KAWAN-KAWAN SAYA

23 March 2011

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH DAN SUP SAYUR


Ayam masak kicap berempah..


sup sayur sawi campur kentang dan suhun

Menu ni sebenarnya semalam punya.. baru upload gambar hari ni.. Resipinya dah pernah tulis sebelum ni.. So, layan gambar jer lah.. Nak resipi jugak eh... susah gak kan nak cari entry sebelum ni.. tak pe, meh tengok.. senang je tu...

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
1 ekor ayam saiz kecil (berat 1kg), dipotong2 dan cuci bersih
garam dan kunyit basah (ditumbuk lumat)
minyak untuk menggoreng
sedikit air asam jawa
1 sudu makan kerisik
kicap pekat (manis atau masin, ikut citarasa)
bawang besar dan lada hidup dibelah2

bahan-bahan kisar
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
5 ulas bawang putih
2 labu bawang bombay
5 biji cili padi (jika suka pedas) - nak ganti cili kering pun boleh
1 batang serai
sedikit halia dan lengkuas

Cara-cara membuatnya

Ayam digaul garam kunyit dan digoreng. ketepikan. Panaskan sedikit minyak menggoreng ayam, tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan ayam dan kicap. Tutup kuali dan biar bumbu meresap ke dalam ayam. Kemudian tambahkan air asam jawa, kerisik dan masak sampai pekat. Jika suka berkuah, boleh tambahkan air.. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada hidup. Sesuaikan rasa dan siap untuk disajikan.

SUP SAYUR SAWI CAMPUR KENTANG DAN SUHUN

Bahan-bahan (dipotong ikut kegemaran)
2 pokok sawi
1 biji kentang, kupas kulit dan potong
1 biji lada hijau atau merah
sedikit bunga kobis
sedikit suhun dan fucuk (direndam)
1 biji telur
1 kiub stok pati ayam Knorr (nak guna jenama lain pun boleh)
minyak untuk menumis
bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
sedikit lada sulah
2 1/2 cawan air

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang2 hingga kuning, masukkan air, kiub ayam dan kentang. Bila kentang empuk, campurkan telur dan sayur-sayuran. Bila mendidih sekejap, sesuaikan rasa...bolehlah diangkat dan disajikan.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment