KAWAN-KAWAN SAYA

15 January 2011

SAYUR PEDAS PETENEH DENGAN UDANG BARING



Dalam loghat Kelantan atau Terengganu, sayur peteneh ialah petola juring, makala udang baring ialah udang geragau atau lebih dikenali sebagai udang belacan. Sebabnya belacan diperbuat menggunakan udang ini. Hari ini, 15/01/2011, saya masak sayur pedas peteneh dengan udang baring untuk hidangan makan malam. Lauk pula, cuma ikan kembung goreng. Tapi yang tak syoknya, sayur peteneh yang saya beli dah tua sedikit, jadi bila dimasak, nampak bersabut dah tak boleh dimakan...Cuma dapat hirup kuahnya aje...

Resipi sayur pedas mudah saja, cuma tumbukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam dan didihkan dengan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan udang geragau. Udang geragau ni guna yang kering (kalau dapat yang basah pun ok kot). Cuci bersih2 dan tak perlu ditumbuk. Leburkan sekali ke dalam kuah. Apabila mendidih, masukkan sayur peteneh yang telah dipotong2 dan garam secukup rasa. Bila dah masak, bolehlah dihidangkan.

nota :

Untuk menyediakan sayur pedas ni, udang geragau boleh digantikan dengan ikan bilis atau isi ikan panggang. Terpulang nak letak banyak mana. Ada juga suka menambahkan sedikit budu ke dalam masakan sayur ini.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment