KAWAN-KAWAN SAYA

12 November 2010

SIRIH KADUK a.k.a MIENG KHAM




Dah lama tak makan sirih kaduk ni.. hari ini baru berkesempatan.. bawa gi ofis, makan beramai- dengan kawan2.. saya cuma prepare bahan-bahan.. Sediakan sos, kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, udang kering dan hirisan isi kelapa (sangai sebentar), bawang, limau nipis, halia dan juga cili padi .... kawan saya bawakan daun kaduk, banyak ditanam dirumahnya.. Kali ni, saya cuma tepek gambar aje.. untuk resipi dan cara membuatnya, sila rujuk post saya yang telah lepas...

Selamat Mencuba..

11 November 2010

NASI GORENG BUDU

Semalam masak nasi satu periuk, takde siapa yang nak makan.. penyudahnya masuk tupperware, simpan kt peti ais.. Yalah, tak baik membazir kan.. daripada jadi habuan Cik Tong, baik simpan selagi tidak basi...

Sebenarnya, inilah first time saya masak nasi goreng campur budu.. Itupun setelah dengar cerita kawan2 yang tak pandai makan budu sepertimana orang Kelantan atau Terengganu yang menjadikan budu sebagai cecahan untuk ikan bakar atau ulam.. tp budu tersebut dicampur ke dalam masakan seperti nasi goreng, sayur goreng dll...katanya sedap dicampur dalam nasi goreng..

So, inilah percubaan pertama saya, campurkan ke dalam nasi goreng... saya seperti masak nasi goreng kampung yang biasa, cuma ditambah budu bagi menggantikan kicap.. Aroma tumisan nasi goreng ni sangat memikat deria bau..... Meriah satu rumah.. hehehe. Walaubagaimanapun, hasilnya taklah mengecewakan..

Selamat mencuba..

KEK COKLAT UNTUK ADIK

Kek coklat ni ditempah khas utk adik..sempena genap umur setahun.. Happy Birthday Adik... Saya cuma tepek gambar aje..
Saya tak berkesempatan nak buat kek sendiri.. So, lebih baik order sahaja.. Rasanya sedap sangat dan harganya amat berpatutan.. Jadi takde lah resipi untuk kek ini..

PULUT IKAN MASIN / PULUT AYAM

Pulut ikan masin, makan favorite saya dari kecik sampai sekarang.. Gambar yang saya postkan ni, bukan yang saya masak sendiri..tapi suka2 je nak tepek gambar.. Tak susah pun nak masak pulut ni, seumpama kita memasak nasi..tinggal lagi nak gorengkan ikan masin dan juga sediakan kelapa parut... Sedia untuk disantap..

Pulut ayam pula, makanan orang2 Thai, dan juga orang2 yang tinggal bersempadan dgn Thailand.. Gabungan pulut, ayam goreng atau ayam panggang, bawang goreng dan sos yang special menambahkan lagi kelazatan pulut ayam.. Resepinya saya post kemudian, sebab nak kena belajar dulu..

Selamat mencuba..

TAPAI PULUT

Tapai ni adik saya bawa masa bertandang ke rumah saya pada Ahad lepas.. tapi saja nak tepek gambar..maklum dah dekat2 nak raya ni, keinginan makin membuak2.. Terutamanya kalau disimpan dalam peti sejuk.. Nyaman sekali, makan begitu aja ataupun bersama aiskrim atau susu cair.. Syok sangat..

Selamat mencuba..

09 November 2010

SANGGARA BALANDA a.k.a PISANG GORENG BELANDA


Malam ini, saya tak masak nasi.. teringin nak makan yang ringan2 tapi sedap ditekak.. Sebenarnya dah berhari-hari goggle resipi kt internet, cari resipi pisang yg istimewa ini... Hari ini baru mendapatnya, terus suruh suami beli pisang dan terus buat.. Resipi sebenar menggunakan pisang raja, tapi saya guna pisang nipah.. Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan.. Kalau guna pisang tanduk atau pisang berangan pun sedap agaknya..

Sebelum ni, cuma dengar cerita pasal keenakan Sanggara Balanda ni dari kawan ofis yang baru balik dari Sabah.. Sedap katanya, makanan orang Bugis.... itu yang tak sabar2 tu.. kecur liur dibuatnya.. mengalahkan orang mengidam.. hehehe

Resipi asalnya diambil dari blog Imutmanis.. Thank you Imut...karena share resep pisang yg enak banget...

Bahan-bahan
10 biji pisang raja yang tidak terlalu masak(saya guna pisang nipah)
3 sudu kacang tumbuk, gaulkan dengan sedikit marjerin
1 biji telur dipukul (kuning sahaja, tapi saya guna kedua-duanya)
2 sudu gula, dijadikan gula hangus, campur 1/2 cawan air
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Kupas kulit pisang dan goreng sampai jadi warna coklat. Toskan minyaknya. Ketika panas, belahkan pisang, tapi jangan sampai putus. Isikan dengan kacang tumbuk yang digaul dengan marjerin. Celupkan ke dalam telur dan goreng sekali lagi. Toskan dan siram dengan air gula hangus. Sedia untuk disajikan..

Selamat mencuba...

07 November 2010

SINGGANG IKAN TONGKOL & SAYUR CELUR


Hari ni, masak rebus2 dan singgang aje.. Singgang ikan tongkol & sayur-sayuran yang dicelur dan dicecah budu + pelam muda yang dicincang.. Singgang tongkol ni memang sinonim dengan orang-orang Terengganu dan Kelantan.. Tapi jangan tak tau, jiran saya orang Indonesia (keturunan Boyan) pun suka ikan tongkol masak singgang.. tapi rasa singgangnya lain sedikit.. Resipinya saya dah ingat2 lupa.. sebab belum pernah cuba masak sendiri... Kalau tak silap saya, resipinya lebih kurang begini:-

Bahan-bahan

Ikan tongkol, dibersihkan dan dipotong
Asam keping
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk lumat
Sedikit ketumbar biji
Bawang merah
Cili padi atau cili kering
Sedikit kunyit hidup

Cara Membuatnya
Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air dan asam keping secukupnya. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan ikan. Teruskan mendidih hingga ikan masak. Tambah garam dan serbuk secukup rasa.

Selamat mencuba..

06 November 2010

SAYUR PETOLA ULAR TUMIS AIR CAMPUR FISHBALL

Petola ular.. masa mula2 terpandang sayur petola ular ni kat pasaraya Yos..teringat nak buat solok/sarak... tapi malaslah pula nak memarut kelapa dan nak mengopek isi ikan, maklum dah malam2 mula terfikir nak masak yang simple2 aje..Nak masak air campur lada hitam (orang terengganu panggil sayur pedas) , encik suami pula tak sukakan lada hitam..jadi tukar jadi menu sup sayur.. Tumis2 je macam biasa, cuma taruk fishball dan ada sedikit lebihan sawi dan kobis, saya campurkan sekali.. Sedap juga dimakan panas2.. ada lawan ikan goreng dan sambal belacan...

Selamat mencuba..

AIR ASAM LAGI..

Resipi ni sama saja dengan post saya sebelum ini, cuma kali ini saya tambahkan hirisan tomato.. Saya buat air asam ni untuk cecah ikan goreng.. Lebih sedap jika dicecah ikan bakar..

Selamat mencuba

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Sambal sotong kembang ni saya masak pagi tadi, untuk cecah lempeng wat sarapan pagi.. Lempengnya tak sempat saya snap gambar, sebab dah kelewatan.. siap masak, terus makan!!!
Resipinya sila rujuk post saya sebelum ini, resipi sambal tumis ikan bilis, tapi gantikan dengan sotong kembang yang telah dihiris halus..

Selamat mencuba..