Pagi ni saya sediakan chapati dengan kari dhal untuk bersarapan.. Minum teh panas.. Sebenarnya tepung atta ni dah beli sejak bulan lepas.. tapi nak buat chapati ni asyik tertangguh2.. Kali ni tak boleh lengah2.. kalau dibiarkan, nanti tepung tu expired pulak.. So, pagi2 lagi saya dah adunkan chapati ni.. dan masak kari dhal.. Kebetulan ada lagi 2 ketul gearbox kambing yang dah siap rebus dalam freezer, so saya campurkan dalam kari dhal saya..
Resipi chapati ni, asalnya dari kawan ummi, suaminya orang pakistan.. tak berapa tepat sukatannya..pakai2 agak2 jer.. sebab dia bercerita pasal chapati ni sambil borak2..
Bahan-bahannya
500gm tepung atta
1 gelas air suam + sedikit garam
2 sudu minyak sapi (saya guna marjerin lembut aje)
1 biji telur ayam
Cara :
Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang di tengah2, pecahkan telur, taruk marjerin dan tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sampai sebati. Bentukkan adunan jadi bebola, kemudian digelek tipis2.. Semasa menggelek adunan kena tabur tepung gandum supaya tidak melekat. Bakar atas kuali leper hingga masak. (Kalau nampak dah menggelembung, maknanya dah masaklah..)
KARI DHAL
Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kacang dhal - direbus sampai empuk
2 ketul gearbox kambing (dah siap rebus)
1 mangkuk air rebusan
1 cawan santan pekat
2 biji terung bulat, dipotong kecil
1 batang karot, dipotong kecil
4 biji kentang, dipotong kecil
2 biji lada hijau, dipotong2
2 biji tomato, dibelah2
5 biji bendir (saya tak taruk, sbb dah kehabisan stok)
4 batang kacang panjang, dipotong pendek
garam dan serbuk perasa
sedikit air asam jawa (boleh ganti tomato puree)
minyak untuk menumis
bahan-bahan untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 biji bawang merah, dimayang halus
2 biji bawang putih, dimayang halus
2 cm halia
2 sudu cili kisar (lebihkan jika suka lebih pedas)
sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, lawang dan cengkih)
4 sudu serbuk kari
Cara Membuatnya
Kacang dhal, gearbox kambing dan air rebusan dicampurkan ke dalam periuk dan rebus sampai sebati. Masukkan santan, garam, air asam jawa dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga garing. Tuangkan ke dalam periuk dhal tadi dan tutup. Selepas 5 minit, baru dibuka periuk dan sedia untuk dihidangkan.
nota : untuk lebih sedap lagi, boleh ditambah daging cincang atau daging tetel yang telah siap direbus ke dalam kuah dhal.
No comments:
Post a Comment