KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label UBI. Show all posts
Showing posts with label UBI. Show all posts

16 July 2012

BAGEDIL @ BERGEDIL KENTANG

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah... siap juga bergedil kentang ini.. punyalah lenguh tangan nak melenyek 5kg kentang. Tu belum lagi campur ramuan dia.. nak jadikan bagedilnya...Tak apalah, kawan2 punya pasal....Harap2 mereka yang makan berpuas hatilah dengan rasanya..TQ to my fren, Cikgu Aznida Daud...lain kali boleh oder lagi ye..
Bergedil atau bagedil ni adalah salah satu masakan orang Jawa atau mungkin dinegeri2 selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Selangor ...termasuklah negara seberang iaitu Indonesia dan juga Singapura...Bagedil ni cukup popular di sana...saya pun pertama kali makan bagedil semasa berada di Johor... Ianya sesuai dimakan begitu saja dengan sos cili atau sambal kicap.. Tapi kebiasaannya bagedil ni digandingkan dengan soto atau sup ayam.. Memang sedap.. Pendek kata, tak lengkap makan soto kalau takde bagedil..
Bahan2 untuk bagedil ialah ubi kentang, dikupas kulit, potong nipis2 dan digoreng hingga masak..Gaulkan dengan daging kisar (masak dulu daging dengan sedikit air hingga kering airnya)kemudian campurkan bawang besar yang telah digoreng, hirisan daun sup, daun bawang, cili merah, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul rata2 dan bentukkan bulat2, kemudian dileperkan. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng hingga masak. nota : selain daging kisar, isi ayam atau udang kering boleh dicampurkan ke dalam bagedil... ada juga yang mencampurkan sedikit rempah ratus ke dalam ramuan bagedil. terpulang kepada citarasa masing2 bagaimana nak mengolah rasa bagedil supaya menjadi lebih sedap.. Selamat mencuba..

31 May 2012

KENTANG SAMBAL BERTELUR

Assalamualaikum wbt
Kentang sambal bertelur - cuma tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar (saya guna cili serbuk). Masukkan garam, gula secukup rasa dan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air secukupnya dan masak sampai kentang empuk. Bila dah hampir kering, pecahkan telur ke dalamnya. Akhir sekali, tambahkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang yang dimayang halus. Kacau rata-rata, bolehlah diangkat.
singgang ikan selayang...cuma didihkan air, masukkan asam keping, hirisan lengkuas, hirisan kunyit, hirisan bawang putih dan bawang merah. Tambah juga sedikit biji ketumbar. Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa. Bila ikan dah masak, campurkan cili padi sebiji-sebiji. Renehkan atas api kecil kira2 setengah jam sebelum dihidangkan.
daun salad dan salad kobis..buat ulam pengganti sayur
Menu tengah hari ini, kentang sambal bertelur, singgang ikan selayang, ulam daun salad dan salad kobis, sedikit sambal belacan dan juga isi ikan rebus goreng campur hirisan bawang lada.. Hidangan ini, walaupun nampak ringkas tapi bila dah makan boleh tambah nasi satu pinggan lagi... Selamat mencuba..

KENTANG LENYEK

Assalamualaikum wbt..
Kentang lenyek...permintaan anak2.. cara mudah, orang kampung yang buat.. cuma kupas 8 biji kentang sederhana besar, rebus sampai empuk.. toskan airnya. Ketika masih panas, lenyekkan kentang sampai lumat. Campurkan satu sudu marjerin dan 3/4 cawan susu suam sedikit demi sedikit sampai kentang betul2 halus.. Kacau rata-rata dan ketepikan.. Sediakan sos. Panaskan sesudu marjerin dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar dan kacau sampai bawang lembut. Kemudian campurkan sesudu makan tepung gandum. Bila tepung dah nampak keperangan, tambahkan secawan air + sedikit stok ayam. Kacau rata2. Campurkan juga serbuk lada hitam dan sos lada hitam secukupnya. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sampai mendidih. Padamkan api, kemudian masukkan bahan sos ke dalam pengisar dan kisar lumat. Masukkan kembali ke dalam kuali dan masak lagi sampai pekat. Curahkan sos ini ke atas kentang lenyek ketika hendak dimakan. Selamat mencuba.

06 December 2011

SIRA UBI STELO (KELEDEK)


Baru siap masak, terus cedok.. dah tak sabar nak makan ni..

Satu lagi juadah tradisional orang2 Kelantan iaitu sira ubi stelo (keledek). Selalu dihidangkan masa majlis kenduri. Tapi sekarang dah jarang2 dapat makan sira ubi ni kat tempat2 kenduri.. sebab diorang dah ikut peredaran zaman. Sekarang dah ada bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur caca. Mungkin sebab sira keledek ni manis sangat, tu sebab diorang tukar...Walaubagaimanapun, tidak semua orang dah tukar menu... masih ada lagi yang mengekalkan tradisi dengan menyediakan juadah tradisional ni..

Bahan2 untuk menyediakan sira keledek
Ubi keledek, saya guna keledek kuning oren - anggaran sekilo
2-3 keping gula melaka (saiz besar)- ikut citarasa
secubit garam
1/2 cawan pati santan

Cara membuatnya
Mula2 kupas keledek dan potong2. Cuci bersih dan rendamkan ke dalam air kapur selama sejam. Kemudian, bilas dan toskan. Dalam periuk, masukkan gula melaka (nisae), secubit garam, daun pandan dan pati santan. Susunkan keledek dan tutup periuk. Masak atas api kecil sampai empuk dan kuah pekat. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

25 November 2011

UBI KAYU MASAK UNGKEP


Memang sedap nih.. dimakan panas2.

Ubi kayu memang sinonim dengan musim hujan. Direbus dan dimakan panas2 dengan kelapa parut atau sambal tumis. Kali ni, saya masak cara orang jawa, iaitu masak ungkep.

Nak masak pun senang, cuma sediakan bawang putih, bawang merah, sedikit halia, kunyit, lengkuas dan serai. Tambah juga sedikit ketumbar jintan dan ikan bilis (boleh juga guna udang kering). Kisar kesemua bahan hingga halus. Tumiskan sedikit rempah tumis iaitu kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang, kemudian masukkan bahan kisar. Bila dah garing kekuningan, masukkan air dan ubi yang telah dikupas. Tambah garam sesedap rasa dan sedikit air asam jawa. Masaklah seperti biasa sampai kering dan ubinya empuk.

Selamat mencuba

21 November 2011

PUTU HALBA UBI KAYU


Putu halba ubi kayu ni saya beli kat pasar malam.. murah jer..3 keping RM1.00. Sedap dimakan ketika masih panas.

Mungkin ada yang tak tahu, selain putu piring, ada satu lagi kuih istimewa diperbuat menggunakan ubi kayu iaitu putu halba ubi kayu. Lebih kurang macam kuih lopis la jugak, cuma lopis dihidangkan dengan air gula melaka, manakala putu halba ni dah diisi dengan gula melaka di dalamnya dan dicecah kelapa parut dan sedap dimakan sewaktu masih panas.

Saya tak pandai sangat bab2 nak membuatnya, cuma selalu tengok orang buat. Bahan2 lebihkurang macam di bawah.

1kg ubi kayu diparut, diperah airnya hingga kering. Simpan air perahan ubi dan dapatkan patinya. Gaulkan kembali ke dalam ubi yang telah diparut tadi.
1 sudu makan halba
gula melaka secukupnya diracik halus
Kelapa parut bergaram

Peralatan lain
Periuk kukus khas untuk membuat putu piring
Kain kasa yang dipotong kecil
Daun pandan
Air secukupnya

Cara2
Didihkan air dalam periuk kukus. Campurkan daun pandan. Gaulkan ubi kayu yang telah diparut dengan halba. Alaskan acuan putu halba dengan kain kasa dan letakkan sedikit ubi parut, gula melaka dan tutupkan lagi dengan ubi dan bungkuskan. Letakkan di atas corong pengukus dan tutup dengan penutupnya. Kukus sampai masak. Kemudian hidangkan dengan kelapa parut bergaram.

Nota : Putu halba ni sedap dimakan ketika masih panas. Kalau dah sejuk, dah kurang sedap sebab dah liat sedikit.

Untuk menyediakan putu piring, tepung beras yang hendak digunakan mestilah direnjiskan dengan sedikit air supaya lembap dan dikukus sebanyak dua kali sebelum dicampur halba dan dijadikan putu. Sekiranya menggunakan beras kisar, beras yang hendak digunakan mestilah dicuci dan direndam sekurang2nya satu malam sebelum dikisar, diayak dan kisar lagi hingga betul2 halus bagi mendapatkan tekstur putu yang lembut dan gebu.


Kakak ni jual dua jenis putu, iaitu putu piring (beras) dan putu halba ubi kayu

Selamat mencuba.

16 November 2011

PENGAT KELEDEK CAMPUR LABU



Teringin nak makan manis-manisan.. Yang ada kat dapur cuma keledek dan labu... Santan pulak tak ada, tapi susu cair ada lagi satu tin.. Gula melaka dan sagu biji pun ada, daun pandan petik aje kat pohon... Maka, siaplah pengat labu dan keledek buat hidangan petang kami seisi keluarga..

16 March 2011

POTATO WEDGES


Potato wedges ni, memang menjadi kegemaran anak2.. Kalau ada kentang, tak makan nasi pun tak mengapa.. Bukan saja kentang goreng, tapi juga kentang yang dicampur ke dalam lauk pauk.. Kentang wedges ni saya buat sendiri, tapi tepung sadurannya menggunakan tepung segera jenama Bestari. Jom layanzzz...

Bahan-bahan
3 biji kentang saiz besar
secubit garam
tepung ayam goreng
minyak untuk menggoreng
air untuk merebus kentang

Cara-cara membuatnya
Potong kentang bentuk wedges..Didihkan air, masukkan secubit garam. Masukkan kentang dan rebus 5 hingga 10 minit. Toskan. Gaulkan dengan tepung ayam goreng dan perap sebentar. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng kentang hingga garing. Sedap dimakan begitu saja atau dicecah sos kegemaran.

Kentang Wedges - Resipi sendiri

Bahan-bahan
Kentang dipotong wedges dan dicelur dalam air panas mendidih bercampur sedikit garam selama 5 -10 minit

Bahan-bahan saduran (biar kering)
Sedikit serbuk cili kering yang kasar atau serbuk lada sulah
Sedikit rempah oregano atau rempah kari
sedikit tepung beras atau tepung gandum
Bawang putih yang dicincang halus
secubit garam

Cara Membuatnya sepertimana di atas.


Selamat mencuba