Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
27 April 2012
IKAN BAKAR BERSAMBAL
Saya sebenarnya tak gemar sangat makan ikan bakar yang dah campur dengan sambal ni. Selalu dok makan ikan bakar tawar ataupun ikan bakar garam kunyit jer..dicecah air asam atau sambal belacan cair.. Memang sedap giler dah.. Makan nasi pun boleh bertambah2.. Itu selera zaman bujang2 dulu.. Hanya air tangan Ummi yang saya suka...
Tapi bila berhijrah ke negeri orang, macam2 style ikan bakar yang saya jumpa.. nak tak nak kenalah cuba juga... Ada juga belajar buat perencah sendiri dengan kawan-kawan atau sedara mara belah suami.. Bila dah tau, ubahsuai la sedikit ikut selera sendiri... Dalam gambar ni, saya bakar ikan kat kuali leper je.. Perencah ikan bakar ni ikut resipi kawan facebook.. Fara Rafi.. thank you Fara... akak nak kongsi resipi Fara kat sini ye..
bahan-bahannya mudah.. cuma diperlukan bunga kantan, daun kesum (kisar dan ketepikan) Kemudian kisar cili kering, cili padi, bawang2, serai, lengkuas, kunyit dan halia. Tumiskan guna minyak yang agak banyak..Campurkan dengan bunga kantan dan daun kesum, air asam jawa, garam dan gula melaka.. Kena masak lama atas api kecil. 3-4 jam supaya dapat tahan lama.. Lepas tu boleh gunakan untuk memasak ikan bakar.. Lebihnya simpan kat peti ais..
Cara menyediakan ikan bakar, gaulkan ikan dengan perencah secukup kegunaan dan bungkus dalam daun pisang atau aluminium foil.. kemudian boleh dibakar guna kuali, oven atau microwave.. Nak lagi sedap, gunakan dapur arang.. Baru real bau ikan bakar..
Selamat mencuba..
SANDWICH TELUR
Semua orang suka sandwich kan? Tak kira lah apa jenis sandwich pun.. tuna, sardin atau sambal tumis ikan bilis.. Tapi kali ni saya buat sandwich telur.. Sebabnya..ada lebihan telur rebus dan roti... takut ter"expired" kan rugi pulak.. Dah le beli mahal jugak.. Lagipun, bersarapan dengan sandwich ni takde la berat sangat.. takla macam makan nasi lemak atau roti canai.. lepas makan, mata asyik nak terpejam aje.. Dengan sandwich mata pun takde la nak kuyu2 selalu..Nak buat keje pun jadi rajin.. Satu lagi, sandwich ni sesuai sangat kalau nak bawa bekal berkelah... Sebabnya mudah sangat nak membuatnya... Pejam sebelah mata pun boleh buat..
Mula2 sediakan roti.. Suka hati la nak berapa keping.. Sapukan sedikit mentega pada roti.. Ketepikan. Kemudian kupaskan telur dan lenyek2kan.. Campur sedikit mayonis dan lada sulah.. Kalau nak lebih pedas, cincang sedikit cili padi dan gaulkan. Sapukan kat roti, lapiskan dengan timun, tomato atau salad.. Tangkupkan sekeping lagi roti dan potong dua.. potong empat boleh juga... tp hasilnya jadi kecik2 la...Suka hati lah, nak menyerong atau tegak gitu je.. Lepas tu boleh la dihidangkan dengan teh atau kopi..
Selamat mencuba..
BUBUR LAMBUK
Bubur lambuk ni sedap dimakan pada bila2 masa saja.. Kali ni Ummi masak untuk hidangan makan tengahari.. Senang, tak payah masak macam2.. semua lengkap dalam satu hidangan.. Ada karbohidrat, protein dan sayur-sayuran.. Sayur-sayuran kampung yang banyak khasiat seperti pucuk niding, serai, daun ubi kayu, daun kesum, balik adat, cekur, pucuk manis, pucuk timun tikus,rebung dan macam2 lah.. Ada yang dibeli, ada yang petik keliling rumah aje.. Tambah isi ikan, ikan bilis, kerisik, dan bumbu yang siap ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam. Jika suka, boleh tambahkan santan.. Tapi Ummi tak guna santan, sebab memuakkan.. cukup guna kerisik je.. makan pun boleh tambah2...(macamana nak surut perut ni ye...asyik dok tambah makan je...hehe) Ketika menghidang, bolehlah sediakan ikan kering haruan yang digoreng garing.. ataupun boleh juga ikan masin tenggiri.. gelama kering...ikan bilis goreng, telur masin pun boleh.....dan cili padi jeruk (bagi yang suka pedas).. Nak lebih sedap lagi... tambahkan apa2.. isi ayam, daging, sotong, udang dalam masakan bubur lambuk... atau apa2 je lah yang membuka selera.. Selamat mencuba...
ROJAK MEE
Aha... rojak mee special, disediakan oleh Masterchef.. Ummi saya... tengok dia buat, senang je.. cuma goreng2.. goreng telur rebus, kentang rebus dan tauhu. Pastu buatkan kuah kacang atau keledek.. Yang dalam gambar ni, guna keledek rebus yang dilenyek..keledek kuning. Nak bagi yang detail tu rasanya semua orang dah pandai masak kan?? Yang ini pun, Ummi pakai campak2 je.. Keledek kisar campur sedikit air asam jawa, gula melaka, garam secukup rasa. Untuk bumbunya pulak, Ummi tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, udang kering dan belacan yang telah dikisar. Campur semua sekali dan masaklah mengikut pekat dan citarasa yang diinginkan..Kalau nak lebih manis atau pedas, tambah yang mana patut... Kalau nak campurkan kacang pun, boleh campur sekali. Bila nak makan, sediakan mee, goreng2an tadi, hiriskan sedikit timun, salad dan lada hijau atau merah.. Tuangkan kuah.. siap untuk disajikan.. Selamat mencuba..
26 April 2012
JERUK BUNGA DALA
bunga dala segar, pemberian seorang customer yang baik hati... erm..mcm tau2 aje saya penggemar jeruk ni.. Resipi dah pernah saya post kat entry sebelum ni. Tapi takpe, saya tulis sekali lagi...Tak susah pun membuatnya. Cuma cuci bersih bunga dala ni (mana tau kan, kot ada ulat ke..habuk..ranting..).. Toskan dan masukkan dalam balang kaca..(plastik pun bolehlah).. Dalam blender, kisar sedikit nasi putih Tapiskan dan masukkan ke dalam balang yang berisi bunga dala ni dan tambahkan garam secukup rasa. Bubuh juga sedikit gula melaka. Peram selama 3 hari, baru boleh dihidangkan. Ketika menghidang, patahkan cili padi dan cecahkan dengan ikan bakar tawar. Sedap dimakan dengan nasi semasa masih panas. macam ni la rupanya jeruk bunga dala.. kalau kat pasar, selalunya dibungkus dalam plastik..
Subscribe to:
Posts (Atom)