KAWAN-KAWAN SAYA

10 October 2010

KERABU KAKI AYAM

Kerabu kaki ayam, satu hidangan istimewa dalam keluarga saya.. Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih sebagai lauk tambahan..

Cara menyediakannya juga cukup mudah, asal cukup ramuannya. Resipi ini saya olah sendiri setelah beberapa kali menikmati keenakan kerabu di restoran2 thai yang selalu saya kunjungi.. Hasilnya lumayan, sebab semua famili menggemarinya :

Bahan-bahan
1kg kaki ayam, dibersihkan - potong bahagian kukunya dan buang kulit kuningnya
1 inci halia, diketuk
1 batang serai, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk

Cara : Campur semua bahan dalam periuk dan masukkan air cukup untuk menenggelamkan kaki ayam. Rebus selama 1 jam atau hingga kaki ayam empuk.

Bahan-bahan untuk kerabu
3 biji bawang merah, dihiris halus
1 biji bawang putih
3-5 biji cili padi
2 biji tomato, dipotong nipis
1 batang umbut serai, dihiris nipis
2 helai daun limau purut, dihiris halus
2 sudu sos nampla
sedikit gula - jika suka
jus limau secukup kegunaan
1/2 biji timun, dibuang empulur dan dihiris halus
daun salad untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar
sedikit kacang tanah goreng

Cara Membuatnya :
Titikkan bawang putih dengan cili padi. Masukkan jus limau, sos nampla dan sedikit gula. Kemudian campur kaki ayam, serai, daun limau, bawang merah, tomato dan timun. Gaul rata-rata dan sesuaikan rasa. Alaskan pinggan hidang dengan daun salad, masukkan kerabu kaki ayam dan taburkan dengan daun ketumbar dan kacang tanah goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment