Jemput-jemput udang geragau ni, menu sarapan pagi semalam.. Tapi kerana masa yang terhad, baru hari ini dapat dipostkan ke sini.. Biasanya saya buat jemput-jemput ikan bilis, tp kebetulan masa berbelanja di RedMart, Kota Masai, ternampak la udang geragau ni.. apalagi terus beli lah.. Biasa dok makan jemput-jemput ni, kawan ofis yang buat, kali ini dah ada bahan, saya buatlah sendiri.. Thankyou Kak Zie.. yummy.. yummy..
Bahan-bahannya
1 mangkuk udang geragau segar, dicuci bersih dan toskan.
1 mangkuk tepung gandum
1 genggam nasi, dikisar halus dengan air suam
2 labu bawang besar, dicincang halus
1 ikat daun kucai, jika suka (saya tak taruk sebab anak2 tak suka)
1 biji lada hijau, cincang halus (tak taruk juga)
garam secukup rasa
1/4 sudu teh baking powder
air suam secukupnya.
Cara-cara
Campur semua bahan dan perap sebentar. Panaskan minyak, gorengkan adunan jemput-jemput hingga kekuningan. Hidangkan panas2 dengan sos kegemaran, sambal tumis atau kuah kari.
Penggunaan nasi dalam adunan adalah untuk melembutkan jemput-jemput.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment