KAWAN-KAWAN SAYA

13 May 2012

JEMPUT-JEMPUT BILIS

Assalamualaikum wbt.
Siapa tak kenal dan tak pernah makan jemput-jemput bilis?? Mesti semua kenal dan suka makan jemput-jemput ni.. Boleh disajikan sebagai sarapan pagi, minum petang atau dijadikan snek makan malam andai tidak mahu makan nasi.. Kalau nak tahu, dari saya kecik, sampai dah tua2 ni pun suka sangat makan jemput2 ikan bilis..campur bawang.. lagi2 kalau ada air cuka atau air lada yang Ummi buat.. Ummi saya, kalau buat jemput2 ikan bilis, mesti taruk sayur kangkung yang dihiris halus ataupun sayur-sayuran lain seperti kucai, taugeh, kobis dan juga karot yang diparut halus.. Lepas tu taruk sedikit mauripan.. Memang gebulah jemput2 ni.. Oleh kerana pagi ni, takde sayur kangkung, saya cuma taruk ikan bilis dan bawang besar saja.. Bancuh tepung dengan air panas suam dan tambahkan ikan bilis, garam, bawang besar yang dihiris dan juga sedikit serbuk penaik/mauripan. Bancuhan jangan terlalu kental atau terlalu cair. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan sesudu demi sesudu adunan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos. Hidangkan dengan air cuka atau sos cili kegemaran.. Ada juga yang suka cecah dengan sambal tumis.. terpulanglah ya.. AIR CUKA @ AIR LADA 3 sudu makan cili boh 5 sudu gula pasir 2 sudu cuka sedikit air panas cara : campurkan semua bahan dan kacau sampai gula larut. Sedia untuk dihidangkan. Nota : kalau guna mauripan, kena tunggu adunan naik dulu baru boleh digoreng. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment