KAWAN-KAWAN SAYA

06 December 2011

KERABU BUAH BEKO


kerabu buah beko dah siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih atau makan begitu saja.. Yummy..yummy..

Sebenarnya buah beko ni pemberian jiran sekampung. Kira2 ada pertalian saudara juga. Dia tahu keluarga kami memang gemar makan kerabu buah beko, dan kebetulan pokok beko yang beliau tanam berbuah lebat, dapatlah kami merasanya.. bukan saja buah beko yang kami makan, tapi pucuknya yang masih mudah juga sedap dibuat ulam, samada secara mentah ataupun direbus dulu..

Di sini saya kongsikan resipi kerabu buah beko yang selalu saya lihat Ummi buat. Kali ni, saya sendiri yang buat..

2 biji buah beko, bakar sampai lembut, hiris halus (kalau nak rebus pun boleh, tapi tak sesedap yang dibakar)
sedikit pati santan
air asam limau nipis (boleh gantikan cuka atau air asam jawa)
garam gula secukup rasa
1/4 biji kelapa, jadikan kerisik

bahan2 yang ditumbuk
3 biji bawang merah
1 sudu lada hitam,
cili padi - jika suka
1 batang serai
sedikit halia
2 ekor ikan selayang, bakar ambil isi sahaja (guna ikan rebus pun boleh)

Cara2 membuatnya
Campurkan semua bahan, gaul sebati. Sesuaikan asam garamnya, bolehlah dihidangkan. Jika suka, boleh tambah sedikit budu atau belacan. Terpulang selera masing2.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment