Satu lagi hidangan yang sangat tersohor adalah ikan kukus. Kalau pergi kat mana2 restoran thai, ikan kukus adalah salah satu menu utama. Tapi kalau kat restoran tu, bahan2 yang digunakan lebihkurang sama dengan tomyam. Ada daun limau purut, serai, cili api dan daun ketumbar.. Tepuk dada, tanya selera..
Resipi ikan merah kukus adalah resipi Pak Ngah Aziz. Kawan abah. Dia memang pandai masak. Saya dah cuba, sedap juga dan senang untuk memasaknya. Resipi ikan siakap kukus adalah olahan saya sendiri setelah menikmati hidangan tersebut di salah satu restoran tersohor di negara kita (nama tempatnya adalah rahsia). Resipi ikan bawal kukus pula saya dapat semasa menonton satu rancangan televisyen tidak lama dulu.
IKAN MERAH KUKUS
Bahan-bahan
1 ekor ikan merah, dibersihkan dan dikelar2
1 biji bawang besar, diparut halus
1 labu bawang putih, diparut halus
1 inci halia muda, diparut halus
Garam dan serbuk perasa
Bahan-bahan sosnya (disatukan)
5 biji cili padi, dimayang halus
2 biji limau nipis, diperah airnya
Kicap cair secukupnya (boleh guna sos nampla)
Cara Membuatnya
Gaulkan ikan dengan bahan-bahan yang diparut dan sedikit garam. Perapkan 10 minit. Kemudian masukkan ke dalam pinggan pengukus dan kukus hingga masak. Ketika masih panas, tuangkan sosnya dan terus hidangkan.
Nota : Ikan ini boleh digoreng dalam minyak terendam sehingga garing. Toskan dan tuangkan sosnya sebelum dihidangkan.
IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN BAWANG JERUK
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap, dibersihkan dan dikelar2
Bahan-bahan untuk dimayang
2 batang serai
3-4 helai daun limau purut
4-5 biji cili api
1 inci halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang putih jeruk
2 biji limau nipis (ambil airnya)
sos nampla secukup kegunaan
Bahan-bahan hiasan
sedikit bunga kobis, kacang sepat, buah tomato (buang biji), cili merah, bawang besar dan daun ketumbar dan daun bawang
Cara Menyediakannya
Gaulkan ikan dengan bahan-bahan yang dimayang, limau nipis dan sos nampla. Perap 10 minit. Masukkan ke dalam pinggan pengukus, aturkan bunga kobis, kacang sepat, buah tomato, cili merah dan bawang besar. Kukus hingga masak. Ketika menghidang, taburkan daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
IKAN BAWAL PUTIH KUKUS DENGAN CENDAWAN KERING
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal putih (dibersihkan dan kelar-kelar)
3 keping cendawan kering (direndam dan dihiris halus)
1 biji tomato, dihiris-hiris
sedikit garam
Bahan-bahan hiris
2 inci halia muda
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
Bahan-bahan sos
2 sudu kicap cair
2 sudu kicap pekat lemak manis
secubit garam
lada sulah secukup rasa
minyak bijan
Bahan-bahan hiasan
Daun ketumbar dan daun bawang, dihiris
Cili merah dihiris
Cara menyediakannya
Ikan bawal diperasakan dengan garam. Perap sebentar. Letakkan dalam pinggan mengukus dan taburkan bahan-bahan hiris diikuti dengan cendawan. Renjiskan dengan bahan-bahan sos dan kukus hingga masak. Taburkan daun ketumbar, daun bawang dan cili merah ketika menghidang. Sedap dimakan panas-panas.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment