KAWAN-KAWAN SAYA

31 May 2012

KENTANG SAMBAL BERTELUR

Assalamualaikum wbt
Kentang sambal bertelur - cuma tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar (saya guna cili serbuk). Masukkan garam, gula secukup rasa dan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air secukupnya dan masak sampai kentang empuk. Bila dah hampir kering, pecahkan telur ke dalamnya. Akhir sekali, tambahkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang yang dimayang halus. Kacau rata-rata, bolehlah diangkat.
singgang ikan selayang...cuma didihkan air, masukkan asam keping, hirisan lengkuas, hirisan kunyit, hirisan bawang putih dan bawang merah. Tambah juga sedikit biji ketumbar. Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa. Bila ikan dah masak, campurkan cili padi sebiji-sebiji. Renehkan atas api kecil kira2 setengah jam sebelum dihidangkan.
daun salad dan salad kobis..buat ulam pengganti sayur
Menu tengah hari ini, kentang sambal bertelur, singgang ikan selayang, ulam daun salad dan salad kobis, sedikit sambal belacan dan juga isi ikan rebus goreng campur hirisan bawang lada.. Hidangan ini, walaupun nampak ringkas tapi bila dah makan boleh tambah nasi satu pinggan lagi... Selamat mencuba..

KENTANG LENYEK

Assalamualaikum wbt..
Kentang lenyek...permintaan anak2.. cara mudah, orang kampung yang buat.. cuma kupas 8 biji kentang sederhana besar, rebus sampai empuk.. toskan airnya. Ketika masih panas, lenyekkan kentang sampai lumat. Campurkan satu sudu marjerin dan 3/4 cawan susu suam sedikit demi sedikit sampai kentang betul2 halus.. Kacau rata-rata dan ketepikan.. Sediakan sos. Panaskan sesudu marjerin dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar dan kacau sampai bawang lembut. Kemudian campurkan sesudu makan tepung gandum. Bila tepung dah nampak keperangan, tambahkan secawan air + sedikit stok ayam. Kacau rata2. Campurkan juga serbuk lada hitam dan sos lada hitam secukupnya. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sampai mendidih. Padamkan api, kemudian masukkan bahan sos ke dalam pengisar dan kisar lumat. Masukkan kembali ke dalam kuali dan masak lagi sampai pekat. Curahkan sos ini ke atas kentang lenyek ketika hendak dimakan. Selamat mencuba.

AYAM UNGKEP, KACANG PANJANG GORENG CAMPUR TAUHU TEMPE

Assalamualaikum wbt..
Ayam masak ungkep...masakan orang jawa... resipi Azlina Shah, rakan facebook saya.. cukup mudah cara memasaknya dan sedap pula rasanya.. Cuma blendkan bawang2, halia, kunyit, lengkuas, serai dan ketumbar jintan..kemudian ditumis bersama rempah 4 sekawan hingga wangi. Jika malas nak mengisar, bahan2 bumbunya boleh dihiris2 dan ditumis begitu aje...Selain ayam, daging juga boleh digunakan. Tambahkan juga air asam jawa dan garam secukup rasa. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi..Masak secara "ungkep" hingga ayam atau daging empuk dan kuahnya pekat dan agak kering.
kacang panjang ni digoreng campur tauhu, tempe dan juga suhun.. Macam biasalah.. tumis2 aje..hehe
kekapis masak sambal..
kangkung goreng belacan ... cuma blendkan cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan dan sedikit udang kering. Tumis sampai garing, campur garam dan kangkung. Tutup kuali. Agak sayur dah layu, kacau sebentar dan angkat. Siap untuk disajikan.
hidangan tengahari yang ringkas.. ada ayam ungkep, kekapis masak sambal, kacang panjang goreng campur tauhu tempe dan juga kangkung goreng belacan.. Sebenarnya, masakan ni hidangan tengahari dua hari yang lepas.. oleh kerana line tenet yang tenat...baru malam ni dapat dikongsikan kepada kawan2 semua.. kongsi gambar aje.. kalau nak resipi, rasanya kawan2 pun tentu selalu masak macam ni kan.. Selamat mencuba..

25 May 2012

GULAI AYAM

Assalamualaikum wbt..
Gulai ayam.. memang sedap kalau Ummi yang masak.. Ummi masak gulai ayam guna rempah gulai darat. Takde nak sukat2... semua pakai agak2 je...Bahan-bahan seperti cili, bawang, halia dan lengkuas dikisar dan dicampur dengan rempah, ditumis rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang) diikuti campuran rempah sampai wangi dan garing.. Baru dimasukkan ayam, ungkepkan hingga ayam mengecut. Kemudian tambahkan kentang, santan, garam dan asam keping. Masak hingga ayam dan kentang empuk..Akhir sekali, tambahkan kerisik kelapa..Masak sampai pekat. Selamat mencuba..

URAP PUCUK UBI CAMPUR DAUN CEKUR @ KENCUR

Assalamualaikum wbt
Satu lagi hidangan kegemaran kami sekeluarga.. Urap pucuk ubi campur cekur atau kencur dalam loghat jawa. Walaupun makanan orang jawa, tapi dah jadi sebahagian dari hidangan kami. Mudah saja membuatnya.. Cuma gorengkan cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis atau udang kering. Boleh juga dicampur sedikit belacan (goreng dulu). Bahan-bahan yang telah digoreng tadi hendaklah ditumbuk bersama isi cekur hingga lumat. Kemudian digaulkan dengan kelapa parut. Tambah garam gula secukup rasa. Sangai sekejap atas api biar layu (saya suka garing sedikit). Kemudian digaulkan dengan pucuk ubi yang telah siap direbus dan juga hirisan daun cekur. Semuanya digaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba..

24 May 2012

PECHEL JAWA

Assalamualaikum wbt..
Pechel... ramuan pucuk ubi kayu yang telah siap direbus.. kacang panjang, kobis, taugeh dan tauhu tempe yang digoreng.. Digaul kuah kacang dan dimakan begitu saja atau bersama nasi..
Bahan-bahan untuk menyediakan kuah pechel mudah aje.. 1/2 cawan kacang tanah 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 5-6 biji cili api 1 sudu makan belacan 3-4 sudu gula merah atau gula pasir 4 helai daun limau purut atau isi kencur 1/2 cawan air asam jawa garam secukup rasa sedikit minyak untuk menggoreng Air panas secukupnya Cara-cara membuatnya Panaskan minyak dan gorengkan kacang, bawang, cili dan belacan satu persatu. Masukkan ke dalam lesung dan tumbuk sampai lumat bersama-sama dengan gula merah dan daun limau purut. Campurkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Bila hendak dihidangkan, campurkan air panas untuk mencairkannya. Satu lagi cara yang mudah : Campur semua bahan dalam blender dan kisar lumat.. Siap untuk disajikan..
Selamat mencuba..

IKAN REBUS MASAK PEDAS

Assalamualaikum wbt..
Satu lagi menu kegemaran keluarga saya dari dulu sampai sekarang. Ikan aya rebus masak pedas..(untuk resipi ikan rebus, sila lihat entry sebelum ni..Ikan tongkol (ikan lain pun boleh..) yang siap direbus..digoreng dan dimasak sambal..tidak terlalu pedas..tapi kami panggil ikan masak pedas..Sama seperti masak sambal lain, cuma tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering sampai garing.. Kemudian tambah gula sedikit biar naik minyak. Masukkan air secukupnya dan masak sampai mendidih.. Baru dimasukkan ikan rebus yang telah siap digoreng.. Tak perlu tambah air asam sebab ikan rebus dan cukup rasa masam masinnya.. Masak sampai pekat..Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar.. Selamat mencuba..

KERABU KAKI AYAM

Assalamualaikum wbt...
Lauk kerabu kaki ayam ni, menu dua hari lepas.. hari ni baru dapat update kat blog.. Resipinya dah pernah dipostkan sebelum ni..tapi kali ni saya campur dengan bunga kantan dan lobak merah.. Caranya mudah aje.. Rebuskan kaki ayam sampai empuk.. Kemudian keluarkan tulangnya.. (Saya tak keluarkan, sebab nak cepat). Kemudian titikkan bawang putih dan cili padi..(untuk dapatkan baunya...) Campur dengan sos nampla, jus limau sedikit garam dan gula...Gaulkan dengan kaki ayam yang telah siap direbus. Selepas itu campurkan hirisan bawang besar, cili merah, cili padi, lobak merah parut, bunga kantan, serai, daun limau purut, tomato dan juga daun ketumbar. Gaul rata-rata dan hidangkan.. Selamat mencuba..

KEKAPIS LAGI..

Assalamualaikum wbt.. Saja nak tunjuk, pada mereka yang tak kenal isi kekapis..macam ni bentuknya..
bulat dan ada berenda kat tepiya..
Ada sikit lagi isi kekapis kat dalam freezer.. Saya tumis-tumiskan dan campur dengan sayur petola.. Sedap juga...

22 May 2012

PUTERI MANDI @ TTERI MANDI @ KEPEK IDUNG

Assalamualaikum wbt.. Dalam Bahasa Malaysia, disebut puteri mandi.. manakala tteri mandi atau kepek idung ialah sebutan dalam loghat Kelantan.. Tak pasti daripada mana kuih ni dapat nama, yang pastinya sebab kuih ni dibuat bentuk bulat dan dipenyek jadi kemek.. jadi macam hidung pesek atau kepek dalam loghat Kelantan...hoho.. susah betul nak huraikan...Walau apapun nama dan sebutannya.. kuih ni ternyata sedap....diperbuat menggunakan tepung pulut campur sedikit saja tepung beras, air kapur dan air daun pandan..dibuat doh yang sebati dan dibentukkan bulat2, kemudian dileperkan... dimasak dalam air mendidih hingga timbul, kemudian ditoskan.. Gaulkan ke dalam inti kelapa yang telah disiapkan terlebih dulu.. Cara membuat inti kuih ini adalah sama seperti inti kuih ketayap atau kuih koci atau kuih bom.. tak kiralah sama ada menggunakan gula melaka atau gula pasir.. Alkisahnya... kuih ni Ummi buat untuk berbuka puasa.. hari ni 1hb Rejab..Alhamdulillah, sempat disiapkan kuih walaupun beberapa minit lagi akan kedengaran azan maghrib yang menandakan telah masuk waktu untuk berbuka puasa.. Alhamdulillah...

IKAN REBUS GORENG

Tak susah mana pun nak buat ikan rebus ni.. Sebelum ni pun saya dah pernah ceritakan perihal ikan rebus ni atau dalam loghat Kelantan dipanggil Kkering Gare.. atau lebih dikenali dengan nama ikan kukus..Nama je ikan kukus, tapi sebenarnya dimasak dengan teknik merebus atau pindang kering. Tak semua jenis ikan yang sesuai untuk direbus. Ikan aya atau tongkol, selayang, selar, lolong dan biji nangka sesuailah.. Caranya cukup mudah...ikan yang telah siap disiang dan dibersihkan disusun ke dalam periuk. Taburkan garam dan asam keping selapis demi selapis.. Agak2 la jangan sampai terlebih masin. Jika suka, boleh ditambahkan hirisan bawang putih dan halia. Ada orang suka tambahkan gula atau gula melaka.. Terpulanglah ya.. ikut selera masing-masing. Akhir sekali, tambahkan sedikit air..tapi jangan sampai tenggelam.....Jika menggunakan ikan tongkol,tambahkan sesudu makan cuka..untuk memejalkan isi ikan...Kemudian masak atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, buka sedikit tutup periuk dan kecilkan api dapur.. masak lagi sampai kering... Ikan yang telah direbus boleh dibuat serunding, digoreng, dibuat gulai, dimasak sambal dan dicampur ke dalam masak sayur lemak, sayur pedas, dan lain-lain... Dan boleh juga dimakan begitu saja dengan nasi dan sambal belacan.. Untuk menyediakan ikan rebus goreng yang sedap... gorengkan juga bawang besar dan lada hidup atau cili padi yang dihiris hingga garing.. Taburkan ke atas ikan rebus yang telah digoreng.. Selamat mencuba..

PULUT TANAK IKAN REBUS GORENG

Assalamualaikum wbt.
pulut tanak, gaul kelapa dengan ikan rebus goreng..
Inilah hidangan kami anak beranak pagi semalam. Pulut tanak, kelapa parut, ikan rebus goreng dan ikan masin goreng. Pulut tanak yang sedap dimakan ialah pulut tanak yang tidak terlalu keras atau terlalu lembik (benyek). Caranya, beras pulut dicuci macam biasa, pastu tambah air secukupnya..agak2 setengah inci melepasi beras pulut dalam periuk. Kemudian jerang atas api sederhana.. Agak2 dah kering, tutupkan periuk dan kecilkan api. Selepas 15 minit (dah masak), baru dikarih2kan. (kalau masak guna rice cooker, tekan suiz dan tunggu je ia masak..) Kemudian sediakan kelapa parut..seeloknya kelapa yang digunakan ialah kelapa yang masih hijau kulitnya.. isinya masih lembut. Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. Nak lagi syiok.. makan pulut ni, sediakan beras goreng iaitu segenggam beras pulut dicuci bersih dan masukkan dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga keperangan. Tabur ke atas pulut tanak semasa hendak dimakan. Krup krap krup krap.. sedap.. Tak lengkap lagi pulut ni, kena ada ikan masin goreng atau ikan goreng pun boleh.. Ikan rebus goreng pun boleh.. Untuk resipi dan cara-cara menyediakan ikan rebus goreng.... akan menyusul nanti..Selamat mencuba..

18 May 2012

ABUK-ABUK SAGU

dua versi abuk2.. bentuk kon (tak berapa jadi) dan bentuk apa ye..
siap sedia utk dimakan.. yummy..yummy..
abuk-abuk versi kukus dalam loyang.. x cukup daun pisang..
Kuih abuk-abuk sagu.. memang sedap dimakan ketika masih panas... Saya mula kenal dan suka makan kuih ni sejak kahwin dengan suami saya.. sebabnya, mak mentua saya suka buat kuih ni dan saya pun belajar buat kuih abuk2 ni daripada beliau.. memang cukup mudah cara membuatnya.. Bahan-bahan yang diperlukan cuma sagu biji mata ikan, kelapa parut putih, secubit garam dan gula melaka.. Jika suka boleh titiskan sedikit pewarna.. Cara menyediakannya pun mudah.. Masukkan sagu mata ikan ke dalam tapis dan siram dibawah air paip hingga rata.. toskan. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah dicampur sedikit garam. Kalau sagu dua cawan, kelapa parut satu cawan atau satu cawan setengah.. atau ikut kehendak sendiri.. nak lebih rasa sagu atau rasa kelapa.. kalau guna kelapa parut muda lagi sedap, lemak dan manis....kemudian titiskan sedikit pewarna jika suka.. Kemudian bolehlah dibungkus dalam daun pisang.. Taruk sedikit gula melaka ditengah2 adunan. Dah siap semua, kukuslah sampai masak... Tapi bagi mereka diluar sana yang teringin nak makan abuk2 tapi susah dapat daun pisang, bolehlah dikukus dalam loyang.. Mula2 ratakan setengah bahagian sagu, taburkan gula melaka dan tutup kembali dengan sagu.. Ratakan permukaannya dan kukus hingga masak.. Selamat mencuba..

17 May 2012

MASAK TENGAHARI, MAKANNYA MALAM...

ada ikan aya singgang, sayur kangkung goreng campur kekapis, budu + jagung muda & bunga kantan rebus dan... kekapis sweet sour...
kekapis sweet sour... kekapis ni, saya beli kat Komplek Perikanan Kuala Besut.. kebetulan ada bot masuk hari ni.. jadi saja tinjau.. nampak kekapis ni.. terus beli..
kangkung goreng campur kekapis, terlebih lecur.. tapi takpe...sendiri yang mau makan.. hihi
saya lebih suka beli jagung muda yang masih ada kulit daripada yang dah togel tu.. sebab rasanya lebih manis dan dijamin tidak ada kekotoran melekat kat isi dia..
lauk wajib kalau beli ikan aya @ tongkol... kalau tak masak gulai, singgang je lah.. Macam ni lah hari2... masak...masak...tapi yang ringkas2 aje... banyak pulak menu hari ni.. macam2 ada.. Alhamdulillah, habis juga... walaupun siap masak tengahari.. dah nak malam baru terhegeh2 nak makan...

KEKAPIS @ SIPUT PIRING @ SCALLOP

kekapis masam manis
sayur kangkung campur kekapis
ada orang panggil kekapis.. ada panggil siput piring.. dan scallop dlm bahasa omputeh.. benda yang sama... cengkerangnya nipis, isinya bulat berenda.. macam scallop langsir tu.. isinya pun lembut dan manis rasanya.. apa2 pun saja je tayang gambar2 ni..

13 May 2012

BUBUR SOM-SOM

Assalamualaikum wbt.
Ummi saya memang sukakan hidangan lemak manis seperti bubur, pengat dan kuih-kuih lain yang seangkatan dengannya. Tak kira siang atau malam.. kadangkala, risau gak... takut mengundang penyakit... Bubut som-som ni Ummi buat malam tadi..masa tengah sibuk2 perisi ikan nak masak serunding ikan.. dan ada pulak lebihan santan... Pada mulanya Ummi nak masak kuih lompat tikam...tapi memandangkan hari dah malam.. daun pandan pulak tak ada.... Jadi, saya cakap kat Ummi, apa kata buat bubur som-som je.. Lagipun mudah aje membuatnya.. Cuma leburkan santan, tepung beras dan secubit garam. Kacau atas api sederhana hingga masak dan pekat. Tuangkan dalam acuan dan tunggu hingga sejuk, barulah dipotong2 dan dimakan dengan air gula melaka.. Selamat mencuba.

JEMPUT-JEMPUT BILIS

Assalamualaikum wbt.
Siapa tak kenal dan tak pernah makan jemput-jemput bilis?? Mesti semua kenal dan suka makan jemput-jemput ni.. Boleh disajikan sebagai sarapan pagi, minum petang atau dijadikan snek makan malam andai tidak mahu makan nasi.. Kalau nak tahu, dari saya kecik, sampai dah tua2 ni pun suka sangat makan jemput2 ikan bilis..campur bawang.. lagi2 kalau ada air cuka atau air lada yang Ummi buat.. Ummi saya, kalau buat jemput2 ikan bilis, mesti taruk sayur kangkung yang dihiris halus ataupun sayur-sayuran lain seperti kucai, taugeh, kobis dan juga karot yang diparut halus.. Lepas tu taruk sedikit mauripan.. Memang gebulah jemput2 ni.. Oleh kerana pagi ni, takde sayur kangkung, saya cuma taruk ikan bilis dan bawang besar saja.. Bancuh tepung dengan air panas suam dan tambahkan ikan bilis, garam, bawang besar yang dihiris dan juga sedikit serbuk penaik/mauripan. Bancuhan jangan terlalu kental atau terlalu cair. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan sesudu demi sesudu adunan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos. Hidangkan dengan air cuka atau sos cili kegemaran.. Ada juga yang suka cecah dengan sambal tumis.. terpulanglah ya.. AIR CUKA @ AIR LADA 3 sudu makan cili boh 5 sudu gula pasir 2 sudu cuka sedikit air panas cara : campurkan semua bahan dan kacau sampai gula larut. Sedia untuk dihidangkan. Nota : kalau guna mauripan, kena tunggu adunan naik dulu baru boleh digoreng. Selamat mencuba.

DAGING MERAH

Assalamualaikum wbt..
Kebetulan ada sedikit daging yang telah siap direbus dalam peti ais. Saya masak lauk kegemaran keluarga iaitu daging merah.. Daging merah ni sangat popular kat kedai2 tomyam atau restoran yang menyediakan masakan panas. Biasanya lauk ni berwarna merah dan ada campuran kacang panjang atau bunga kubis. Tapi saya stok sayur-sayuran tu.. jd masak yang ringkas2 je.. janji ada rasa.. takpelah menderhaka sikit pada resipi asalnya. Cuma hiriskan daging yang telah siap direbus, gaulkan dengan sos tiram, sos nampla, sos cili dan sos tomato. Perap sekejap. Kemudian tumiskan halia, cili padi dan bawang putih yang diketuk hingga kekuningan dan naik bau. Masukan daging yang diperap dan kacau. Tambahkan sedikit air rebusan daging dan masak sampai pekat. Akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar dan cili merah. Siap untuk disajikan. Selamat mencuba.

12 May 2012

TERESEK JANTUNG PISANG CAMPUR RANGKA AYAM

Assalamualaikum wbt..
Kalau sebut teresek jantung pisang, mulalah teringat bulan puasa atau musim kenduri.. lauk ni memang tak miss..memang membuka selera, sama seperti acar atau kerabu.. Teresek adalah sejenis hidangan berempah seperti gulai dan menggunakan organ dalaman seperti hati,mempedal ayam, babat dan dicampur jantung pisang atau kacang panjang. Ada yang suka teresek berkuah, ada yang suka kering2 sedikit. Hari ni, saya masak teresek darat jantung pisang campur rangka ayam. Iyelah...cuma rangka ayam je yang ada.. hati pedal, jantung semua dah jadi sate.. Cuma kisarkan bawang putih, bawang merah, serai, halia, kunyit dan lengkuas. Gaulkan dengan rangka ayam dan tambah serbuk kari. Ungkep sampai kering. Kemudian tambah santan, garam, asam keping dan sedikit gula melaka (mesti). Bila dan mendidih dan rangka ayam dan empuk, campurkan jantung pisang, bawang dan cili hidup (saya guna cili api dibelah dua). Masak sampai jantung pisang empuk. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba.

11 May 2012

SAMBAL KERING IKAN BILIS BERKACANG

Assalamualaikum wbt..
Sambal bilis ni, saya buat pagi tadi...itupun teringat kat ikan bilis yang baru beli masa pergi rumah Mak Uteh..ikan bilis segar yang diproses dan dikeringkan di tengah laut, kata Mak Uteh..jadi belilah sekilo bawak balik.. Sambil2 masak mee goreng untuk sarapan, saya masaklah sambal ni. kebetulan semua bahan yang diperlukan ada kat dapor.. apa lagi... bermula lah operasi saya... mula-mula, gorengkan ikan bilis sampai garing..kemudian, gorengkan kacang tanah. kemudian kisar sedikit bawang putih, bawang merah dan cili kering (lebihkan sedikit). saya tak suka guna banyak bawang merah, sebab nanti kacang jadi lemau.. Kemudian tumiskan dengan minyak secukupnya sampai garing.. dah garing, masukkan gula, kacau sampai pekat dan naik minyak.. campak sekeping asam gelugur..tambah garam secukup rasa.. kemudian, campurkan ikan bilis dan kacang tanah goreng. kacau rata2, bolehlah diangkat. kalau taknak makan, boleh simpan dalam bekas kedap udara... Selamat mencuba.

10 May 2012

NASI KHAO MOK (KOMOK) @ KHAO MOK GAI

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, baru selesai makan tengah hari.. walaupun jam dah pukul 3 petang. Memang rutin harian macam ni... dah masuk masa minum petang, baru makan tengah hari..
Nasi komok..guna beras wangi..terlembik sikit nasinya.. saya makan dengan acar timun, sos cili dan ulam daun salad kobis..
acar timun, campuran timun, bawang besar, cili merah, gula, cuka dan garam secukup rasa..
sos cili padi- saya guna cili padi hijau, bawang besar, bawang putih, sedikit halia, daun ketumbar, daun bawang dan cuka, gula dan, sos nampla..dicampurkan dan dikisar sampai lumat. Tambah garam jika perlu.
Ini dia rempah nasi komok.. Satu uncang rempah adalah untuk 4 cawan beras dan 600gm ayam. Saya kirim beli rempah ni melalui seorang rakan yang kebetulan balik ke Thailand bulan lepas. Hari ni baru berkesempatan masak nasi komok ikut resipi beliau.. Terima kasih Kak Dah..
Ada dua versi nasi komok, salah satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan iaitu menggunakan ayam goreng yang diperap menggunakan rempah komok. Walaubagaimanapun, terpulang kepada selera masing-masing. Saya lebih suka nasi komok yang dimasak bersama ayam..dicecah dengan sambal dan dimakan bersama-sama ulam timun dan salad atau acar. Yummy..yummy... Resipi nasi komok dah pernah saya post dalam entri sebelum ni... jadi tak perlulah saya tulis sekali lagi kan....

Ini pulak resipi dari blog kurniaanmu@blogspot.com. Terima kasih kepada tuan punya blog, Puan Arah, dari Bangkok, Thailand...
KHAO MOK GAI/THAI STYLE CHICKEN N YELLOW RICE RICE n CHICKEN RECIPE : HERE SAUCE RECIPE : 3 HUNGRY TUMMIES
Ingredients:(Bahan-bahan) For the marinade:(Bahan Untuk Perapan) 4-6 pcs bone chicken (4-6 ketul peha ayam atau part lain pon ok) 3 bay leaves (3 Helai daun Salam>>betul ke daun salam? :D kita guna yg kering) 1 tbs turmeric (1 sb serbuk kunyit) 1 tbs ground corriander (1 sb serbuk ketumbar) 1 tbs curry powder (1 sb Serbuk kari>>yg ni kita guna serbuk kari thai, guna serbuk kari ayam pun ok) 1 tbs cumin powder ( 1 sb serbuk jintan putih) 1 tbs ground cinnamon (1 sb serbuk kayu manis>>yg ni kita kurangkan 1/2 sb) 2 tbs sugar (2 sb gula>> kita guna 1 sb gula sahaja) 1 tsp salt (1 sk garam) 2 cups milk or half & half ( 2 cwn susu segar atau cair>>kita guna 1 cwn, 1/2 cwn susu segar dan 1/2 cwn susu cair) For the rice: (Untuk Nasi) 3 cups uncooked rice (3 cwn beras>>kita campurkan dgn basmathi) 2 1/2 cups water/broth (2 1/2 cwn air/ Stok ayam>>kita guna stok ayam) 1 tbs salted butter (1sb mentega>>kita gunakan minyak sapi) 4 medium size shallots (4 ulas bwang merah saiz sederhana) 2 bay leaves ( 2 helai daun salam) 1 tsp turmeric ( 1 sk serbuk kunyit) 1 tsp curry powder (1sk Serbuk Kari) 1 tsp ground cumin (1 sk serbuk jintan putih) 1 tsp ground corriander (1sk serbuk ketumbar) 1 tsp ground cinnamon (1 sk serbuk kayu manis>>yg ni kita guna stick) Preparations: (Cara-cara) For the marinade: (Untuk perapan ayam) Coat chicken with all ingredients. Refrigerate for an hour or overnight. (Satukan semua bahan-bahan perap dan sapukan ke seluruh peha ayam dan perapkan semalaman atau 1 jam atau lebih>>yg ni kita perap 2 jam sbb tak cukup masa) For garnishing: (untuk hiasan) Heat vegetable oil in a saucepan. Add half of the shallots and fried till golden brown. Set some aside for garnishing. (Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan separuh dr jumlah bawang merah yang di gunakan tadi hiris dan goreng hingga perang, separuh di tinggalkan utk hiasan dan separuh lagi di biarkan dlm kuali untuk proses seterusnya) For the rice: (Untuk Nasi) Heat butter in a sauce pan with the remainder of the shallots. Add all the spices and fried till fragrance. (Panaskan mentega di dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng bawang awal tadi dan separuh bawang goreng tadi, masukkan semua rempah dlm kuali dan tumis sehingga naik bau) Stir in uncooked rice until combine and spread it in the rice cooker. (Masukkan beras yg di bsauh terlebih dahulu di dalam kuali tadi dan kacau sehingga rempah yang di tumis tadi sekata, kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi) In a separate saucepan, heat 1 tbs butter. Add shallots and marinade chicken. Brown chicken on both sides. Chicken should still be under cooked but nice and brown on the outside. (di dalam kuali yang berasingan, panasakan 1 sb mentega, masukkan lebihan bawang merah dan ayam perapan tadi. Gorengkan ayam tadi dgn api sederhana sehingga ayam tadi separuh masak dan bertukar warna perang di luarnya, balikkan dan matikan api) Arrange the brown chicken pieces around the rice dish in the rice cooker. Add water/chicken broth. You will need just enough water/broth to cover about 2 inches above the rice surface. Let them cooked in the automatic rice cooker until done. ( Masukkan ayam yang di goreng dgn butter tadi ke dalam periuk nasi, letakkan di atas nasi yg telah di tumiskan tadi. Masukkan air/stok ayam mengikut sukatan atau bergantung dengan periuk nasi masing2, kemudian masak nasi mcm biasa sehingga masak) If you don’t have a rice cooker, spread the rice in a deep dish, oven proof pan. Arrange the chicken pieces around the dish, cover with water/broth. Cover the dish and bake at 350 for about 40 minutes. Check in between to see if the rice is drying out. If so, add more water/broth and gently toss. (Kalau takde periuk nasi atau nak gunakan mangkuk pyrex utk oven, masukkan beras dan ayam dlm mangkuk pyrex tadi, tambahkan air sehingga menutupi beras dan tutup mangkuk tadi dan boleh bakar dgn suhu 350f selama 40 minit atau sehingga masak) SAUCE (Sos/Air Cuka) Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer 2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah ) 5 cm knob of ginger (5 cm halia) 3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar) 3 spring onion (3 tangkai daun bwg) 1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster) 1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka) salt to taste (garam secukup rasa) 1 tbs of water (1sb air) Method: Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan) Selamat mencuba.

09 May 2012

MASAK-MASAK SEMALAM

sayur pedas labu air campur peteney
ikan parang goreng
Assalamualaikum wbt... Lauk pauk ni saya masak untuk makan tengahari semalam. Saja je nak tunjuk gambar... resipi dah pernah post dalam entri sebelum ni... Dalam sibuk2 pun kena masak juga..Yang sempat dua jenis je..sayur pedas, ikan goreng dan sambal belacan...ulam raja pun belum sempat petik lagi ni... takpe, nanti kalau dah nak makan, petik je kat depan tu...bukan saja ulam raja, tapi daun kemangi, serai kayu, jantung pisang dan lain2 lah.. Macam ni la duduk kat kampung..masak ringkas2 aje..sayur2 pemberian jiran..cili padi, ulam-ulam ada tanam kat tepi rumah.. Cuma beli ikan je.. tapi kalau nak mancing pun boleh gak.. belakang rumah ada parit tali air.. boleh makan ikan darat... hehehe.. Walaubagaimanapun, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah.. ada je rezeki yang diberi. Amin..

08 May 2012

IKAN KAKAP MASAK BERASA-RASA

Assalamulaikum wbt..
Ikan kakap ni pun pemberian Mak Uteh juga.. Walaupun saiznya kecik tapi masih segar... Saya gunakan bahan yang sedia ada kat dalam peti ais. Nak kata masak masam manis, tak juga sebab macam2 rasa ada kat dalam kuah tu.. Nak bagi nama masak tiga rasa, nanti orang kat kedai tom yam tu marah pulak.. sebab cara masak tak sama.. agaknya lah.. hehe... Itu sebab saya bagi nama masak berasa-rasa. Janji anak2 dan suami suka makan... Mula-mula saya gorengkan ikan kakap yang telah siap digaul garam kunyit hingga garing, letak kat dalam pinggan hidang. Keluarkan minyak yang berlebihan dan tinggalkan sedikit saja untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia yang dimayang hingga kekuningan, masukkan cili serbuk. Kacau2 supaya agak garing, kemudian tambahkan sedikit air, sos nampla, sos cili dan sos tomato, sedikit jus limau dan gula. Akhir sekali, tambahkan potongan bawang besar, cili merah dan hirisan daun limau purut. Kemudian, bolehlah rasa sedikit untuk pastikan kena dengan selera. Kalau dah ok, siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

IKAN PULUTAN MASAK TEMPOYAK

Assalamualaikum wbt
Malam ni makan malam berlaukkan ikan masak tempoyak. Bukan ikan patin ye, tapi ikan pulutan iaitu spesis ikan mayong, duri dan juga baung...pemberian Mak Uteh, sepupu Ummi merangkap Mak Sepupu saya....ketika kami berkunjung ke rumah beliau petamg semalam. Bukan ikan ni aje, tapi juga ikan kakap (siakap) dan ikan pulutan mambar (belum cukup kering).
Ada bermacam2 versi masak tempoyak, tapi saya rasa resipi ni yang paling mudah dan sedap. Lagi pula cepat disediakan sebab masakan ni tak menggunakan bawang. Cuma tumbukkan cili padi dengan kunyit hidup hingga lumat dan campakkan ke dalam periuk. Campurkan tempoyak dan tambahkan air secukupnya. Tambahkan juga asam keping jika tempoyak tidak cukup masam. Kemudian didihkan, baru dimasukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong2 juga garam secukup rasa. Agak2 ikan dah hampir masak, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila ikan dah masak, sesuaikan rasanya dan bolehlah dipadamkan api sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.