KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label ACAR DAN PACERI. Show all posts
Showing posts with label ACAR DAN PACERI. Show all posts

08 November 2011

ACAR SENGKUANG



Jangan tak tau.. selain dicampur ke dalam rojak petis atau rojak jawa, dihidang dengan kuah pechel bersama daun ubi dan lain2nya, sengkuang juga sesuai dibuat acar. Jangan tak percaya!! Cuba dulu, baru tau! cara membuatnya sama seperti membuat acar timun atau acar2 mentah yang lain..

Selamat mencuba

PACERI NENAS



Paceri nenas ni merupakan salah satu hidangan pembuka selera yang selalu dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriani.. Ada dua versi, yang berempah atau yang tidak berempah.. Walaubagaimanapun, kedua2nya sedap dan sesuai dihidangkan dengan apa jua lauk kegemaran..

Cara membuat paceri nenas ni mudah aje.. Cuma kupaskan nenas, potong2 ikut suka dan rebus untuk buangkan air masamnya.. Toskan.. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang.. Masukkan juga biji sawi, bawang putih dan bawang merah yang dimayang. Tambah juga sedikit serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Agak2 dah mendidih dan pekat, masukkan nenas. Kacau rata2, masak sampai kuahnya pekat. Sesuaikan rasa, bolehlah dipadamkan api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba..

19 October 2011

ACAR TIMUN CAMPUR KISMIS HITAM DAN LADA BENGGALA


Sesekali ubah citarasa, kali ini buat acar timun campur kismis hitam. Takde kismis hitam, kismis biasa pun boleh.. Kalau ada kobis dan karot, lagi meriah rasanya. Sedap dimakan dengan nasi dan lauk gulai itik Cherryberry..lauk-lauk lain pun boleh..

Sebenarnya resipi ni, resipi orang lama..Tok Ngah saya selalu buat. saya cuma tambah sikit2 jer. Kalau Tok Ngah saya dulu, dia potong timun tebal2, kemudian dikelar nipis2, sebelum digaul dengan bahan2 lain.

Bahan-bahan
2 biji timun, buang empulur dan potong dadu panjang
1 cawan kismis hitam
1/2 biji lada benggala kuning, dihiris
1/2 biji lada benggala merah, dihiris

2cm halia muda, dimayang halus
1 ulas bawang putih, dimayang halus
1 biji bawang besar, dimayang halus
1 biji cili merah, dimayang halus
1 batang serai, dimayang halus
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
3 sudu besar cuka makan

Cara-cara

Campurkan bahan-bahan yang dimayang dengan cuka, gula dan garam. Kacau rata-rata, dan gaulkan dengan timun, kismis dan lada benggala. Sesuaikan rasa dan perap 15 minit sebelum dihidang.

ACAR PUTIK PISANG "GGALO"


Makan dah nak abis, kuah pun dah kering...baru teringat nak post gambar kat sini.


Tak pasti kat negeri lain dipanggil pisang apa. Yang saya tahu dari kecik sampai sekarang, dipanggil pisang ggalo (sebut dlm loghat Kelantan). Sekali tengok macam rupa pisang nipah atau kepok, tapi banyak biji. Biasanya buah pisang yang masih muda sedap dibuat acar. Acar pisang ggalo dijadikan hidangan sampingan sepertimana acar timun, acar nenas, solok lada dan lain-lain. Biasa dihidangkan di majlis kenduri dan banyak dijual di pasar-pasar di negeri ini.

ACAR PISANG GGALO

Bahan-bahan
1 sisir pisang ggalo (putik @ masih muda) -dibuang juringnya dan dihiris tak putus, kemudian direndam ke dalam air garam sebelum dimasak
Santan pekat secukup kegunaan
Garam, gula, cuka secukup kegunaan
Lada besar, dibelah 2
Bawang besar di belah 4

Bahan-bahan bumbu (kisar)
5 -6 tangkai lada kering (jika suka lebih pedas, boleh ditambah)
5 biji bawang merah
sedikit halia

Cara :
Didihkan santan sampai pecah, campurkan bahan2 kisar dan didihkan lagi sampai bumbunya masak. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa, kemudian masukkan pisang. Bila pisang telah lembut, baru dimasukkan bawang besar dan lada hidup yang dihiris. Bila bawang setengah layu, padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Nota :
Selain pisang ggalo, bendir, kacang panjang, pucuk piai dan putik jagung juga sesuai untuk dimasak acar seperti ini.

Selamat mencuba.

18 March 2011

ACAR LIMAU


Saya tak pernah makan nasi dengan belimbing buluh jeruk.. Sedap rupanya.. Memang membuka selera.. Apa lagi, saya mintak sket, dengan akak ofis, nk bawak pulang.. Kebetulan lak, kat rumah ada jeruk limau kasturi... Belimbing jeruk tu tak jadi dimakan dengan nasi, sebaliknya saya campurkan dalam acar limau ni..

Cara membuat jeruk limau
Limau kasturi dibelah2 dan taburkan sedikit garam. Masukkan dalam botol kaca. Peram sehingga limau berubah warna. Masukkan gula pasir hingga menutupi keseluruhan limau. Peram lagi hingga gula mencair. Simpanlah beberapa hari sebelum digunakan.

Cara membuat jeruk belimbing buluh - baru dapat resipi tengah hari tadi, dari Kak Zie.. senior kt ofis.. Thanks Kak Zie
Belimbing buluh dicuci bersih dan rendam air kapur 2 jam. Toskan. Gaulkan dengan garam, gula dan tambah sedikit cuka. Tak perlu campur air, sebab belimbing buluh akan mengeluarkan air apabila diperam.. Bila nampak dah berair, bolehlah dimakan..

Acar Limau - resipi ni boleh ditokok tambah ikut citarasa sendiri..Kalau mahu cuba, silakan..

Bahan-bahan

500gm Limau jeruk
20 biji Belimbing buluh jeruk
1 paket Halwa buah pala
Buah prune
Kismis
Kurma
10 biji bawang merah kecik
5 biji bawang putih kecik
Cili padi jeruk
1 cawan cuka
2 - 2 1/2 cawan gula

bahan2 untuk menumis
minyak untuk menumis
sedikit halia, bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
1 sudu teh biji sawi
2 senduk cili kisar
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara2 membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi bahan2 yang dihiris sampai kuning. Masukkan cili kisar dan rempah2. Masak sampai garing, campurkan gula dan cuka. Bila pekat, campurkan semua buah2 jeruk. Masak sampai kering dan pekat. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

03 October 2010

ACAR

Acar.. satu lagi hidangan pembuka selera selain sambal belacan.. Ada mentah (sesetengah tempat dipanggil pencok atau rojak), acar kuning, acar rampai, acar masak dan tidak kurang juga acar jeruk buah-buahan atau acar rempah. Sesuai dihidangkan di dalam pelbagai majlis, asalkan hidangan nasi disediakan oleh pihak tuan rumah.. Biasanya acar timun + nenas yang sering menjadi pilihan, kerana selain bahan2 tersebut mudah diperolehi, ianya mudah untuk disediakan.

Di dalam penyediaan acar mentah, ramuan utama menyediakan acar ialah cuka, gula dan garam. Tetapi di sesetengah tempat, mereka tidak menggunakan cuka kerana dikhuatiri berasid dan boleh menyebabkan perut meragam. Sebagai pengganti cuka, mereka menggunakan jus perahan limau nipis, limau kasturi dan tak kurang juga jus buah oren. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.. Saya tetap menggunakan cuka sebagai ramuan acar kerana cuka menjadi pengawit kepada buah-buahan atau sayur-sayuran yang digunakan selain rasanya yang sedap dan tidak mudah basi. Ada orang menambahkan udang kering yang ditumbuk halus dan juga kacang tanah goreng untuk menambahkan rasa dan dipanggil acar jelatah. Ada sesetengah orang suka makan acar yang sayur-sayurannya masih ranggup, manakala sesetengahnya pula lebih suka acar diperam lebih lama dan berair. Tepuk dada tanya selera.

Di sini saya sediakan resipi acar yang selalu saya buat untuk hidangan keluarga.

ACAR TIMUN MENTAH

2 biji timun susu , dikupas kulit dan dilorek dengan garpu, kemudian dipotong bulat. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. (Jika menggunakan timun yang banyak empulur, lebih sesuai sekiranya dipotong sepanjang satu inci, keluarkan empulur dan potong dadu panjang)
1 biji bawang besar, dimayang halus
2 biji cili merah/hijau, dimayang halus
1 cm halia muda, dimayang halus (jika suka)
1 batang umbut serai, dimayang halus (jika suka)
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
3 - 4 sudu makan cuka

Cara menyediakannya :
Gaul semua bahan perap kira-kira setengah jam sebelum dihidangkan.

Nota : Selain timun, kubis, lobak merah, nenas dan epal hijau juga sesuai dijadikan acar. Malah buah gajus yang masak pun sedap dijadikan acar yang dicampur udang geragau kering. Caranya ialah dengan cara memotong nipis buah gajus, nenas dipotong dadu. Tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah/hijau. Tambahkan udang geragau kering, garam gula dan cuka secukup rasa. Gaul rata-rata dan sedia untuk dihidangkan.

ACAR KUNING SIMPLE

Bahan-bahan
2 biji timun, potong satu inci, buang empulur dan didadu panjang.
10 biji bawang merah kecil (biarkan sebiji-sebiji)
3-5 biji bawang putih kecil (biarkan sebiji-sebiji)
2-3 biji cili merah, dibelah 2
1 inci halia, dimayang halus
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh biji sawi
2 sudu minyak untuk menumis
3 biji bawang merah, dihiris halus
2 biji bawang putih, dihiris halus
1/2 sudu teh garam
3-4 sudu gula
3-4 sudu cuka atau secukup kegunaan

Caranya
Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi dan bahan-bahan hiris hingga kekuningan, masukkan serbuk kunyit, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat, Masukkan timun, bawang-bawang dan cili. Bila separuh masak, padamkan api.

nota : tak perlu ditambah air kerana acar ini akan mengeluarkan airnya sendiri. Penggunaan garam, gula dan cuka adalah mengikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba.