KAWAN-KAWAN SAYA

07 June 2012

KULAT GELAM AIR ASAM

Assalamualaikum wbt Kulat gelam rebus dengan air asam air asam untuk kulat gelam.. cuma tumbuk cili padi, garam, belacan dan sedikit gula.. campurkan air perahan limau nipis dan cuka secukup kegunaan.. Kulat gelam dalam loghat Kelantan ialah sejenis cendawan yang hanya tumbuh dalam musim angin monsun barat laut...dipanggil nama kulat gelam sebab ianya banyak diperolehi dikawasan berpasir yang banyak pokok-pokok gelam dan hanya tumbuh selepas hujan... Nama pun cendawan kan?? mesti la tumbuh selepas hujan.. hihi.. Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang tahu dan pandai mencari kulat ni.. Saya lebih suka beli je kat pasar, sama ada yang belum direbus ataupun dah siap rebus. Selain dibuat cecah air asam, kulat gelam ni juga sedap dibuat kerabu campur bacang muda atau mangga muda... kulat gelam yang siap direbus.. Bahan2 untuk membuat kerabu (anggaran sendiri - ikut kuantiti bahan yang hendak digunakan) kulat gelam yang telah siap direbus bacang/kuini muda (dikupas, diparut halus dan direndam dalam air garam.. kemudian dibilas beberapa kali dan diperah buang airnya - untuk buang getah), jika guna mangga muda, tak perlu direndam air garam. bawang merah, sedikit halia, lada hitam ditumbuk (boleh tambah cili padi jika suka lebih pedas) isi ikan bakar, juga ditumbuk.. belacan bakar - jika suka kerisik kelapa, garam, gula secukup rasa, jus limau nipis - jika suka pati santan (perah kelapa guna air suam) Cara-cara : tumbuk bawang merah, halia, lada hitam dan isi ikan bakar hingga halus. campurkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian campurkan dengan kulat gelam dan mangga/bacang atau kuini yang telah diparut. Akhir sekali campurkan pati santan. Jika suka, boleh tambah jus limau nipis. Sesuaikan rasa dan hidangkan. Selamat mencuba..

4 comments:

  1. lamanya tak makan, rasanya udah berbelas tahun, kt maner ader jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umialya.. skg kt Besut ni mmg musim kulat gelam... kalau kt psr2, pasar tani n psr mlm..mmg ada dijual kulat gelam ni.. siap rebus pun ada..

      Delete
  2. lagu mano rupo kulat gelam ni..xkenal..huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda syuhada x rajin make ko?? kulat ni rupa dia mcm cndawan kt dlm citer2 katun.. warna hitam.. rasa dia pahit2.. tp sedap.. lps makan n minum air, rasa manis gitu..magic kan??

      Delete