KAWAN-KAWAN SAYA

07 December 2011

KETUPAT SOTONG


Yeay.. dah lama tak makan ketupat sotong. Hari ni dapatlah merasa. Walaupun kecik, tapi sedap. Kali ini Ummi buat ketupat sotong versi Kelantan, iaitu lemak manis.

Bahan-bahan
20 ekor sotong segar, cabut kepala dan bersihkan (saiz sedang)
1 cawan beras pulut, cuci dan tos
1/4 cawan santan pekat
secubit garam
santan secukupnya untuk memasak
Gula melaka atau nisae secukupnya
Lidi tajam untuk menyemat sotong

Cara-cara
Beras pulut digaul dengan sedikit santan pekat serta garam. Sumbat ke dalam sotong tetapi jangan terlalu penuh. Anggaran setengah penuh. Masukkan kepala sotong dan semat dengan lidi tajam. Ulangi proses sampai habis. Masukkan ke dalam periuk dan tuang santan secukupnya untuk memasak. Masak sampai mendidih dan pekat. Agak2 pulut dah lembut, masukkan gula melaka secukup rasa. Masak lagi sampai kuahnya pekat. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment