Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
03 December 2010
APAM BAKAR DAN APAM KUKUS
Dah lama tak makan kuih apam bakar ni.. So, pagi ni, saya rajin2 kan diri, wat apam ni.. peram punya peram.. akhirnya naik banyak sangat.. hehehe Resipi asal adalah resipi untuk apam bakar, tp oleh kerana adunan dah jadi banyak & takut tak sempat abis bakar.. maka separuh adunannya saya kukus dalam acuan kecil2..
Bahan2nya2.
1 paket tepung beras (500gm)
1 senduk tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 mangkuk tapai ubi
1 paket mauripan
1 senduk nasi
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji bawang merah
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 batang umbut serai
** daun pisang dipotong kecil (untuk membakar kuih apam, supaya tidak lekat dikuali)
Cara2 membuatnya :
Tepung beras dan tepung gandum dicampurkan. Campurkan tapai, nasi, gula, serbuk lada hitam, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Blend dengan air secukupnya hingga halus. Kemudian campurkan dengan tepung. Masukkan mauripan dan kacau lagi hingga sebati. Adunan hendaklah pekat sepertimana membuat adunan jemput-jemput. Peram adunan hingga naik dua kali ganda. Kemudian bolehlah dibakar. Hidangkan dengan kelapa parut muda yang dicampur secubit garam sebagai pelengkapknya.
Cara Membakar :
Panaskan kuali kecil. Sapu sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan tutup kuali. Apabila sebelah bahagian telah masak, letakkan sekeping daun pisang dipermukaannya dan terbalikkan. Bakar lagi hingga masak. Ulangi proses sampai habis.
nota :
untuk mendapatkan apam kukus yang merekah cantik, sebelum dikukus hendaklah dicampur dengan eno yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata2 dan masukkan ke dalam acuan. Selepas 5 minit, baru dikukus sampai masak.
CARA-CARA MEMBUAT KUAH UNTUK APAM BERKUAH
3 1/2 cawan santan
2 ekor ikan selayang, dibakar dan tumbuk isinya
1 sudu besar udang kering
garam dan gula melaka secukup rasa
bahan-bahan tumbuk/kisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sehiris halia, kunyit dan lengkuas,
serai
lada hitam
jintan putih dan jintan manis
sedikit ketumbar
Cara-cara membuatnya
Didihkan santan sampai pecah minyak. Campurkan bahan-bahan rempah yang ditumbuk dan masak sampai naik minyak kuning, baru dimasukkan ikan dan udang kering. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga pekat dan sesuaikan rasa sebelum dihidangkan dengan apam kukus.
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment