KAWAN-KAWAN SAYA

14 June 2012

NASI KERABU SIMPLE

Assalamualaikum wbt.. Nasi kerabu, permintaan anak2.. hidangan untuk tengah hari tadi.. pelengkap hidangan, ulam2an, budu, cili padi jeruk, sambal nyior + ikan, solok lada merah dan ayam goreng berempah.. nasi kerabu kuning... oleh kerana pokok bunga telangku tidak berbunga... maka kunyit hidup dikisar dan ditapis airnya dan dibuat masak nasi.. sambal nyior campur ikan..kelapa parut, digaul dengan bahan2 tumbuk iaitu halia, bawang merah, serai, isi ikan bakar, garam serta gula secukup rasa dan disangai atas api kecil sampai garing.. untuk versi nasi kerabu golok, sambal kelapa dan sambal ikan dimasak berasingan..gunakan bahan2 yang sama untuk kelapa dan isi ikan..cuma sangai sampai garing.. ulam2an... ada hirisan bunga kantan, timun, daun cekur, daun kaduk, pucuk samak @ serai kayu, pucuk kopi, pucuk daun kari, ulam raja, pucuk mata ayam, pucuk lempoyang, pucuk daun kunyit, daun kesum dan serai muda.. (lagi sedap kalau ada tauge atau kacang panjang) cili padi jeruk, cuma tumbukkan cili padi dan campurkan cuka dan sedikit garam. Budu tu tuang terus dari botol dan perahkan limau nipis.. ayam goreng berempah.. ayam digaul dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan, serai dan bawang putih..digoreng sampai garing.. solok lada.. guna lada merah je... lada merah yang telah dibelah dan dibuang biji disumbat dengan campuran kelapa dan isi ikan.. dimasak dengan santan pekat hingga masak.. Untuk isi solok lada.. saya gunakan isi ikan mentah (selayang, tamban atau kembung) dan dicampur dengan kelapa parut (gunakan kelapa yang kulitnya masih hijau dan isinya masih lembut), tambahkan juga bawang, halia, serai yang ditumbuk.. sedikit serbuk lada hitam, garam gula dan sedikit air asam jawa.. Sekiranya menggunakan isi ikan rebus atau isi ikan bakar, hendaklah dicampur dengan sebiji telur supaya bila dimasak, isinya tidak berderai.. Lengkap sudah satu set hidangan nasi kerabu yang simple..sesuai dimakan bila2 masa saja..pagi, tengahari atau malam... Nasi kerabu juga akan menjadi lebi istimewa sekiranya ada lauk2 tambahan yang lain seperti ayam percik, daging bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, bawang putih jeruk, keropok goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.. Lengkapkan juga hidangan nasi kerabu dengan mihun goreng.. pasti sedap.. lepas makan terus bersandar kat dinding.. hehe Selamat mencuba..

1 comment:

  1. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete