KAWAN-KAWAN SAYA

13 December 2011

KUIH BAKAR BIJAN & KUIH LENGA @ KUIH BOM



Ada orang panggil kuih bakar bijan, ada yang panggil penganan.. di Kelantan, disebut "Nganae".. Sejenis kuih tradisional yang masih digemari ramai orang.. Diperbuat menggunakan tepung gandum, santan kelapa, telur, gula dan daun pandan dan dibakar menggunakan dapur kayu atau dapur arang dan sabut kelapa digunakan sebagai bahan bakar.. Tetapi sekarang, kebanyakan kuih ni dibakar di dalam oven.. Yang bulat2 tu kuih bom atau kuih bijan.. Boleh ditaruk inti kelapa atau kacang hijau.. Dipanggil kuih bom sebab, bila digoreng.. kuih ni boleh meletup di dalam kuali.. Yang sebenarnya ada petua untuk mengelakkan kuih ni meletup semasa menggoreng iaitu adunan tepung mesti diperap sebentar sebelum digoreng, atau dibancuh menggunakan air suam dan ketika menggoreng, minyak jangan terlalu panas.. Pastikan kuih diisi penuh ke dalam kuali.. Insya Allah.. kuih tak akan jadi bom.. hehe

KUIH BAKAR BIJAN @ PENGANAN Bahan-bahan 500gm tepung gandum 2 biji telur - nak guna lebih pun boleh 1/2 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan) 2 cawan gula 4 cawan santan dari satu biji kelapa Secubit garam satu sudu kecil air kapur (untuk menghilangkan hanyir telur) sedikit minyak untuk lenser pada acuan Bijan secukupnya.. Cara-cara membuatnya Campurkan tepung gandum, santan, telur, air daun pandan, gula dan secubit garam. Kacau rata2 dan tapiskan supaya tidak bergentel. Untuk lebih senang, campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar. Adunan yang terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan acuan dan sapukan minyak. Tuangkan adunan dan bakar setengah masak. Taburkan bijan di atasnya. Bakar lagi hingga masak.

KUIH BOM @ KUIH BIJAN Bahan-bahan doh 1 paket tepung pulut (500gm) 1 senduk nasi putih (dikisar dengan 1 cawan air suam hingga halus) sedikit air kapur Bijan secukupnya Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan inti (dimasak hingga kental) 1/2 biji kelapa secubit garam gula pasir atau gula melaka secukup manis 1 helai daun pandan disimpulkan Cara-cara membuatnya Campurkan bahan2 doh dan peram sebentar. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. Kemudian leperkan dan isikan inti. Gentelkan bulat2 dan golekkan ke dalam bijan. Panaskan minyak dan gorengkan hingga kekuningan. Nota : Selain nasi, boleh digantikan dengan keledek atau labu yang telah direbus dan dikisar ke dalam doh. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment