KAWAN-KAWAN SAYA

03 December 2010

IKAN KELI MASAK TEMPOYAK



Kalau masak lauk ni, saya sorang je yang makan.. Anak2 dan suami tak suka.. tapi kalau nak makan kat luar, rasanya tak sama dengan masak sendiri.. So, masak sendiri jer lah.. hehehe..

Bahan-bahan
5 ekor ikan keli, dibersihkan dan dipotong2
1 senduk tempoyak (boleh dilebihkan jika suka)
3 keping asam gelugur
Daun kesum dan air secukupnya untuk kuah
bunga kantan, jika suka
7 - 8 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara membuatnya
Tumbuk cili api dengan kunyit sampai lumat. Campurkan tempoyak. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya, kacau rata. Masak hingga mendidih, masukkan asam keping. Baru dimasukkan ikan, garam secukup rasa dan akhir sekali daun kesum dan bunga kantan. Masak sampai ikan betul2 masak dan kuah agak pekat. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment