacan, dah tak sempat.. Jadi makan je lah apa yang ada.. Lagipun, hari ni teramat sibuk giler... sampaikan tengah hari pun makan bubur ni jugak..

Bubur lemak ni nak buatnya mudah je, cuma cuci beras dan jerang dengan air secukupnya sampai beras jadi lembut macam bubur. Tapi janganlah sampai halus jd bubur tepung pulak.. Kemudian, tambahkan santan dan serai yang diketuk. Campurkan secubit garam untuk tambah rasa lemak. Sesuaikan rasa, boleh lah dihidangkan.. Nak makan begitu saja dengan gula atau dengan lauk pauk, terpulang selera masing2 lah ya..

Selamat mencuba........

UDANG MASAK MASAM MANIS



Menu tengah hari semalam.. udang masam manis.. Saya masak tengok apa bahan yang ada kat dapur.. Ringkas2 je.. sebab nak habiskan pun kejap je.. Mula2 udang digaul garam kunyit dan goreng sekejap. Kemudian ketuk halia dan bawang putih dan tumis.. Bila dah kekuningan, campur cili serbuk. Tambah sos cili dan sos tomato.. Gula secukup rasa dan sedikit cuka.. Sesuaikan rasa, campurkan hirisan tomato, bawang besar, timun dan cili merah. Bila tumisan dah pekat, campurkan udang goreng. Kacau rata2, siap untuk disajikan..

Selamat mencuba..

TAUGEH KAMPUNG TUMIS AIR CAMPUR UDANG


Saya panggil tauge kampung, sebab dia kurus.. tapi sebenarnya ni tauge diperbuat menggunakan kacang hijau. Selain dimasak sebagai sayur, tauge ni juga sedap dibuat ulam cecah budu atau ulam2 laksa, laksam dan nasi kerabu..

Saya bukan nak kongsi resipi masak sayur tauge ni, sebab semua dah tahu nak masak sayur goreng kan.. (gambar kat atas tu sekadar hiasan) tapi cara membuat tauge menggunakan kacang hijau. Mula2 kena pilih kacang hijau jenis yang mahal.. biji dia besar2 sket.. Pastu dicampur air sampai tenggelam. Rendam selama 4 jam.. Toskan. Masukkan ke dalam bakul jarang yang dialas daun pisang. Tutup atasnya dengan kain. Siram setiap satu jam. Selepas 2 hari, tauge dah boleh digunakan.


Selamat mencuba...

NASI KAPIT SAMBAL NYIOR


nasi kapit, sambal nyior dan kuah kacang.. gabungan yang mantap.. pasti sedap dan memikat selera..yummy... yummy...


nasi kapit, dimakan begitu saja dengan sambal nyior..

Nasi kapit atau nasi impit, dimakan dengan sambal nyior.. Dari dulu sampai sekarang, saya memang gemar makan benda ni. Sambal nyior ni Ummi yang buat.. Bukan saya tak tau buat, tapi lebih sedap kalau Ummi yang buat.. Selain nasi kapit, sambal nyior ni sedap kalau dimakan dengan ketupat nasi (ketupat daun kelapa) dan boleh juga dijadikan pelengkap hidangan nasi dagang...

Bahan-bahan untuk membuat sambal nyior:

1/2 biji nyior (kelapa) parut
3 ekor ikan selayang, dibakar tawar (rebus pun boleh)- ambik isi sahaja
garam secukup rasa
gula melaka atau nissae
5 ulas bawang merah
5 batang serai
sedikit halia

Cara2
Mula2, goreng kelapa tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian, tumbuk sampai pecah minyak (kerisik). Ketepikan. Kemudian, tumbuk isi ikan sampai halus. Ketepikan. tumbuk bawang merah, serai dan halia hingga halus. Campurkan garam dan gula melaka. Masa ni, bahan2 tumbuk akan jadi berair. Keluarkan dari lesung, campurkan dengan kerisik dan isi ikan. Gaul rata2. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dipanaskan sekejap atas api supaya tidak mudah basi.

Selamat mencuba.