KAWAN-KAWAN SAYA

11 January 2009

ROJAK MEE

Ada orang sebut rojak mee. Ada pula rojak keling. Orang Penang sebut Pasemboq...Kat Johor pulak rojak asma. Bezanya rojak asma tak ada mee/mihun. Berbeza nama, berbeza juga rasanya. Apa-apapun namanya, tetap menjadi favorite aku.

BAHAN-BAHAN
Mee kuning/mihun
Cucur Udang
Cucur tepung
Tauhu Goreng
Tempe Goreng
Telur rebus Goreng
Kentang rebus goreng
Ayam Rebus Goreng
Fishball dan fishcake goreng
Daun salad
Hirisan Timun dan cili hijau

Kuahnya
1kg keledek kuning, direbus dan lenyek hingga halus
250gm kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
Air asam jawa secukup kegunaan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar
1 labu bawang putih
1o biji bawang merah
2o biji cili kering atau ikut citarasa
udang kering secukup kegunaan

Cara Menyediakannya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa, kacang yang telah dikisar dan keledek. Tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Apabila mendidih, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kepekatannya sesuai dengan citarasa. Hidangkan dengan mee dan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan hirisan salad, timun dan cili hijau.

Cara Membuat Cucur Udang
2 cawan Tepung gandum
1 biji telur ayam
Garam, serbuk perasa dan kunyit serbuk
Hirisan halus daun kucai
Taugeh, buang ekor


Tepung dibancuh air secukupnya, jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Campurkan dengan sebiji telur, garam, serbuk perasa dan sedikit kunyit serbuk. Panaskan minyak goreng terendam. Rendamkan 1 senduk hingga betul2 panas. Letakkan sedikit daun kucai dan taugeh ke dalam senduk panas tadi dan masukkan adunan tepung tapi jangan terlalu penuh. Letakkan seekor udang basah dan celupkan kembali ke dalam minyak panas hingga adunan lekang dari senduk. Goreng hingga masak. Ulangi proses hingga habis.


Cara Membuat Cucur Tepung

Bancuh 2 1/2 cawan tepung dengan air secukupnya hingga pekat. Tambahkan sedikit ibu roti, garam dan serbuk perasa. Campurkan juga hirisan bawang besar, cili merah, taugeh dan daun bawang. Peram sebentar hingga adunan naik. Kemudian bolehlah digoreng sesenduk demi sesenduk hingga habis. Hidangkan dengan kuah dan bahan-bahan lain.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Post a Comment