Assalamualaikum wbt
Lauk tengah hari semalam.... gulai lemak ikan haruan dengan bunga kantan dan pucuk gelugur... Ummi yang masak.. Memang dah jadi kegemaran Ummi kalau masak gulai ikan darat, mesti nak kena campur pucuk daun gelugur dan bunga kantan.. Kadang2 daun kesum... Okey la kan.. untuk wangikan masakan...
Lagipun bunga kantan dan pucuk gelugur dah memang sentiasa ada kat keliling rumah ni... rumah kampung la katakan...
Berbalik pada bahan2nya.. Ummi cuma tumbuk lengkuas, sedikit halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.. tak lupa juga sedikit biji ketumbar...itu saja... Dah siap semua, campurkan ke dalam santan dan didihkan....Kemudian masukkan ikan, bunga kantan dan pucuk gelugur.. jangan lupa tambah garam...bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.. Jangan lupa sediakan sambal belacan, sebab gulai ni tak pedas....
Selamat mencuba...
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
24 June 2013
KULAT GELAM AIR ASAM, LEMAK PUCUK UBI DAN IKAN GORENG
Assalamualaikum wbt
Macam ni la kalau dok kat kampung.. Sayur-sayur tak payah nak beli.. Makan sayur kampung yang ada tanam kat keliling rumah aja..Bukan tak suka sayur-sayur lain.. tiap2 hari saya ke pasar.. tiap2 hari nampak kangkung, kobis, sawi, bayam... brocoli dan macam2... tapi tak berkenan di hati.. kalau ada sayur kampung, baru saya beli...
Pucuk ubi ni saya petik je kat tepi rumah... dah siap rebus, campur dengan santan, isi ikan, hirisan bawang dan kunyit hidup yang ditumbuk. Tambah garam secukup rasa.. Masakla macam masak lemak sayur yang lain..
Hmmm.. lauknya......ikan goreng je.... Alhamdulillah, rezeki kami hari ini..
PECHEL LELE
Assalamualaikum wbt
Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resipi kegemaran keluarga saya... pechel lele.. iaitu pechel ikan keli..... Masakan orang jawa.. tapi orang Terengganu pun suka makan tau... jangan marah!!
Masaknya pun mudah.. ikan keli yang dibersihkan dan dikelar2.. Kemudian digaul garam kunyit dan dibakar sampai masak... (nak goreng pun boleh).
Untuk menyediakan kuahnya, isi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk lumat dan dicampur ke dalam santan pekat.. Tambah asam keping dan garam secukup rasa. masak sampai mendidih.. Campurkan hirisan daun cekur ke dalam kuah. Siramkan ke atas ikan keli yang telah dibakar tadi... Siap!!
nota : selain ikan keli, ikan pari atau ayam pun boleh dimasak dengan cara begini.. tapi jgn panggil pechel lele tau.. lele tu untuk ikan keli aja..

SOTONG GORENG TEPUNG
Assalamualaikum wbt..
Hari ni angin rajin tiba2 datang.. Selera makan pun bertambah2... Alahai.. macam mana nak diet ni... Ummi pulak dok beli sotong... Ye laa... sotong fresh.. sapa tak geram kan...
Biasanya kalau Ummi beli sotong, dia akan buat ketupat sotong.. tapi kali ni saya try buat sotong goreng tepung..
Cara saya mudah saja.. sotong dibersihkan dan dibelah.. Kalau yang besar, potong dua atau tiga.. Yang kecik2 biarkan sekor2...Kepala sotong asingkan...Kemudian ditoskan.
Sediakan tepung gorengan.. saya campur tepung gandum dan tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.. Tepung ni tak perlu bancuh air.. Biarkan kering gitu aje.. cuma pastikan semua bergaul rata. Baru dimasukkan sotong sepotong demi sepotong supaya tepung dapat bersalut rata. Panaskan minyak dan gorenglah sotong tadi sampai garing... tapi jangan lama sangat..nanti sotong jadi liat...
Selamat mencuba...
HIDANGAN ORANG DULU-DULU.....
Assalamualaikum wbt..
Inilah hidangan ringkas yang sempat saya sediakan untuk family saya.. Masak rebus-rebus dan goreng je.. Almaklumkan.. masa saya amat terhad.. Tak ada yang istimewanya.. cuma nak mengimbau kenangan masa kecik2 dulu... sayur kulit tembikai.. masak sayur pedas campur ikan bakar dan lada hitam, ikan goreng, ulam temu pauh dan putik jagung yang direbus.. buat lawan dengan budu... Teringat masa kecik2 dulu.. selalu ikut nenek pergi bendang, bawak bekal nasi dengan sayur kulit tembikai, ikan kering goreng dan sambal belacan.. Memang menyelerakan..
Putik jagung ni saya rebus gitu aje.. sampai lembut.. sepinggan ni kejap je licin.. sebab anak2 pun suka... Mamanya cuma dapat makan kulit aja.. huhu...
Ulam temu pauh ni rupanya macam kunyit, cuma rasa seakan2 pauh atau mangga muda... Bezanya isi kunyit lebih gelap berbanding isi temu pauh ni.. Kata orang tua2.. temu pauh ni banyak khasiatnya untuk orang perempuan.. tapi saya tak pastilah pulak apa khasiatnya.. saya cuma tau makan aja...sebab rasanya yang lemak2 masam tu.. dan memang sedap dibuat ulam cecah budu atau sambal belacan...
Inilah rupa sayur pedas kulit tembikai.. dibuang kulit luar dan dipotong2.. ambil yang kulit bahagian putih aje...Caranya mudah aje.. Tumbuk lada hitam, isi kelapa bakar (boleh ganti dengan kerisik), isi ikan rebus atau ikan bakar, bawang putih dan bawang merah.. Campur dengan air secukupnya dan didihkan. Baru dimasukkan kulit tembikai yang telah dipotong tadi... Masak hingga lembut. Jangan lupa tambah garam secukup rasa..
Maaf, takde lauk lain.... cuma ikan selar dan ikan tongkol goreng saja.....tapi ikan ni ikan segar, baru turun dari bot nelayan yang baru balik ke jeti... Alhamdulillah, rezeki kami hari ini...
Selamat menjamu selera...

20 May 2013
BUBUR BIJI DELIMA DENGAN MANGGA
Assalamualaikum wbt
Hmm.. tekak teringin nak makan yang manis... Ada mangga masak tapi...nak buat pulut mangga, pulut pulak tak ada.., nak ke kedai malam2 gini... malas la pulak... teringat kat Kak Ani, pernah ajar saya bagaimana nak buat bubur delima. Kebetulan selongkar kat almari, ada sepaket lagi tepung ubi yang belum digunakan.. apalagi, saya pun mulakan operasi kat dapur..
CAranya mudah aje.. Masak santan pekat cmpur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masukkan biji delima.. Yummy.. time panas2 tu la saya makan..
Cara Membuat Butir Delima
1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah
Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai.. Ambil sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya...Tuangkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi. Ratakan dan biarkan kering sedikit.. Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah. Tuang ke atas lapisan putih. Biar kering dan mengeras. Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih. Toskan dan siram dibawah aliran air paip. Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk. Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi. Siap untuk disajikan.
nota : biji delima ni boleh dicampur dengan nangka, selasih, cendol dan lain2 untuk menghasilkan minuman yang sedap.. boleh dicampur gula merah dan santan..
Selamat mencuba.

RINGKAS TAPI MENYELERAKAN
Assalamualaikum wbt
Hidangan tengahari semalam.. Timun masak air campur udang geragau, sambal sotong, ikan bakar dan budu...
Timun masak air. Lagi syok kalau ada lada hitam.. tapi lada hitam kehabisan stok, jadi saya hiriskan bawang putih, bawang merah dan lada hijau aje lah.. Tambahkan air secukupnya dan didihkan..taruk garam dan pak aji sket.. Udang geragau pun campak sekali.. Dah mendidih, masukkan timun.. Masak la sampai timun empuk..
Macam biasalah, goreng sotong dan ketepikan.. Kemudian tumis bahan2 kisar iaitu bawang putih, bawang merah, lada kering sampai garing.. tambah garam dan gula secukup rasa.. tambah air asam sket.. Akhir sekali masukkan sotong yang telah digoreng, hirisan bawang besar dan lada hidup..
Ikan selayang, bakar tawar je.. Cuma siapkan cili dan bawang hiris, tuangkan kicap..
Yang ni... budu cmpur hirisan cili, limau dan bawang... nak sedap lagi, hiriskan serai muda....buat lawan ikan bakar dan ulam2..
Oleh kerana yang ada timun kecik je.. itulah ulam saya hari ni..
Alhamdulillah... rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga...

MASAK-MASAK TENGAH HARI SEMALAM
Assalamualaikum wbt
Hidangan tengahari yang simple, peria katak masak lemak cili api.. Cuma tumbuk kunyit hidup dengan cili padi, campurkan santan pekat dan masak sampai mendidih, masukkan peria yang telah dibuang biji dan udang hidup. Oleh kerana abah ada gout, saya gantikan udang dengan ikan kembung dan campakkan beberapa biji belimbing buluh...
Kacang panjang ni saya rebus gitu aje.. siap untuk disajikan dengan sambal belacan atau budu..
Siap sudah.. saja menjamu mata kawan2.. biarpun ringkas, itulah rezeki saya sekeluarga.. Alhamdulillah...
Hidangan tengahari yang simple, peria katak masak lemak cili api.. Cuma tumbuk kunyit hidup dengan cili padi, campurkan santan pekat dan masak sampai mendidih, masukkan peria yang telah dibuang biji dan udang hidup. Oleh kerana abah ada gout, saya gantikan udang dengan ikan kembung dan campakkan beberapa biji belimbing buluh...
Kacang panjang ni saya rebus gitu aje.. siap untuk disajikan dengan sambal belacan atau budu..
Ada sedikit sotong, cuma goreng kunyit dan tambahkan kacang panjang, hirisan lada hidup dan bawang besar.
Pelengkap hidangan, ikan kembung goreng.. almaklum.. takde ikan goreng.. anak2 tak mau makan nasi...Siap sudah.. saja menjamu mata kawan2.. biarpun ringkas, itulah rezeki saya sekeluarga.. Alhamdulillah...
SOLOK LADA
Assalamualaikum wbt
Selalunya solok lada sinonim dengan nasi kerabu.. tapi tak semestinya dimakan dengan nasi kerabu.. Sebenarnya, solok lada ni boleh dimakan bila2 masa je.. dengan nasi putih atau nasi kerabu.. atau dimakan begitu saja... tak kiralah apa jenis lauk sekalipun.. gulai ayam ke.. gulai daging ke.. gulai ikan.. dan sebagainya.. yang pastinya solok lada dikategorikan sebagai makanan pembuka selera.....dan selalu menjadi hidangan dimajlis2 kenduri kendara..
Sebenarnya saya dah post gambar ni kat facebook... jd saya nak share resipi dan cara membuatnya.. Orang lain, mungkin lain caranya.. cara saya, cukup mudah...
Bahan2
20 - 25 biji lada solok, dibelah jangan putus..keluarkan bijinya.. kemudian rendam dalam air kelapa 10 minit dan toskan.. (Kalau takde lada solok macam dalam gambar tu, boleh guna cili merah, cili hijau atau capsikum...)
1/2 cawan pati santan
kacang panjang atau pucuk ubi untuk mengalas periuk
Bahan2 isian
1 mangkuk isi ikan mentah (ikan kembung, selayang, selar, tenggiri... ikut suka lah ye) yg pasti saya guna isi ikan selayang jer..
2 mangkuk kelapa parut, pilih kelapa yang masih hijau kulitnya...
1 sudu kecil garam secukup rasa
3 sudu gula - boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
5 biji bawang merah, sehiris dua halia dan sedikit lada hitam
sesudu kecik air asam jawa
Cara:
Mula2 tumbuk bawang, halia dan lada hitam sampai lumat. masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan dengan kelapa dan tumbuk sampai lumat dan bergaul sebati. Kemudian sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lada yang telah siap dibelah. Di dasar periuk, susunkan kacang panjang.. kemudian letakkan lada yang telah siap tadi dan siramkan santan pekat. Tutup periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Kemudian, kecilkan api dan masak sampai kering kuahnya.. Siap untuk disajikan
note : boleh juga digunakan isi ikan rebus atau ikan bakar, tapi kena tambah sebiji telur untuk melekatkannya.. kalau tidak, isi solok akan berderai..

SAYUR LEMAK BUAH TERRE (GAJUS) DENGAN SOTONG
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah... musim sotong telah tiba... dan pohon terre kembali berbuah... Dapatlah dibuat masak lemak dengan sotong.. Sebelum dimasak, buah gajus atau terre ni kena celur dulu, kemudian diperah airnya, baru dibuat masak lemak.. Gunakan santan pekat, hiriskan bawang besar dan lada hidup.. tambah garam secukup rasa.... Masaklah seperti masak lemak sayur yang lain...In Shaa Allah, ada lauk ikan goreng dan sambal belacan.... habis la diet.. huhu
Buah gajus @ terre (sebutan dalam loghat Kelantan), saya beli kat pasar borong Kuala Besut.. bijinya dah takde, sebab nenek dan ambik bijinya untuk disemai.. hmmm.. asik dok beli je.. cuba tanam sendiri pulak ye.. Kalau tak berbuah, dapat makan pucuk buat ulam pun jadi lah....
Buah terre yang tak begitu masak... telah siap dicelur, untuk dibuat masak lemak.. nk hidang terus macam ni pun boleh.. cecah budu atau sambal belacan...
Okey.. kepada kawan2 di luar sana.. jangan terperanjat ye.. sayur lemak buah terre kegemaran keluarga saya... tapi kalau kawan2 dan mencuba masakan eksotik ini.. tetapi allergic dengan sotong, boleh gantikan isi ikan, atau gunakan isi ikan bakar atau ikan bilis je... yang pasti, sekali makan, pasti nak lagi..
Alhamdulillah.. walaupun ringkas, cuma lauk singgang, sayur lemak sotong ulam dan budu... itulah rezeki kami... terima kasih Ya Allah..
Selamat mencuba..

14 May 2013
JOM NGETEH...
Assalamulaikum wbt
Apa kabar kawan-kawan? Sudah lama saya tak bersiaran di blog kesayangan saya ni.. memang saya agak sibuk.. rutin harian saya memang padat....dan memang tak sempat nak berblogger macam dulu2... Hari ni dapatla saya luangkan masa sekejap....
Apa kata kita ngeteh dulu.. jom...
Haa...segelas teh panas untuk suami saya dan Milo untuk saya..kat sini harga air cuma RM1.00 segelas... Rasanya pun kaw2 punya... Okey, kami minum dulu ye...
Apa kabar kawan-kawan? Sudah lama saya tak bersiaran di blog kesayangan saya ni.. memang saya agak sibuk.. rutin harian saya memang padat....dan memang tak sempat nak berblogger macam dulu2... Hari ni dapatla saya luangkan masa sekejap....
Apa kata kita ngeteh dulu.. jom...
KERABU RUMPAI LAUT @ KOLAGEN MENTAH
Assalamualaikum wbt

Sebelum ni, memang saya pernah dengar orang bercerita tentang kebaikan dan khasiat kolagen rumpai laut asli Sabah. tapi tak pernah terbuka hati untuk mencubanya sehinggalah saya diperkenalkan oleh seorang sahabat... Selepas empat hari saya menggunakannya, dan ada perubahan pada kulit wajah.. saya terus menggunakan kolagen rumpai laut Sabah sehingga sekarang... Thank you Norbaineh Marikan...
Rumpai laut kering
Okey, saya tak nak bercerita panjang tentang kolagen ni... tp saya nak kongsikan resipi yang istimewa menggunakan rumpai laut.. Rumpai laut ni ada juga di tempat saya tetapi dikenali sebagai saghae/sarer... Bezanya rumpai laut Sabah lebih kasar/besar saiznya berbanding saghae/sarer yang halus macam rambut.. Dari segi warna dan rasa lebih kurang sama sahaja..

Rumpai laut yang telah direndam semalaman
Cara menyediakan kerabu rumpai ini kawan saya Norbaineh Marikan yang ajarkan.. tapi saya derhaka sikit kat resipinya nya kerana ada beberapa bahan yang kebetulan tak ada...Oleh kerana dah tak tertahan kecur.... saya buat jugalah...
Bahan2 untuk kerabu rumpai laut (saya agak2 je)
Rumpai laut (saya guna kedua2 jenis, purple dan gold) - dicuci bersih dan direndam semalaman
Udang kering, ditumbuk kasar2
Jus limau kasturi
Garam, gula dan perasa
Kerisik
Bahan-bahan dihiris halus
Buah mangga (saya tak guna, sebab tak ada, saya gantikan timun, disagat halus memanjang)
Buah tomato
Cili merah dan cili hijau
Cili padi
Daun bawang
Bawang merah
Bawang putih
Cara Membuatnya
Rumpai laut yang telah direndam, dicelur sekejap dalam air panas dan toskan. Kemudian gaulkan dengan jus limau, garam dan perasa. Selepas itu campurkan bahan2 yang dihiris ke dalamnya.. Gaul rata2.. Akhir sekali tambahkan kerisik. Siap untuk disajikan.
Siap sudah kerabu rumpai laut saya.. Rasanya memang mantap!! Sekali cuba pasti nak lagi.. Kalau buat style kerabu saghae pun sedap juga... Tepuk dada, tanya selera...
Selamat Mencuba...

11 November 2012
DAGING MERAH MASAM MANIS
Assalamualaikum wbt..

Satu lagi hidangan kegemaran keluarga saya.. resipi yang sangat ringkas dan mudah.. Daging merah masam manis. bukan daging merah Thai yang berwarna merah tu.. tapi masakan ni berkuah pekat, rasa pedas, sedikit masam dan ada rasa manis...sedap dimakan dengan nasi putih atau roti..
Bahan2
1kg daging, dihiris nipis
2 inci halia, diketuk2
1 batang serai, diketuk2
3 keping asam gelugur
2 senduk sos tomato
1 senduk kicap manis
garam gula secukup rasa
Bawang besar dibelah2..
Bahan2 kisar
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
Cara2
Daging direbus bersama halia dan serai yang diketuk hingga empuk. Pastikan tidak menggunakan terlalu banyak air semasa merebus daging. Asingkan air rebusan dengan daging dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing, masukkan daging, sos tomato, kicap manis, garam dan gula.. Kemudian, masukkan daging dan asam gelugur. Kacau sampai kering sedikit, baru ditambah air rebusan dan masak lagi sampai pekat. Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar... Siap untuk disajikan.

Saya makan dengan nasi putih aje..

10 November 2012
GULAI KUNING IKAN
Assalamualaikum wbt.
Satu lagi hidangan tradisional orang2 Kelantan dan Terengganu iaitu gulai kuning. Gulai ini tidak pedas dan biasa disajikan dengan nasi putih atau dikenali dengan nama nasi berlauk. Gulai kuning ini juga boleh dihidang dengan nasi dagang.
Ikan yang menjadi pilihan biasanya ikan tongkol, tenggiri, selar, kembung, kerisi dan juga selar kuning. Kali ni, saya gunakan ikan uji rashid atau ikan lolong. Kebetulan pagi tadi, saya pergi ke komplek pendaratan ikan LKIM, Kuala Besut untuk membeli ikan bagi membuat inti karipap... Saya dapat ikan lolong yang masih segar, baru dibawa turun dari bot..
Kalau nasi berlauk untuk sarapan pagi, cuma perlu nasi putih, ulam timun dan sambal belacan. Kalau untuk hidangan tengahari, tambahkan pelengkap hidangan yang lain seperti sayur goreng, ikan goreng, ulam2an rebus dan juga budu... Memang maveles, makan tak ingat dah.....

Untuk nasi dagang, gulai kuning dicampakkan ciliapi ke dalamnya.. dan untuk lebih sedap lagi... buat sambal kerisik.
GULAI KUNING IKAN LOLONG
1.5 kg ikan lolong atau uji rashid
3 keping asam gelugur
3 biji lada merah dan hijau
garam secukup rasa
santan pekat dua biji kelapa
bahan2 kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 inci kunyit hidup
segenggam ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara Memasak
Campurkan santan dengan bahan2 kisar dan juga asam gelugur dan didihkan. Sementara mendidih, hendaklah dikacau selalu supaya tidak meruap. Setelah mendidih, masukkan garam dan ikan. Masak lagi sampai ikan masak. Sekali sekala, hendaklah dikacau supaya kuah pekat sekata, tidak berasingan bumbu dan air... Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

MANDAI
Assalamualaikum wbt..
Kalau di Kelantan terkenal dengan nasi kerabu dengan budunya, Terengganu dengan keropok lekor...Pahang dengan gulai asam rom, atau patin sungai masak tempoyak... manakala Johor dengan masakan asam pedasnya, Negeri Sembilan pula popular dengan masak lomak cili api... , Penang dengan nasi kandar atau Char Koay Teow...Kedah pun tak kurang hebat.. ikan pekasam, laksa asam... Perak dengan gulai tempoyak ikan sungai...Melaka pula terkenal dengan belacan dan cencaluk...
Hmmm...pendek kata, Malaysia ni memang unik, belum termasuk dengan Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan suku kaum yang pelbagai.. dengan makanan yang pelbagai gaya dan rupa....semuanya sedap dan punya keunikan tersendiri.. memang semuanya hebat!! Memang tak larat nak tulis kat sini, tujuh hari tujuh malam memang tak habis lagi....Sebagai penutup cerita, kalau kita dicampakkan ke mana2 tempat sekalipun di dalam Malaysia ni, jangan risau pasal nak cari makan.. kat mana2 je, memang macam2 ada... dan yang penting sekali...HALALAN TOYYIBA....
Di sini, saya nak kongsikan satu lagi hidangan unik yang ada di dalam negara kita.. iaitu Mandai.... Mandai ialah kulit cempedak atau kulit nangka yang dibuat jeruk. Hanya orang jawa keturunan Banjar sahaja yang tahu membuat dan makan mandai ni.. Saya tahu dan pandai makan mandai ni sebab ada salah seorang ahli keluarga saya yang berkahwin dengan orang Banjar... pernah belajar buat mandai ni, tapi masa tu tak berapa menjadi...
Untuk pengetahuan kawan2... mandai ni lebihkurang macam lobak asin, tapi mandai ada keunikan sendiri, dari segi rasa.. ada rasa masin dan manis aroma cempedak.. Saya buat mandai minggu lepas, kebetulan makcik saya datang dan bawak buah cempedak.. Isinya digoreng dan kulitnya saya kupas, untuk dibuat mandai.

Terima kasih kepada rakan facebook saya Waheeda Wagiran, yang beri tunjuk ajar cara2 buat mandai ni. Jeruk kulit cempedak atau mandai ni sedap digoreng begitu aje, campur dengan hirisan bawang besar, cili merah... (saya guna cili padi) dan ikan bilis atau udang kering. Goreng kering2 dengan minyak sedikit. Kemudian makan dengan nasi panas.. Mandai ni juga boleh dicampur ke dalam masak lemak cili api ikan, biasanya ikan darat atau ikan sungai..
Cara2 Membuat Mandai
Kulit cempedak, dibuang kulit luar dan dipotong kecil. Kemudian dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam balang. Sediakan air dan garam secukupnya dan dimasak hingga mendidih. Apabila dah suam2 kuku, masukkan ke dalam balang yang diisi dengan kulit cempedak tadi. Tutup balang dan peram sehingga seminggu, baru boleh digunakan. Selepas seminggu, kulit cempedak dah jadi keras dan agak masin. Jadi, jika hendak dimasak, perlu direndam di dalam air dan perah kering2 untuk membuang masinnya.

PULUT KUNING, BUBUR PUTIH BUBUR MERAH
Assalamualaikum wbt
Semalam buat pulut kuning, siap bunga telur dan telur merah lagi.. Untuk meraikan sibujang sulung yang akan masuk jawi (berkhatan) minggu depan.
Di Kelantan/Terengganu, pulut kuning atau lebih dikenali dengan nama pulut semangat dan bunga telur adalah penting di dalam setiap majlis... sama ada bertunang, nikah, berkatan dan juga katam Al Quran. Ianya merupakan simbol adat dalam majlis dan juga sebagai tanda kesyukuran.
Telur merah pun tak merah sangat, sebab takde pencelup merah..
Kepada kawan2 yang masih belum tahu cara2 menyediakan pulut kuning, disini saya kongsikan resipi dan cara2 membuatnyanya...
PULUT KUNING atau PULUT SEMANGAT
Bahan-bahan
1kg beras pulut
1 cawan pati santan drp 2 biji kelapa + 1 sudu kecil garam
Serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Cara2
Beras pulut dicuci dan direndam selama sekurang2nya 4 jam. Jika menggunakan beras pulut usang, seelok2nya satu malam. Dalam air rendaman, campurkan sekali 2 keping asam gelugur dan serbuk kunyit. Seteleh cukup tempoh rendaman, toskan.
Kukus pulut dalam periuk mengukus selama 45 minit atau sehingga naik wap. Pada masa ni, pulut baru tiga suku masak) Keluarkan pulut dari periuk mengukus dan tuangkan ke dalam besen. Semasa masih panas berasap2 tu, masukkan santan yang telah dicampurkan dengan garam. Kacau cepat2 hingga rata dan keluar minyak.
Masukkan kembali ke dalam periuk mengukus dan kukus sekali lagi selama 30 minit. Setelah masak, boleh dikeluarkan dari periuk mengukus dan karih2kan supaya berderai cantik. Setelah itu bolehlah dihidangkan. Kalau nak buat pulut kuning untuk gubahan, pulut kena tekan padat ke dalam bekas semasa masih panas. Hiaskan dengan bunga telur atau telur dadar.
Pulut kuning yang telah masak boleh dihidangkan dengan kari atau rendang.
Untuk telur dadar, saya pecahkan 5 biji telur ayam, satu labu bawang besar, setengah inci halia dan satu sudu kecil lada hitam. Tambah sedikit garam dan kisar dalam blender sampai lumat. Kemudian dadarkan nipis2 dalam kuali leper. Dah masak, gulung2kan telur dadar.. Kemudian dipotong nipis untuk ditaburkan di atas pulut kuning sebagai hiasan.
Bubur putih bubur merah, ikut adat sebelah suami, orang jawa.. sebagai tanda kesyukuran. Bubur ni saya masak dan bahagikan kepada jiran2 dan kawan2 anak...Alhamdulillah, dah selesai semuanya.
Untuk memasak bubur putih bubur merah, bahan2 yang diperlukan adalah :
4 cawan beras
6 air secukupnya
4 cawan santan pekat
secubit garam
2 helai daun pandan
2 cawan gula merah (saya guna 4 keping gula kerek/nisan)
Cara2
Bersihkan beras dan masak dengan air secukupnya sampai lembut. kemudian asingkan sedikit untuk bahagian putihnya. Tambahkan gula merah, garam dan santan. Masak sampai pekat. Untuk bahagian putihnya, cuma tambahkan garam dan santan sahaja. Masak sampai pekat. Ketika menghidang, sendukkan bubur merah ke dalam mangkuk, kemudian tambahkan sedikit bubur putih. Sedia untuk disajikan.

NASI IMPIT GORENG
Assalamualaikum wbt..
Menu sarapan pagi yang sempoi tapi sedap... nasi impit goreng... Sebenarnya inilah kali pertama saya masak sendiri nasi impit goreng. Saya dah pernah makan benda ni, masa tu adik saya beli kat pasar malam Jalan Bacang, Kota Masai.. nak kata suka, takde la sangat.. cuma rasa pelik juga lah.. ada ke nasi impit digoreng?? Apa yang saya tau ada sejenis makanan goreng orang cina, dipanggil kueh lobak goreng.. lebih kurang macam nasi impit juga, tapi ada campuran parutan lobak putih di dalamnya. Kalau kena cara masak, memang sedap...
Alkisah terjadinya menu ni, sebab ada lebihan nasi impit.... mulanya nak masak rendang, hanya ada sekeping dada ayam kat dalam peti ais.. Jadi pikir punya pikir, saya masakkan nasi impit goreng...
Bagi suami saya, dia ok je.. sebab dia orang Johor.. dah pernah makan benda ni.. yang jadi masalah Ummi, Abah dan nenek.. boleh ke dia terima makanan pelik ni... hehhe.. Walaubagaimanapun, saya teruskan juga kerja masak2... kelentang kelentung, akhirnya... siap la nasi impit goreng saya.. walaupun cuma berencahkan isi ayam dan telur.......Walaupun sambil makan, pot pet pot pet dengan berbagai macam komen dan pertanyaan, licin juga...hehiiii....
NASI IMPIT GORENG
Bahan2
4 ketul nasi impit, dipotong2
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur ayam
1 keping dada ayam, potong kecil
kicap pekat
garam, gula dan serbuk secukup rasa
daun kucai - saya tak taruk
minyak untuk menumis
bahan2 kisar
2 sudu cili kisar - lebihkan jika suka lebih pedas
2 sudu udang kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan dada ayam, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sampai ayam masak, pecahkan telur. Kacau hingga kering, masukkan kicap, sesuaikan rasa.....tmbah mana yang patut...barulah dimasukkan nasi impit yang dipotong2. kacau rata2...kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang. Jika ada daun kucai, boleh tambahkan. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
nota : jika nak tambah udang/sotong- juga boleh.. ikut citarasa sendiri...
Selamat mencuba.
Menu sarapan pagi yang sempoi tapi sedap... nasi impit goreng... Sebenarnya inilah kali pertama saya masak sendiri nasi impit goreng. Saya dah pernah makan benda ni, masa tu adik saya beli kat pasar malam Jalan Bacang, Kota Masai.. nak kata suka, takde la sangat.. cuma rasa pelik juga lah.. ada ke nasi impit digoreng?? Apa yang saya tau ada sejenis makanan goreng orang cina, dipanggil kueh lobak goreng.. lebih kurang macam nasi impit juga, tapi ada campuran parutan lobak putih di dalamnya. Kalau kena cara masak, memang sedap...
Bagi suami saya, dia ok je.. sebab dia orang Johor.. dah pernah makan benda ni.. yang jadi masalah Ummi, Abah dan nenek.. boleh ke dia terima makanan pelik ni... hehhe.. Walaubagaimanapun, saya teruskan juga kerja masak2... kelentang kelentung, akhirnya... siap la nasi impit goreng saya.. walaupun cuma berencahkan isi ayam dan telur.......Walaupun sambil makan, pot pet pot pet dengan berbagai macam komen dan pertanyaan, licin juga...hehiiii....
NASI IMPIT GORENG
Bahan2
4 ketul nasi impit, dipotong2
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur ayam
1 keping dada ayam, potong kecil
kicap pekat
garam, gula dan serbuk secukup rasa
daun kucai - saya tak taruk
minyak untuk menumis
bahan2 kisar
2 sudu cili kisar - lebihkan jika suka lebih pedas
2 sudu udang kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan dada ayam, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sampai ayam masak, pecahkan telur. Kacau hingga kering, masukkan kicap, sesuaikan rasa.....tmbah mana yang patut...barulah dimasukkan nasi impit yang dipotong2. kacau rata2...kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang. Jika ada daun kucai, boleh tambahkan. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
nota : jika nak tambah udang/sotong- juga boleh.. ikut citarasa sendiri...
Selamat mencuba.
DAGING GULAI KICAP
Assalamualaikum wbt..
Resipi ini bonda saya yang perturunkan kepada saya... Bonda belajar dari ibu saudara merangkap nenek saudara saya belah abah... saya panggil Chek.. Chek ni berketurunan Cina, tapi sejak bayi lagi beliau dibela oleh keluarga angkatnya orang Islam.. bonda angkat Chek inilah yang beri tunjuk ajar cara masakan yang cukup simple, tapi sedap ini...Nama masakan ini ialah daging gulai kicap... Saya rasa inilah satu2nya cara masak lauk kicap yang paling mudah dan yang penting kelazatannya itu...
Okeh.. saya tak mau merepek banyak2... Saya tuliskan resipinya untuk kawan2 cuba.. Memang sedap, mudah dan jimat belanja.. Kalau mahal pun, daging aje.. ramuan lain sedia ada kat dapur.. tapi kalau jenis yang jarang masak.. mohon maaf ye. kena beli la bahan2 tu...
DAGING GULAI KICAP
Bahan2nya
1kg daging
3 labu bawang besar atau 10 biji bawang merah
5 tangkai lada merah (boleh ganti cili kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk kicap atau secukup kegunaan
3 keping asam gelugur
Cara2 membuatnya
Daging dipotong lebar2 tapi nipis.. Cuci dan toskan. Bawang besar, lada merah dan bawang putih dibakar atas api dapur berserta kulit2nya sekali sampai masak. Dah masak, kupaskan dan cuci. Masukkan bawang dan cili yang dibakar ke dalam blender bersama2 halia dan kisar lumat. (Resipi sebenar kena tumbuk je semua ni) Campurkan bahan2 kisar ke dalam daging dan campurkan juga kicap. Perap 10 minit. Masukkan ke dalam kuali, tambahkan asam keping dan masak sampai kering airnya dan semua bumbu meresap ke dalam daging. Kemudian baru ditambah air dan masak lagi sampai daging empuk.. Masak lagi sampai pekat.. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan.

Nota :
Selain lada merah, boleh gantikan dengan cili api atau cili kering. Jika menggunakan cili kering, cilinya tak perlu dibakar.. kisarkan terus bersama bawang2 yang telah dibakar.
Selamat mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)