Juadah tengahari ini, sempena majlis aqiqah adik Kemal.. masak daging gulai kawah.. dan diagih2kan gulai kepada jiran-jiran dan saudara mara dikampung..
Gulai daging masak macam gulai kawah.. campur mumbang kelapa
segala macam ada... daging, tulang, hati, paru dan limpa dicampur sekali...
sambal belacan cili padi campur mangga muda... 3/4 penuh blender cili padi, 1 sudu besar garam, 3/4 cawan gula pasir, setengah cawan cuka, 1 inci persegi belacan..dikisar sampai lumat. Keluarkan dari blender dan campurkan perahan limau nipis (4 biji), 2 biji hirisan kulit limau kasturi dengan jusnya, 4 biji mangga muda yang disagat halus2.. Gaul sebati. Mula2 memang terasa kepedasannya, tapi selepas beberapa jam, pedasnya akan berkurangan..
acar kobis campur karot.. Moksu Linda yang buatkan.. memang sedap, secukup rasa masam dan manisnya... Timun dan karot yang disagat halus dicampurkan dengan kuah acar (hirisan halia, bawang putih, bawang besar, cili hidup, garam, gula dan cuka) sesuaikan rasa, dan gaulkan dengan kobis dan karot yang telah disagat..
daging + hati goreng kunyit... campurkan asam keping masa menggoreng, untuk kurangkan bau daging... Cuma gaulkan daging, hati dengan serbuk kunyit dan garam. Masukkan dalam kuali bersama2 hirisan halia, bawang putih dan asam keping. Ungkep sampai kering airnya, baru dicampur dengan minyak masak... terus dikacau sampai nampak garing. akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar dan cili hidup...
tembikai sebagai pencuci mulut
nasi putih je....
Air Fanta Hijau atau Jimi Asmara resipi Suriani Osman, rakan fb.. tapi ubahsuai sikit je..saya tak guna esen pisang sptmana resipi beliau.. tetapi menggunakan kordial perasa pisang dan oren sunquick..Air gula dimasak, campur daun pandan..
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment