KAWAN-KAWAN SAYA

14 June 2012

NASI KERABU SIMPLE

Assalamualaikum wbt.. Nasi kerabu, permintaan anak2.. hidangan untuk tengah hari tadi.. pelengkap hidangan, ulam2an, budu, cili padi jeruk, sambal nyior + ikan, solok lada merah dan ayam goreng berempah.. nasi kerabu kuning... oleh kerana pokok bunga telangku tidak berbunga... maka kunyit hidup dikisar dan ditapis airnya dan dibuat masak nasi.. sambal nyior campur ikan..kelapa parut, digaul dengan bahan2 tumbuk iaitu halia, bawang merah, serai, isi ikan bakar, garam serta gula secukup rasa dan disangai atas api kecil sampai garing.. untuk versi nasi kerabu golok, sambal kelapa dan sambal ikan dimasak berasingan..gunakan bahan2 yang sama untuk kelapa dan isi ikan..cuma sangai sampai garing.. ulam2an... ada hirisan bunga kantan, timun, daun cekur, daun kaduk, pucuk samak @ serai kayu, pucuk kopi, pucuk daun kari, ulam raja, pucuk mata ayam, pucuk lempoyang, pucuk daun kunyit, daun kesum dan serai muda.. (lagi sedap kalau ada tauge atau kacang panjang) cili padi jeruk, cuma tumbukkan cili padi dan campurkan cuka dan sedikit garam. Budu tu tuang terus dari botol dan perahkan limau nipis.. ayam goreng berempah.. ayam digaul dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan, serai dan bawang putih..digoreng sampai garing.. solok lada.. guna lada merah je... lada merah yang telah dibelah dan dibuang biji disumbat dengan campuran kelapa dan isi ikan.. dimasak dengan santan pekat hingga masak.. Untuk isi solok lada.. saya gunakan isi ikan mentah (selayang, tamban atau kembung) dan dicampur dengan kelapa parut (gunakan kelapa yang kulitnya masih hijau dan isinya masih lembut), tambahkan juga bawang, halia, serai yang ditumbuk.. sedikit serbuk lada hitam, garam gula dan sedikit air asam jawa.. Sekiranya menggunakan isi ikan rebus atau isi ikan bakar, hendaklah dicampur dengan sebiji telur supaya bila dimasak, isinya tidak berderai.. Lengkap sudah satu set hidangan nasi kerabu yang simple..sesuai dimakan bila2 masa saja..pagi, tengahari atau malam... Nasi kerabu juga akan menjadi lebi istimewa sekiranya ada lauk2 tambahan yang lain seperti ayam percik, daging bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, bawang putih jeruk, keropok goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.. Lengkapkan juga hidangan nasi kerabu dengan mihun goreng.. pasti sedap.. lepas makan terus bersandar kat dinding.. hehe Selamat mencuba..

ROTI CANAI TELUR DENGAN KUAH DHAL

Assalamualaikum wbt.. Menu sarapan pagi semalam... lewat post kat blog kerana masa tidak mengizinkan.. tapi tak apalah... dah kenyang pun.. Sebenarnya saja nak kongsi kat sini..kalau kawan2 kat luar sana yang datang melancong ke Pantai Timur, jangan le terperanjat kalau nak bersarapan dengan roti canai...Kat sini, jarang ada kari dal yang ada sambal tumis tu...yang ada kuah dhal atau kari ayam, kambing atau lembu.. dan ada juga gulai tulang lembu yang besar gedabak tu.. ikut pilihan la ye.. yang ini saya punya... roti telur, kuah dhal dan gula (org Teganu kan suka yang manis2)tak nak cuba?? sedap tau!! roti telur, made by my Masterchef...Ummi.... Hmmm.. tiap kali Ummi buat roti canai, saya mesti makan sekeping.. kalau takde kuah, cecah susu pekat ataupun gula.. inilah dia rupa kuah Dhal orang Terengganu... takde rasa kari, hanya Dhal semata.. oppss... ada la juga rasa lemak santan dan rempah tumis2 tu.. nak membuatnya mudah aje..cuma rebuskan Dhal sampai empuk (kacang dhal tu kena cuci dan rendam dulu semalaman, baru cepat empuknya..) masa merebus Dhal tu, campurkan bawang putih, bawang besar dan halia yang dititik.. tambahkan juga serbuk kunyit supaya warnanya cantik kekuningan.. bila Dhal dah empuk, tambahkan santan dan garam secukup rasa.. Dalam kuali lain, tumiskan sedikit biji sawi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau... kemudian tambahkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.. kacau sampai bawang kekuningan. Tuangkan ke dalam rebusan Dhal tadi berserta dengan minyak tumisan tu.. Tutup periuk dan padamkan api.. Selepas 5 minit, baru dibuka..sedia untuk disajikan dengan roti canai.. Makan dengan roti putih biasa pun sedap juga... Bagi yang suka pedas, kena sediakan sambal tumis la ye.. bagi orang Terengganu... beginilah seadanya.. tambahkan gula secukup rasa.. yummy...yummy.. Selamat Mencuba...

07 June 2012

TOM YAM AYAM (PUTIH)

Assalamualaikum wbt.. Ummi request nak makan tom yam.. Oleh kerana stok perencah tom yam dah habis, maka tom yam putih je lah.. Cuma ketukkan serai, bawang putih, akar daun ketumbar dan sedikit halia.. Didihkan, masukkan ayam.. Kemudian masukkan sos nampla, garam dan serbuk perasa.. Apabila ayam telah empuk, campurkan buah tomato, cili padi yang telah diketuk, daun limau purut dan jus limau nipis.. Akhir sekali, masukkan bunga kubis, lobak merah, bawang besar hiris dan lada hidup. Tutup periuk dan biarkan sayur-sayuran masak dengan wap periuk. Ketika hendak menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar.. Selamat mencuba..

KEK BATIK BISKUT MARIE


 Assalamualaikum wbt

 Dah lama tak buat kek batik ni.. resipinya pun dah ingat2 lupa.... tapi atas permintaan anak2..hantam sajalah... hihi.. janji sedap.. Mula2 biskut marie dipatah2kan..saya guna dua bungkus biskut marie keluaran Munchy's, setiap satu seberat 350gm..satu paket yang plain, satu lagi yang coklat.. dah itu je yang ada dalam stok.... Ketepikan dulu biskut.. Dalam kuali, tuangkan satu tin susu pekat manis, setengah cawan air, satu cawan serbuk koko dan 3 sudu marjerin.. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kemudian masukkan dua biji telur yang telah dipukul dengan garpu. Kacau cepat2 hingga sebati, pastu masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan... Kacau rata2 dan padamkan api.. Sendukkan ke dalam loyang dan tekan2 hingga mampat.. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya satu jam.. (saya sejukkan satu malam sebab buat kek ni malam tadi, pagi ni buat sarapan..) Kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan..

 Selamat mencuba..

KULAT GELAM AIR ASAM

Assalamualaikum wbt Kulat gelam rebus dengan air asam air asam untuk kulat gelam.. cuma tumbuk cili padi, garam, belacan dan sedikit gula.. campurkan air perahan limau nipis dan cuka secukup kegunaan.. Kulat gelam dalam loghat Kelantan ialah sejenis cendawan yang hanya tumbuh dalam musim angin monsun barat laut...dipanggil nama kulat gelam sebab ianya banyak diperolehi dikawasan berpasir yang banyak pokok-pokok gelam dan hanya tumbuh selepas hujan... Nama pun cendawan kan?? mesti la tumbuh selepas hujan.. hihi.. Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang tahu dan pandai mencari kulat ni.. Saya lebih suka beli je kat pasar, sama ada yang belum direbus ataupun dah siap rebus. Selain dibuat cecah air asam, kulat gelam ni juga sedap dibuat kerabu campur bacang muda atau mangga muda... kulat gelam yang siap direbus.. Bahan2 untuk membuat kerabu (anggaran sendiri - ikut kuantiti bahan yang hendak digunakan) kulat gelam yang telah siap direbus bacang/kuini muda (dikupas, diparut halus dan direndam dalam air garam.. kemudian dibilas beberapa kali dan diperah buang airnya - untuk buang getah), jika guna mangga muda, tak perlu direndam air garam. bawang merah, sedikit halia, lada hitam ditumbuk (boleh tambah cili padi jika suka lebih pedas) isi ikan bakar, juga ditumbuk.. belacan bakar - jika suka kerisik kelapa, garam, gula secukup rasa, jus limau nipis - jika suka pati santan (perah kelapa guna air suam) Cara-cara : tumbuk bawang merah, halia, lada hitam dan isi ikan bakar hingga halus. campurkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian campurkan dengan kulat gelam dan mangga/bacang atau kuini yang telah diparut. Akhir sekali campurkan pati santan. Jika suka, boleh tambah jus limau nipis. Sesuaikan rasa dan hidangkan. Selamat mencuba..