Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
16 October 2010
SUP AYAM
Satu lagi hidangan kegemaran family saya ialah sup ayam. Ada beberapa cara untuk menyediakan sup ayam iaitu sama ada ditumis dulu rempah ratusnya ataupun tumis darat iaitu, tumisannya dimasukkan diakhir sekali sebelum sup dihidangkan. Lain orang, lain cara mereka memasak sup.. terpulang pada citarasa masing-masing.
Biasanya saya masak sup ayam simple saja iaitu ;-
SUP AYAM PEKAT
Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
3 biji kentang, dibelah 4
1 batang karot, dipotong kiub
Air secukupnya untuk dibuat kuah
Garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
Bahan hiasan/perasa tambahan
Daun sup, daun bawang, cili padi dimayang halus
bawang goreng
Limau nipis untuk airnya
Rempah sup (dikisar lumat)
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
2.5 inci halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu lada hitam - lebihkan jika suka
1 batang akar daun ketumbar
Cara menyediakannya
Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis hingga wangi, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga garing dan pecah minyak. Masukkan ayam, kentang dan karot. Kacau hingga ayam mengecut, baru ditambah air secukupnya untuk kuah. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan tunggu hingga ayam, kentang dan karot telah empuk, teruskan mereneh sup sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Taburkan bahan-bahan hiasan dan hidangkan panas2.
SUP AYAM SIMPLE (TUMIS DARAT)
Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
1 batang akar daun ketumbar
3 inci halia, diketuk
1 labu bawang putih, diketuk
1 sudu lada hitam
2 paket rempah sup bunjut
3 biji kentang, dipotong 4
1 batang karot, dipotong kiub
Air secukupnya untuk kuah
Bahan-bahan untuk menumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
1 sudu kecil jintan putih serbuk
minyak untuk menumis
Cara menyediakannya
Dalam periuk, campurkan ayam, kentang, karot, rempah sup bunjut, akar daun ketumbar, bawang putih, halia, garam dan lada hitam. Tambah sedikit air dan masak sampai ayam kecut. Kemudian tambah air secukupnya dan masak hingga mendidih dan ayam serta kentang juga karot telah empuk. Kemudian renehkan sekurang-kurangnya setengah jam.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga wangi dan bawang telah garing. Tuangkan tumisan ke dalam sup yang sedang direnehkan dan tutup periuk. Padamkan api dapur. Selepas 5 minit baru dibuka dan bolehlah ditaburkan bahan-bahan hiasan sebelum dihidangkan panas2.
Selamat Mencuba..
Labels :
AYAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment