KAWAN-KAWAN SAYA

20 May 2013

BUBUR BIJI DELIMA DENGAN MANGGA

Assalamualaikum wbt

 Hmm.. tekak teringin nak makan yang manis... Ada mangga masak tapi...nak buat pulut mangga,  pulut pulak tak ada.., nak ke kedai malam2 gini... malas la pulak... teringat kat Kak Ani, pernah ajar saya bagaimana nak buat bubur delima. Kebetulan selongkar kat almari, ada sepaket  lagi tepung ubi yang belum digunakan.. apalagi, saya pun mulakan operasi kat dapur..
CAranya mudah aje.. Masak santan pekat cmpur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masukkan biji delima.. Yummy.. time panas2 tu la saya makan..

Cara Membuat Butir Delima

1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah

Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai.. Ambil sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya...Tuangkan  ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi.  Ratakan dan biarkan kering sedikit..  Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah.  Tuang ke atas lapisan putih.  Biar kering dan mengeras.  Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih.  Toskan dan siram dibawah aliran air paip.  Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk.  Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi.   Siap untuk disajikan.

nota : biji delima ni boleh dicampur dengan nangka, selasih, cendol dan lain2 untuk menghasilkan minuman yang sedap.. boleh dicampur gula merah dan santan..

Selamat mencuba.





4 comments:

  1. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih ya... akk kt Terengganu la..

      Delete
  2. Sedapnya..tq kak nonie share. Boleh cuba ni:)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..tq kak nonie share. Boleh cuba ni :)

    ReplyDelete