KAWAN-KAWAN SAYA

29 October 2012

SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK


 Assalamualaikum wbt..

Masih dalam mood raya... dan masih ada sedikit lagi lebihan daging korban.. ada juga tulang rusuk dan babat.... Hmmm... pagi2 lagi dah mula masak lauk singgang ni... untuk hidangan tengah hari.. Ye la kan, lauk singgang ni, kalau masak lebih awal.. baru mesra rasanya.. Lagipun kalau masak lauk bersantan dan berempah, dah lalu nak telan dah... Asyik dok makan daging je.. sana sini, semua daging...heheh...
Kali ni masak singgang pedas... Masak macam masak singgang biasa, tapi taruk cili kering.. Yang ni saya masak guna cili serbuk je.. Cili kering pun guna gak.. tapi cuma dipotong2 dan dicampurkan ke dalam singgang...

Jom layan resipi singgang ni.. Lain orang, mesti lain caranya kan.. Ini cara saya.. Masak singgang pedas tulang rusuk...

SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK

Bahan2 ikut kuantiti tulang yang nak dimasak
Tulang rusuk + daging
Asam keping
Air secukupnya untuk merebus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan2 ditumbuk kasar-kasar atau dihiris2
Lengkuas, kena lebihkan
Halia
Kunyit hidup
Bawang putih, kena lebihkan
Bawang merah
Cili kering, separuh dikisar, separuh lagi digunting halus2
Ketumbar biji

Cara2
Masukkan daging, tulang dan air ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih dan dagingnya empuk.  Dah empuk, masukkan bumbu yang ditumbuk kasar tadi, asam keping dan garam secukup rasa.  Renehkan atas api kecil hingga bumbu meresap ke dalam daging.  Sesuaikan rasa.  Sedia untuk dihidangkan.  Sedap dimakan dengan nasi putih.

nota :  Kalau nak masak singgang putih yang biasa, tak perlu masukkan cili kering.  Cuma tambahkan cili padi atau lada hidup sebiji2...

Selamat mencuba




BERAYA KAT RUMAH PAK CIK



Assalamualaikum wbt.  

Masih sempat lagi menziarah saudara mara... Kami pergi ke Kelantan, rumah adik abah...menziarah isteri arwah pakcik yang baru meninggal.. Kebetulan tiba dah waktu tengah hari... kami dijamu nasi dengan daging korban... Masak singgang dan goreng kunyit.  Ada sedikit sayur.. Tapi sayang, tak sempat nak snap gambar.. Asyik bercerita, terlupa segala... Maklum, lama tak jumpa...

Kemudian singgah pulak rumah adik bongsu abah... dijamu makan lagi... Kali ni, dijamu dengan satey.. satey ayam dan daging... Fuh!! tak terlarat dah nak makan.. cuma jamah je la, takut tuan rumah kecik ati... 

 Satey ayam.. sepinggan penuh
 Satey daging... pun banyak juga...

Lengkap dengan nasi impit dan kuah kacang...

 


Jamah je la sikit2... lagipun ada tempat lagi yang nak singgah... Walaupun tiap2 hari makan satey, kena rasa juga satey orang lain.. boleh buat perbandingan... Lagipun, kena amik kira jugak.. mana tau dapat buat satey yang lebih sedap lagi...

Itu ajelah.. cerita jalan-jalan cari makan kami di hari raya ke dua..  Terima kasih kepada tuan rumah yang baik hati... Semoga jumpa lagi di tahun hadapan...

28 October 2012

SINGGANG PEDAS IKAN DARAT

Assalamualaikum wbt.

Ikan puyu ni adalah hasil pancing sibujang sulung... Beliau memang suka mancing.. kalau dapat ikan, lagi la dia suka... Jenuh gak nak menyiang, ikannya dah le kecik2.. banyak sisik pulak.. tapi untuk tidak menghampakan, masak la jugak... Ye la, sesekali kena layan juga minat anak2... Selepas aktiviti menyiang, ikan puyu ni nak kena gaulkan dengan abu dapur dan daun senduduk yang diramas2.. tujuannya adalah untuk membuang lendir dan hanyir ikan.  Lepas tu, dicuci bersih dan digaul dengan perahan asam limau sebelum dicuci sekali lagi...

Di sini, saya kongsikan resipi singgang pedas ikan darat... kalau orang luar sebut asam rebus.. tapi ada sedikit perbezaan dari segi bahan2nya...

Bahan2
ikan darat (puyu, haruan dan terbo)
daun kesum
Asam keping buah kandis (rasanya manis2 sedikit)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

bahan2 tumbuk
sedikit lengkuas, halia, kunyit hidup dan ketumbar biji
bawang putih dan bawang merah
cili kering

Cara
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya.  Campurkan asam keping kandis dan didihkan.  Dah didih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.  Akhir sekali masukkan daun kesum.  Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba..

SUP KATEH LEMBU

Assalamualaikum wbt...

Hari ni saja nak menunjuk sup kateh lembu atau kaki lembu... Selalu wat rojok kateh je.. tp tekak ni teringin nak makan sup... Wat sup pedas, ala2 Siam gitu.. heheh

Gambar ni pun dah tertunggak.. Tak apa la kan.. tapi dah nunjuk2 dah kat facebook.. ruangan D'cooking Room... Jadi, share resipi je la yek...

Bahan2

1 batang kaki lembu, dibakar, dikikis kulitnya.. cuci bersih2
3 inci halia, diketuk (saya suka halia lebih)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang putih, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk
garam dan serbuk perasa secukup rasa

bahan penumis, dimayang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 hiris halia
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih)
sedikit minyak untuk menumis

Cadangan hidangan
daun sup, daun bawang yang dimayang
bawang goreng,
cili api dititik atau dihiris halus
Limau nipis, untuk airnya
Lobak asin jeruk (yang halus2)

Cara membuatnya
Dalam periuk, masukkan kaki lembu yang dah dicuci,  tambah air secukupnya dan rebus sampai empuk.. Dah empuk, hiris2 dan masukkan kembali ke dalam periuk.. Campakkan rempah sup bunjut, bawang putih ketuk, halia ketuk dan serai ketuk..  Renehkan sampai mesra bumbunya.. Tambah juga lada hitam, garam secukup rasa.  Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.. tumiskan sedikit halia mayang, bawang merah mayang, bawang putih mayang dan rempah tumis 4 sekawan.   Dah garing kekuningan, tuangkan ke dalam periuk sup tadi.  Siap untuk disajikan.  Masa menghidang, titikan cili api, perahkan limau nipis, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang dan lobak asin.. Slurppp... Sedap.. boleh dimakan dengan nasi atau disajikan bersama mihun atau mee kuning..

Selamat Mencuba..

IKAN JEBON @ IKAN AYAM-AYAM MASAK ASAM PEDAS, KERABU PUCUK PAKU


Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya menu ni dah lama tertunggak... Kalau bil api air, dah lama dah kena potong.. Nasib baik la, cuma gambar je.. kalau betul2.... sekarang baru nak hidang...... mesti dah basi kan..  Bukan apa, masa tak mengizinkan untuk saya bersiaran di blog kesayangan ni... 

Selalunya kalau beli ikan ayam2, Ummi akan masak kari atau percik.. Tapi oleh kerana  kesuntukan masa,  saya masak asam pedas je lah.. Pastu ada ikan selayang sket...masak singgang untuk sikecik...Lagipun saya ada beli lauk siap kat Pasar Sehari Alor Lintah... Jadi, takde la nak kelam kabut sangat.... Takde daun kesum, cuma taruk bunga kantan... Sedap juga.  Cara masak asam pedas, saya guna resipi makcik saya... Cuma blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih, sedikit kunyit hidup dan halia.  Kemudian ditumis hingga garing, campurkan air asam jawa secukupnya untuk kuah.  Baru dimasukkan ikan, garam dan  serbuk perasa secukup rasa.  Kemudian direneh guna api kecil selama sekurang2nya setengah jam supaya bumbunya mesra dengan ikan.. Akhir sekali, campur bunga kantan. Dah siap lauk hidangan tengahari, tinggal sediakan kerabu pucuk paku dan tunggu nasi masak...

Ikan selayang masak singgang, untuk sikecik ku yang dah besar...


Untuk kerabu pucuk paku, saya cuma tumbukkan bawang merah, belacan, udang kering, sedikit halia dan kerisik.  Tambah garam gula secukup rasa, kemudian masukkan pucuk paku yang dicelur.  Tambahkan hirisan bawang besar dan lada hidup.  Akhir sekali, perahkan limau nipis. Gaul rata2, siap untuk disajikan.


Kerabu terung campur kulat gelam.. Beli kat Kedai Sari atau Pasar Sehari Alor Lintah..

Yang ini pulak, kerabu sarer @ rumpai laut... pun beli kat Kedai Sari gak.. Jemput tengok ye..

Selamat mencuba.

REBUNG MADU MASAK LEMAK PUTIH

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ada diantara kawan2 di luar sana yang suka makan sayur rebung.  Ada macam2 jenis rebung, iaitu rebung buluh minyak, rebung buluh betung dan lain2..  Yang dalam gambar ni ialah rebung madu... Rasanya tak lah manis macam madu.. tapi rebung ni sedap... tak pahit sangat macam rebung2 jenis lain.  Macam2 cara orang masak rebung.. Boleh dicampur dalam kari daging, dibuat kerabu, dimasak lemak cili api campur udang hidup, masak lemak putih, dicampur dalam bubur lambuk...dimasak air campur lada hitam, celur cicah budu pun sedap....

Walaubagaimanapun, rebung ni tak sesuai dimakan oleh ibu2 dalam pantang... sebab ia sejuk..  Tetapi rebung tidak mabuk dengan ubat... itu yang saya suka.. hehehe
 Yang ini, masak lemak putih campur lada hitam dan ikan panggang tawar.  Selalunya untuk masak lemak begini, rebungnya kena sagat kasar2.. tapi kali ni, saya potong je nipis2 tapi tak nipis sangat...
 Selepas itu, rebung yang dah dihiris, dicelur dengan air mendidih untuk membuang rasa pahitnya.  Kemudian ditoskan.  Rebung yang dah siap dicelur hendaklah dicampur dengan santan pekat, isi ikan bakar yang ditumbuk bersama lada hitam dan bawang merah.  Tambah garam dan gula secukup raas.  Masak sampai mendidih.  Akhir sekali, campurkan hirisan cili merah dan bawang besar.  Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

 Rebung madu yang dah siap dikupas kulitnya.. Sedia untuk disagat atau dihiris nipis...
 

 Inilah rupa rebung madu yang belum dikupas kulitnya... Kecik2 aje rebungnya...

Selamat mencuba.

 

26 October 2012

GULAI DAGING UNTUK AQIQAH ADIK

Assalamualaikum wbt..

Juadah tengahari ini, sempena majlis aqiqah adik Kemal.. masak daging gulai kawah.. dan diagih2kan gulai kepada jiran-jiran dan saudara mara dikampung..

 Gulai daging masak macam gulai kawah.. campur mumbang kelapa
 segala macam ada... daging, tulang, hati, paru dan limpa dicampur sekali...
 sambal belacan cili padi campur mangga muda... 3/4 penuh blender cili padi, 1 sudu besar garam, 3/4 cawan gula pasir, setengah cawan cuka, 1 inci persegi belacan..dikisar sampai lumat.  Keluarkan dari blender dan campurkan perahan limau nipis (4 biji), 2 biji hirisan kulit limau kasturi dengan jusnya, 4 biji mangga muda yang disagat halus2.. Gaul sebati.  Mula2 memang terasa kepedasannya, tapi selepas beberapa jam, pedasnya akan berkurangan..
acar kobis campur karot.. Moksu Linda yang buatkan.. memang sedap, secukup rasa masam dan manisnya... Timun dan karot yang disagat halus dicampurkan dengan kuah acar (hirisan halia, bawang putih, bawang besar, cili hidup, garam, gula dan cuka) sesuaikan rasa, dan gaulkan dengan kobis dan karot yang telah disagat..
daging + hati goreng kunyit... campurkan asam keping masa menggoreng, untuk kurangkan bau daging... Cuma gaulkan daging,  hati dengan serbuk kunyit dan garam.  Masukkan dalam kuali bersama2 hirisan halia, bawang putih dan asam keping.  Ungkep sampai kering airnya, baru dicampur dengan minyak masak... terus dikacau sampai nampak garing.  akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar dan cili hidup...

 hirisan timun susu.. untuk ulam...
 tembikai sebagai pencuci mulut
 nasi putih je....
Air  Fanta Hijau atau Jimi Asmara resipi Suriani Osman, rakan fb.. tapi ubahsuai sikit je..saya tak guna esen pisang sptmana resipi beliau.. tetapi menggunakan kordial perasa pisang dan oren sunquick..Air gula dimasak, campur daun pandan..

Selamat Mencuba..


JUADAH PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA


Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat. Juadah pagi raya saya tahun ini, juadah tradisional.... ada pulut lepa, ketupat dakap pulut hitam dan lontong daun pisang, rendang ayam, sate ayam dan sambal kacang aje......  al maklum, nanti tengahari nak masak gulai daging pulak..lagipun, boleh dimakan dengan lontong dan pulut dakap juga.. kalau masih ada lebih..

 

lontong daun pisang, ketupat dakap dan pulut lepa.

rendang ayam untuk dimakan dengan lontong daun pisang

satay ayam, resipi turun temurun keluarga

kuah kacang..


ini la rupa lontong saya yang dah siap dipotong... lembut sangat..(bukan senang tau,masuk bakul angkat sendiri.. hihiiii...) saya buat lontong ni menggunakan daun pisang kepok yang dijemur di panas matahari supaya jd layu (senang nak gulung)... kemudian gulungkan daun pisang dan dimasukkan beras yang telah dicuci.. anggaran satu bahagian beras dan dua bahagian air... dengan menggunakan tali rafia, kedua2 bahagian diikat kiri dan kanan.. jadi macam gula2.. lepas tu rebus selama dua jam.... kena balik2kan selalu semasa merebus, supaya masak sekata.... dah masak, sejukkan... baru boleh dipotong2...

dipanggil ketupat dakap.... pulut yang dah siap dikukus, dicampur pati santan, garam dan gula... diarun hingga sebati.. dibungkus dalam daun pisang.... dua biji ketupat yang dibungkus diikat menjadi satu.. ikat ketat2 menggunakan tali rafia.. kemudian dikukus atau direbus sampai masak..

pulut lepa atau pulut panggang.. setengah tempat sebut lemper.. bezanya pulut lepa menggunakan inti ikan, manakala lemper intinya menggunakan serunding kelapa pedas..  Bukan selalu dapat makan pulut lepa yang Ummi buat...




KETUPAT DAKAP PULUT HITAM

bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam
gula secukup manis

daun pisang untuk membungkus
tali rafia untuk mengikat

cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku masak.  campurkan dengan pulut hitam, pati santan, garam dn gula.  Arun2 hingga keluar minyak.  Kukus sekali lagi selama 30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai sejuk.. Kemudian boleh la dibngkus dlm daun pisang spt lepat.  Setelah siap, amik biji pulut dan ikat jadikan satu.  Ikat kemas2.. Selepas itu, boleh la dikukus selama 45 minit..  Kalau guna kaedah rebus, masukkan ketupat dlm periuk, dan tuangkan air.. tp jgn sampai ketupat tenggelam. Rebus guna api perlahan sehingga kering airnya. 
Selamat mencuba..

PULUT LEPA


bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam

daun pisang untuk membungkus
lidi yang ditajamkan,  potong sepanjang 1 1/2 inci

 cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku masak.  campurkan dengan pulut hitam, pati santan, garam dn gula.  Arun2 hingga keluar minyak.  Kukus sekali lagi selama 30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai sejuk.. 

bahan2 untuk intinya
1kg ikan selayang, dibakar dan ambik isinya sahaja
1 biji kelapa, ambil santan
2 inci halia
10 biji bawang merah
garam gula secukup rasa

cara : campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam kuali.  Kacau hingga masak dan kering seperti serunding.

 cara membuat pulut lepa.

pulut yang dah sejuk diletak atas daun pisang dan letak inti serunding ikan.  Bungkus kemas dan semat dengan lidi.  Setelah semuanya siap, bakar menggunakan bara api hingga masak.


Selamat mencuba..



25 October 2012

KASWI LAPIS

Assalamualaikum wbt..

Biasanya orang buat kaswi warna coklat atau warna hijau pandan.. dengan rasa gula melaka ataupun rasa wangi pandan.. Tapi oleh kerana stok gula melaka dah kehabisan, saya buat aje lah ikut rasa hati. Lagipun memang ada resipi kaswi lapis ni, cuma resipi je lain2. Saya guna resipi makcik saya.. kaswi gula melaka, tapi ditukar dan olah guna bahan yang ada kat dapor.. Mmmm... sedap juga rasanya..


ini la rupa kuih kaswi lapis saya..

kuih dah sejuk.. sedia untuk dipotong..
gaul dengan kelapa parut yg dah campur garam sket.. sedap, lemak2 manis rasanya..

Bahan2
4 cawan tepung gandum, saya guna cap lili je
2 cawan tepung ubi
4 cawan gula pasir + 4 cawan air suam, dikacau sampai larut
1 sudu teh kapur makan + 8 cawan air
1/2 cawan minyak masak..
 1 penutup esen ros
pewarna, saya guna hijau apple dan oren

kelapa parut + garam secubit
 
Cara2
Campurkan semua bahan, kecuali pewarna.  Bahagi dua adunan dan warnakan.  Mula2 kukus adunan oren dulu.. saya buat 3 lapis. untuk untuk warna oren.  setiap lapisan hendaklah dikukus selama 10 minit.  Dah siap adunan oren, kukus lapisan hijau lak. Diakhir lapisan, tambahkan sedikit lagi pewarna hijau supaya lebih gelap.  Kukus lagi selama satu jam atau hingga masak.. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih menandakan kuih dah masak.  Dah siap masak, sejukkan sebelum dipotong2. Gaulkan dengan kelapa parut ketika menghidang..

Selamat mencuba..

21 October 2012

TURKISH DELIGHT

Assalamualaikum wbt... Dah lama saya tak bersiaran di blog kesayangan ni.. bukan dah tak suka, tapi sibuk yang amat.. setiap hari jadual kerja saya terlalu padat...dah banyak gambar2 masakan terperap.. tapi tak apalah.. saya mulai dengan juadah pemanis mulut dari Turki ni.. sedap...
dah lama juga tak makan benda ni.. dulu tak tau apa nama kuih ni.... sekarang baru tau... oooo, rupanya inilah dia Turkish Delight.... macam dodol di tempat kita.. cuma tak guna santan... kuih ni, walaupun manis, tapi sedap.. dulu masa saya kerja kat Johor, ada pelawat dari Turki datang selalu bawak ole2 ni... saya memang suka sangat... macam2 warna ada dengan rasa yang berlainan...ada juga yang dicampur dengan kekacang.. dibungkus dalam kotak yang cukup cantik...resipi ni dapat melalui rakan fb .. jd saya goggle kat internet untuk lebih detail cara membuatnya..
mudah aje nak membuatnya.. tapi kena sabarlah ya.. makan masa juga nak siapkan...
bahan2 A
4 cawan gula, saya kurangkan kuantiti sebab kuih ni terlalu manis
2 cawan air
1 sudu teh jus lemon

bahan2 B
1 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh krim tartar
3 1/2 cawan air 1 sudu kecil air mawar pewarna - saya guna warna merah jambu

bahan2 C
1 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula halus

peralatan
2 biji periuk
satu loyang saiz 9 x 9 inci yg telah di griskan dengan minyak
pisau yang digris dengan minyak

cara2
campur bahan A ke dalam periuk dan masak bahan sampai mendidih dan pekat. dalam periuk lain, campurkan bahan2 B kecuali pewarna dan air mawar. kacau hingga berkilat.. masukkan air gula sedikit demi sedikit (saya buat 3 kali) dan terus kacau sehingga pekat dan berubah warna kecoklatan. proses lebih kurang satu jam. kemudian masukkan pewarna dan air mawar. tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. sejukkan satu malam. keesokan hari, potong menggunakan pisau yang telah disapu minyak menjadi kiub kecil. gaulkan dengan tepung yang telah dicampur dengan gula halus. sedia untuk dihidangkan.. untuk penyimpanan, simpan kuih di dalam bekas kedap udara.