KAWAN-KAWAN SAYA

21 January 2011

AYAM, BUNGA KOBIS DAN GEGELANG BAWANG GORENG TEPUNG RANGUP


ayam goreng, bunga kobis dan gegelang bawang goreng..


home made sos cili nenas madu


sup lobak putih


nenas madu

Alkisahnya semalam semasa saya ke pasar, ada promosi tepung goreng ayam, jenama Bestari. Jadi saya sambar satu paket untuk dicuba.. Malam ni, bermulalah operasi saya di dapur.. Anak2 dah tak sabar nak makan ayam goreng.. Memang sedap tepung goreng ni.. Bukan saja rangup tapi tak begitu masin sepertimana tepung2 jemnama lain yang saya selalu beli.. Rempah-rempahan yang diguna pun sesedap rasa.. Memang tak rugilah beli tepung ni... (Cewah... jd promoter la pulak...)

Lebihan tepung goreng tadi saya celupkan dengan bunga kobis dan bawang besar yang dipotong gelang, kemudian digoreng garing.. Sos untuk cecahan ayam goreng, saya buat sendiri, campurkan cili merah dengan nenas.... Kemudian, saya masak sup lobak putih.. Yalah, takkan nak makan ayam goreng aje kan.. Hidangan makan malam, biarpun simple tapi biarlah seimbang...

Lagipun, sup lobak ni mudah saja, cuma hiriskan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan dalam periuk dan tuangkan air secukupnya. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan lobak putih dan sedikit sayur-sayuran. Tambahkan kiub pati ayam. Pastikan sesuai selera.. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Untuk resipi sos cili nenas madu ini, saya buat macam ni..
10 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji nenas madu, dikupas dan potong kecil
1 labu bawang putih
1 sudu kecil garam
1 cawan gula atau secukup rasa
sedikit cuka makan untuk pengawit

Cara-cara membuatnya
Campurkan cili padi, cili merah, nenas dan bawang putih. Kisar dengan air secukupnya hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan gula garam secukup rasa. Masak atas api sampai pekat dan hilang bau bawang putih. Akhir sekali masukkan sedikit cuka makan. Sesuaikan rasa, bolehlah dipadamkan api dan diangkat. Bolehlah dihidangkan dengan ayam goreng, jemput2 dan lain2 makanan yang memerlukan sos. Simpan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Post a Comment