KAWAN-KAWAN SAYA

30 October 2010

NASI AYAM


Sepanjang siang hari ini, saya tak masak..... hehehe, makan tengahari mee maggi jer. Lagipun suami kerja shif pagi.. jadi, saya dan anak2 cuma bersarapan biskut dan tengahari makan mee maggi je... Untuk makan malam, menunya spesial sket, tapi ringkas saja iaitu nasi ayam..

Nasi ayam adalah feveret kami sekeluarga.. Tapi kalau makan di luar, kami tak suka order nasi ayam sebab selalu tak menepati citarasa...

Saya belajar masak nasi ayam ini dengan kawan ummi, saya panggil dia Mak Ngah..memang sedap nasi ayam dia.. Sebelum ni dah cuba macam2 versi nasi ayam...semuanya tak kena dengan selera....Thankyou Mak Ngah.. Jasamu akan kukenang sepanjang hayat...Bahan-bahan untuk ayam
1 ekor ayam, dicuci bersih, tapi jangan dipotong
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, dibelah 4
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit minyak bijan
sedikit kicap cair
sedikit madu
1 batang seleri, dihiris nipis
1 pokok daun sup, dihiris halus (saya lebih suka guna daun ketumbar, tapi dah kehabisan stok)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Ulam-ulaman
Daun salad, timun dan tomato

Bahan-bahan untuk sos (dikisar halus)
5 biji cili merah
5 biji cili padi (saya saja tambah sebab lebih suka pedas)
5 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia muda
garam, gula secukup rasa
beberapa titis minyak bijan
2 biji limau nipis, ambil airnya

Bahan-bahan untuk nasi
4 pot beras siam, dicuci bersih dan toskan
4 pot air rebusan ayam
4 sudu marjerin
4 biji bawang putih, dicincang halus
1cm halia, dicincang halus
1 biji bawang besar, dicincang halus
garam secukup rasa
2 helai daun pandan, disimpulkan
beberapa titis minyak bijan

Cara-cara Membuatnya
Didihkan air secukupnya, masukkan halia dan bawang putih. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga masak, kira2 40 minit. Keluarkan ayam dan toskan. Air rebusan diasingkan sebanyak 4 pot untuk memasak nasi. Selebihnya adalah untuk sup.

Gaulkan ayam dengan garam, madu dan minyak bijan. Perap 20 minit. Kemudian goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan. Potong kecil2 sebelum dihidangkan. Renjiskan sedikit kicap cair.

Cara memasak nasi
Cairkan marjerin, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan. Masukkan beras dan kacau hingga sebati dan ringan. Tuangkan air rebusan secukupnya, masukkan garam dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan kering airnya. Apabila nasi telah kering, titiskan minyak bijan. Kemudian kecilkan api selama 15 minit. Apabila nasi telah masak, bolehlah dikarih2 untuk peroikan nasi.

Cara menyediakan sup
Didihkan air rebusan ayam, tambah garam, serbuk perasa dan lada sulah. Masukkan juga hirisan seleri. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan hirisan daun sup ketika menghidang.

Hidangkan nasi ayam dengan ayam goreng, sup, sos cili dan ulam-ulaman timun, daun salad dan tomato.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment