KAWAN-KAWAN SAYA

09 October 2010

KUIH KETAYAP a.k.a KUIH GULUNG


Hidangan sarapan pagi ini... Ada orang panggil kuih gulung, ada juga panggil ketayap dan ada juga yang sebut kuih dadar.... Hari ini, terlebih rajin.. maka kuih ni menjadi le untuk wat sarapan.. Tak susah nak membuat nya..

Bahan-bahan intinya
1/2 biji kelapa parut putih (kalau boleh dari kelapa kulit hidup /masih hijau)
secubit garam
1 1/2 kerek nisse (gula melaka)
2 sudu gula pasir
2 helai daun pandan (disimpulkan)
1 cawan air

Cara membuat intinya :
Campurkan kelapa, air, daun pandan dan garam ke dalam kuali. Masak hingga kering dan kelapa jadi lembut. Masukkan gula pasir dan nisse dan terus kacau sampai kering. Sejukkan.

Bahan-bahan dan membuat dadar:
500 gm tepung gandum
2 cawan santan (jangan terlalu pekat atau terlalu cair)
2 biji telur
secubit garam
7 helai daun pandan, diblend dan ambil patinya 1/2 cawan (hari ni guna pewarna hijau sahaja)

Cara-cara membuatnya
Campur semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan kuali leper, lenserkan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk kecil adunan. Ratakan hingga nipis. Tutup kuali dan bila adunan telah menggelembung, terbalikkan sebentar dan angkat. Ulangi proses hingga habis. Kemudian bolehlah diisikan intinya dan digulung. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment