KAWAN-KAWAN SAYA

09 December 2010

TOM YAM CHIANG MAI, IKAN KEMBUNG GORENG DAN KACANG PANJANG GORENG + TELUR


kacang panjang goreng campur telur

tomyam chiangmai.. kalau ada daun patchi (daun ketumbar) mesti lagi terangkat..

menu wajib untuk anak2.. ikan kembung goreng

Resipi Tom Yam Chiang Mai ini adalah ilham dari Restoran Rawadi, tempat yang kami sekeluarga makan sekiranya makan kat luar. Biasanya kalau order makan, tak pernah tengok menu.. pakai cakap jer.. Tapi minggu lepas kami pergi, saja saya belek buku menu dia yang ekslusif tu..(memang cantik, tak seperti sebelum ini, dah lunyai pun..) terpandang tom yam chiang mai.. apa lagi, terus order la.. Saja nak tahu apa bezanya dengan tom yam yang lain2.. Tak ada beza sangat, lebih kepada tom yam seafood.. Nah, saya dah masak dah... Resipi anggaran saja berdasarkan apa yang ada dalam mangkuk tom yam yang kami makan tu.. hehehe. Jangan marah aarr.. tokey!!! Saya tak akan bukak kedai tom yam, jangan risau!!

TOM YAM CHIANG MAI

Bahan-bahan

Sedikit kupang (saya ambil isi saja)
Udang segar, dibelah belakang
Sotong sedang, dipotong2
Bawang besar, dihiris
Lada merah, dihiris
Bunga kobis, dipotong2
Buah tomato, dibelah2
Daun ketumbar, dihiris (saya tak guna sebab kehabisan stok)
Daun limau purut
Jus limau nipis secukup kegunaan
Sos nampla (saya tak taruk)
garam dan serbuk perasa

Perencah tomyam
Serai, lengkuas, bawang putih, cili padi (diketuk2)
Air secukup kegunaan

Cara-cara membuatnya
Didihkan air, masukkan perencah tomyam, bawang putih, halia, serai, daun limau, cili padi, jus limau, garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa, baru dimasukkan sotong, udang, kupang. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti bunga kobis, bawang besar dan cili merah. Tutup api dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas2.


KACANG PANJANG GORENG CAMPUR TELUR

Bahan-bahan
10 batang kacang panjang, dipotong serong
1/2 batang karot, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris nipis
1 biji cili merah, dihiris nipis
segenggam ikan bilis
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
5 biji bawang merah, dikmayang halus
3 biji bawang putih, dimayang halus
minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sampai garing. Masukkan kacang panjang, garam dan serbuk perasa. Tutup kuali 5 minit. Kemudian masukkan telur, cili merah dan bawang besar. Kacau2 hingga telur dan kacang masak. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba.

note : resipi dan cara memasak ikan goreng tu, tak payah laa saya tepek kat sini.. semua orang dah pandai kan?? jadi tengok gambar je lah ye...

No comments:

Post a Comment