KAWAN-KAWAN SAYA

15 October 2010

ROTI CANAI & KUAH DHAL



Pagi ini, kami bersarapan dengan roti canai segera dan kuah dhal.. juga karipap ikan terengganu (temosa) Roti canai segera dan karipap yang ummi bawa dari kampung, kuahnya saya masak sendiri.. kuah dhal ni versi orang terengganu, sbb tak menggunakan kari.. Resepi dan cara-cara membuat roti canai tak dapatlah saya kongsikan, sebab menjaga rahsia perusahaan ummi saya..

Bahan-bahan untuk kuah dhal ialah
1 mangkuk kacang dhal, dicuci dan direndam semalaman
1 labu bawang besar, dibelah 4
4 biji bawang putih, diketuk2
1 inci halia, diketuk2
santan 1/2 biji kelapa
sedikit serbuk kunyit

Rempah tumis
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
1 sudu teh biji sawi
4 sudu besar minyak masak

Cara Membuatnya
Kacang dhal direbus bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur. Kira2 satu hingga satu setengah jam. Masukkan santan, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Dalam kuali berasingan, tumiskan bahan2 tumis hingga garing. Tuangkan tumisan tadi ke dalam periuk berisi kacang dhal dan tutupkan periuk. Padamkan api. Selepas 5 minit, baru boleh dibuka. Hidangkan dengan roti canai. Campurkan sedikit gula ke dalam kuah jika suka kuah lebih manis. Kuah dhal ini juga sedap dimakan dengan roti biasa.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment