Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
26 February 2011
PULUT PAGI A.K.A PULUT MANIS GAUL KELAPA
Sarapan pagi ini..pulut manis gaul kelapa.. ada orang panggil pulut pagi juga.. ada yang panggil pulut cawan.. dipanggil pulut cawan sebab diacu ke dalam cawan kecil.. Ada juga yang guna acuan kuih tu... macam2 lah.. Pulut ni, rasanya manis yang tak berapa manis, makan dengan kelapa parut yang lemak2 masin gitu.. Ermm... salah satu favret saya ni.. dan sekarang dah jadi fevret suami dan anak2 pula... sampai licin periuk dikerjakan.. hehehe
SAMBAL SOTONG RINGKAS
Lauk makan malam tadi.. Sotong jer.. Mula2 nak makan kat luar jer.. tapi memandangkan medan selera kat Kip Mart baru tu, penuh sangat...Ada cabutan Mega rupanya... jadi, selesai shopping, balik ajer lah.. Kelentang kelentung kat dapur, cuma masak nasi, tumis sotong dan panaskan sup baki tengah hari.. Ermm... ok lah...
Resipi masak sotong pun, takde sukatan.. agak2 jer.. tu pun ketuk dah hiris jer.. Mula2 ketuk bawang putih, serai dan daun limau.. Kemudian tumis sampai kuning, tambah cili kisar sket. Pastu campur sotong yang dah dihiris2.. Tutup sekejap, biar sotong jadi putih. Pastu garam sket, jus limau dan kacau. Akhir sekali, campurkan bawang besar hiris.. kacau kejap.. Dah siap...
25 February 2011
SUP ALA SIAM, TELUR BISTIK CENDAWAN
Sepatutnya hari ini, saya menghadiri kelas kek fondant kat Kolej Komuniti, Pasir Gudang, tetapi disebabkan suami belum selesai bayar saman, terpaksa la saya pospone... Semalam dah satu hari menunggu untuk bayar saman kat Balai Polis Central, JB tapi baru pukul 4.15 dah offline.. jadi pulang dengan tangan kosong.. huhu...
Jadi, sambil kemas rumah yang sememangnya dah tak boleh nak kemas, cuci baju..saya masak ler untuk makan tengah hari..cuma sup tulang ala thai, telur bistik cendawan dan sawi goreng.. Cukup la tu... masak banyak2 jenis pun, nanti tak habis..

SUP ALA SIAM
Sebenarnya tulang gearbox ni dah lama saya rebus dan saya frozenkan.. sebab tu, saya masak ekspress jer hari ni...Semasa merebus, saya ketukkan halia, serai dan bawang putih. Hari ini, untuk tambahkan aroma,saya cuma ketukkan bawang putih, halia dan cili padi. Tumis sekejap hingga naik bau, masukkan tulang gearbox beserta air rebusannya dan tambah garam secukup rasa. Saya juga tambahkan sedikit lada hitam ke dalam sup. Saya campurkan juga karot, sebab anak2 suka makan karot..terutama, sikecik saya... Last sekali, hirisan bawang besar, celeri dan tomato. Tabur daun ketumbar dan perahkan limau nipis ketika menghidang.. Dah jadi sup ala siam saya..

TELUR BISTIK CENDAWAN
Untuk telur bistik cendawan pula, biasa lah...mula2 gorengkan telur dadar dulu... Saya buat dadar kosong jer, sebab anak2 tak suka bawang. Kemudian saya tumiskan, bawang putih, halia, cili padi dan daun limau purut.. Tambahkan cendawan, sos cili, sos tomato dan sos tiram.. Sesuaikan rasa... perlu ada rasa masam, manis, pedas dan tidak terlalu masin..Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.. Akhir sekali, hirisan bawang besar dan lada hidup.. Dah siap..
Selamat mencuba

24 February 2011
SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL A.K.A IKAN AYA
Masa sekolah dulu, belum pandai makan dan masak sambal ikan tongkol.. Sebab selalunya ummi masak singgang atau gulai jer...saya pandai makan ikan tongkol masak sambal ni masa tinggal di Dungun, Terengganu. Masa tu, beli nasi lemak kat satu warung makcik tu dan lauknya ialah sambal ikan tongkol. Pelik juga, sebab tak pernah makan... sebab selalu ummi masak sambal bilis jer untuk nasi lemak, tapi bila dah makan, alohai.... tiap2 hari mesti nak makan nasi lemak ikan tongkol. Saya pun bukan pandai masak sambal ikan tongkol ni.. dah macam resipi saya cuba, hinggalah saya bertemu dan kenal baik dengan jiran saya warga Thailand, yang berkahwin dengan orang jati Terengganu.. Pertama kali saya makan lauk sambal ikan tongkol dia, memang sedap.. apa lagi, terus minta dia ajar saya macam mana nak masak sambal ikan tongkol yang sedap..
21 February 2011
TAUHU SUMBAT
Hari yang sangat memenatkan.. tak tau kenapa, nak kata kerja banyak kat ofis, tu biasa jer.. takde la stress sangat.. yang pasti, untuk makan malam ni... masakan sempoi... nak makan kat luar, rasanya dah hilang selera.. kalau oder pun benda yang sama gak.. makan pun kat kedai yang sama gak.. jadi, masak le kat rumah jugak.. hehehe... Nasi dah masak, tauhu sumbat dah siap.. tetiba, gas pulak abis... Huhu, bila gas dah sampai.. goreng ikan je la.. Nak masak lauk lain, dah malas.. Ok la tu, kira seimbang la jugak kan.. ada ikan, nasi dan tauhu.. sumber sayur dan protein gak..

tauhu sumbat kuah kacang... yang ada cuma timun dan karot.. jadi sumbat jer laa...
kuahnya pulak, cuma gorengkan cili padi, bawang putih dan belacan. Tumbuk lumat, campur air asam dan sedikit gula merah. Masak sekejap kat atas dapur, dah mendidih, taruk kacang tumbuk...siap..

ikan selayang goreng... menu wajib ni.. klau takde ikan goreng, budak2 taknak makan nasi.. diorang makan nasi dengan ikan goreng dan kicap aje... kalau tak makan nasi, ratah ikan goreng jer.. nak wat cmner, janji makan...

GULAI TELUR CAMPUR UDANG DAN ACAR TIMUN
cuma kupas timun, hiris dan campur dengan cili merah, karot yang dimayang halus, bawang besar mayang, sedikit gula, garam dan cuka. Gaul rata2 dan hidangkan.
lebihan kuah gulai ikan tongkol.. saya masukkan telur rebus dan udang..
KELAS PENGHASILAN COKLAT
bahan-bahan yang digunakan
cikgu kami, Puan Harlina Sani
cuba buat sendiri.. ada bakat tak??
masukkan dalam piping bag, supaya mudah dimasukkan ke dalam mould..
coklat yang cikgu demo kat kami...
macam2 ada...
cantik....
sesuai dijadikan hadiah...
hasil kerja kumpulan kami...cantik tak??
hasil kerja peserta-peserta lain
Inilah salah satu aktiviti saya pada hujung minggu atau hari minggu.. belajar apa sahaja yang boleh menjana pendapatan.. Pada 20hb Februari 2011, saya join Kelas penghasilan coklat tahap 1, anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang.. memang best.. walaupun ramai peserta, tapi puas hati.. Bukan saja yuran murah, tapi boleh bawa balik coklat lagi.. lepas ni tak perlu susah2 nak beli coklat lagi.. Sekarang dah boleh buat sendiri..
19 February 2011
NASI DAGANG RAJA BERANGKAT
hidangan nasi dagang hari ini, gulai ikan tongkol, acar kubis dan sambal nyior
dah sedia untuk disantap..
Dah lama saya tak masak nasi dagang. Selalu masak gulainya aje dan makan dengan nasi putih. Tapi hari ini, macam teringin nak makan nasi dagang. Kebetulan suami ada kat rumah dan sikecik pun tak buat hal sangat.. sempatlah saya masak nasi dagang untuk hidangan tengahari ini. Saya masak yang mudah2 saja, nasi dagang raja berangkat, gulai ikan tongkol, sambal nyior dan acar kubis..
Saya panggil nasi dagang raja berangkat sebab saya tak kukus pun nasi dagang ni.. almaklum, nak makan cuma dua orang dewasa.. anak2 tak berapa suka sangat.. Cuma tanak terus dalam periuk, macam masak nasi lemak. Alhamdulillah, sedap juga..
18 February 2011
KIMCHI KOBIS A.K.A ACAR KOREA
kimchi yang dah siap diperap.. sedia untuk dimakan.. rasanya.. erm... macam acar kobis jer.. boleh la...
adunan tepung beras... campurkan satu sudu tepung beras dengan secawan air dan masak sampai mendidih dan pekat. Sejukkan.
ramuan untuk kimchi. halia, bawang putih, daun bawang, daun kucai (saya tak taruk) bawang besar, semua diracik halus. Campurkan ke dalam adunan tepung beras. Tambahkan juga sedikit garam, udang kering yang ditumbuk halus, gula dan serbuk cili.
kubis panjang, dibelah 2, dicuci dan dibubuh garam ke dalam daun selapis demi selapis, masukkan ke dalam bekas dan bubuh sedikit air. kemudian diperap satu malam. kemudian cuci sekali lagi untuk membuang garam dan toskan. Bubuhkan ramuan kimchi ke dalam setiap helaian kubis dan peram lagi selama 8 jam dalam suhu bilik, selepas itu barulah disimpan di dalam peti sejuk.
Percubaan pertama buat kimchi.. Resipi goggle kat internet.. banyak sangat versi, tapi saya dah olah sendiri, ikut citarasa....
KETAM BERCILI a.k.a SINGAPORE CHILLI CRAB
Chilli crab memang popular kat negara seberang iaitu Singapore. Ketam yang digunakan ialah ketam bangkang.. Memang mahal harga ketam ni, sebab isinya memang banyak dan sedap pula.. Ini sebenarnya menu malam Ahad lepas. Kami sekeluarga pergi ke Pasar Borong Smart, bersebelahan Carrefour, Johor Bahru. Kebetulan nampak ketam, suami suruh belikan dan masak Chilli Crab. Saya masak Chilli Crab Singapore style.. Ermm.. memang sedap dimakan panas2. Resipi untuk Chilli Crab, senang saja.. saya tengok rancangan Chef In Black di Singapore.. Jadi resipinya, saya ikut cara diorang masak la.. tapi agak2 jer lah sebab masa tengok rancangan tu, tak salin pun resipinya. Tapi lebihkurang macam ni:-
Subscribe to:
Posts (Atom)