KAWAN-KAWAN SAYA

20 November 2010

MAJLIS PERNIKAHAN ANAK DUA PUPU

Majlis pernikahan ini berlangsung pada hari Sabtu lepas iaitu pada 13.11.2010 bertempat di rumah pengantin perempuan di Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru. Akad nikah berlangsung pada jam 10.30 pagi. Tahniah untuk pasangan pengantin, Fadhil Azhar bin Mazlan Azhar dengan Dezana binti Zainudin... Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
Kedua-dua pengantin sebelum akad nikah berlangsung.. Tok Kadhi sedang memberi nasihat kepada pasangan pengantin. Selesai akad nikah, ada adat penyerahan tanggungjawab.. Penyerahan anak perempuan kepada suaminya oleh bapa pengantin perempuan kepada menantu, penerimaan tanggungjawab pengantin lelaki dari bapa mertua, nasihat ibu pengantin perempuan kepada anaknya dan penyerahan kepada suaminya.. Menitis airmata ini mendengar bait2 kata yang dilafazkan..
Pengantin lelaki, Fadhil Azhar.. sebelum akad nikah...
Mak pengantin lelaki.. kupanggil Kak Yah. Wang Hantaran dipersembahan dalam bentuk cek, difremkan cantik.. Jumlah wang hantaran RM11,100.00.. gitu le lebih kurang... Majlis pernikahan ini dibuat secara sederhana, tetapi semua berprestig... Cincin pertunangan dan pernikahan disarung selepas akad nikah selesai...
Pelamin yang simple, tetapi menarik..kombinasi pink dan putih...romantik gitu... sesuai dengan kedua2 pengantin yang kecil molek..
Gubahan Wang Mas Kahwin RM22.50 tunai......dibuat last minute.. maklum, keluarga pihak lelaki datang dari Kemaman, Terengganu.. Bertembung dua adat yang berbeza, Johor dan Terengganu... Nasib baik, saya dan adik beradik bersuamikan orang Johor dan dah lama menetap di Johor..tahu serba sedikit adat perkahwinan orang2 sini...

Sebelum beredar pulang, kami wakil rombongan pengantin lelaki dihidang dengan nasi apa ntah.. macam nasi beringin/nasi gurih (ada serunding ditabur atas nasi), lauk ayam masak merah, gulai daging dan acar timun + nenas. Buah tembikai dan tembikai susu, digubah cantik dalam dulang besar, kuih seri muka dan agar2 lapis.. tapi tak sempat nak snap gambar.. sebab ramai sangat orang kat tempat buffet tersebut.. Lagipun, segan laa... semua hidangan disediakan oleh LC Katering, lengkap dengan "Kendarat/Penanggah" atau orang Kelantan panggil "Jong Kako".

Souvenir/cenderahati dari tuan rumah pun cantik2 dan mahal2.. tapi tak sempat nak snap gambar juga.. masuk kereta dah berkecai..tinggal bekasnya aje..

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk kedua pengantin. Majlis besar-besaran akan diadakan pada tahun 2011. Tungguuuuuu....................

No comments:

Post a Comment