Assalamualaikum wbt..
Satu lagi hidangan kegemaran keluarga saya.. resipi yang sangat ringkas dan mudah.. Daging merah masam manis. bukan daging merah Thai yang berwarna merah tu.. tapi masakan ni berkuah pekat, rasa pedas, sedikit masam dan ada rasa manis...sedap dimakan dengan nasi putih atau roti..
Bahan2
1kg daging, dihiris nipis
2 inci halia, diketuk2
1 batang serai, diketuk2
3 keping asam gelugur
2 senduk sos tomato
1 senduk kicap manis
garam gula secukup rasa
Bawang besar dibelah2..
Bahan2 kisar
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
Cara2
Daging direbus bersama halia dan serai yang diketuk hingga empuk. Pastikan tidak menggunakan terlalu banyak air semasa merebus daging. Asingkan air rebusan dengan daging dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing, masukkan daging, sos tomato, kicap manis, garam dan gula.. Kemudian, masukkan daging dan asam gelugur. Kacau sampai kering sedikit, baru ditambah air rebusan dan masak lagi sampai pekat. Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar... Siap untuk disajikan.
Saya makan dengan nasi putih aje..
Selamat mencuba.
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
11 November 2012
10 November 2012
GULAI KUNING IKAN
Assalamualaikum wbt.
Satu lagi hidangan tradisional orang2 Kelantan dan Terengganu iaitu gulai kuning. Gulai ini tidak pedas dan biasa disajikan dengan nasi putih atau dikenali dengan nama nasi berlauk. Gulai kuning ini juga boleh dihidang dengan nasi dagang.
Ikan yang menjadi pilihan biasanya ikan tongkol, tenggiri, selar, kembung, kerisi dan juga selar kuning. Kali ni, saya gunakan ikan uji rashid atau ikan lolong. Kebetulan pagi tadi, saya pergi ke komplek pendaratan ikan LKIM, Kuala Besut untuk membeli ikan bagi membuat inti karipap... Saya dapat ikan lolong yang masih segar, baru dibawa turun dari bot..
Kalau nasi berlauk untuk sarapan pagi, cuma perlu nasi putih, ulam timun dan sambal belacan. Kalau untuk hidangan tengahari, tambahkan pelengkap hidangan yang lain seperti sayur goreng, ikan goreng, ulam2an rebus dan juga budu... Memang maveles, makan tak ingat dah.....
Untuk nasi dagang, gulai kuning dicampakkan ciliapi ke dalamnya.. dan untuk lebih sedap lagi... buat sambal kerisik.
GULAI KUNING IKAN LOLONG
1.5 kg ikan lolong atau uji rashid
3 keping asam gelugur
3 biji lada merah dan hijau
garam secukup rasa
santan pekat dua biji kelapa
bahan2 kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 inci kunyit hidup
segenggam ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara Memasak
Campurkan santan dengan bahan2 kisar dan juga asam gelugur dan didihkan. Sementara mendidih, hendaklah dikacau selalu supaya tidak meruap. Setelah mendidih, masukkan garam dan ikan. Masak lagi sampai ikan masak. Sekali sekala, hendaklah dikacau supaya kuah pekat sekata, tidak berasingan bumbu dan air... Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

MANDAI
Assalamualaikum wbt..
Kalau di Kelantan terkenal dengan nasi kerabu dengan budunya, Terengganu dengan keropok lekor...Pahang dengan gulai asam rom, atau patin sungai masak tempoyak... manakala Johor dengan masakan asam pedasnya, Negeri Sembilan pula popular dengan masak lomak cili api... , Penang dengan nasi kandar atau Char Koay Teow...Kedah pun tak kurang hebat.. ikan pekasam, laksa asam... Perak dengan gulai tempoyak ikan sungai...Melaka pula terkenal dengan belacan dan cencaluk...
Hmmm...pendek kata, Malaysia ni memang unik, belum termasuk dengan Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan suku kaum yang pelbagai.. dengan makanan yang pelbagai gaya dan rupa....semuanya sedap dan punya keunikan tersendiri.. memang semuanya hebat!! Memang tak larat nak tulis kat sini, tujuh hari tujuh malam memang tak habis lagi....Sebagai penutup cerita, kalau kita dicampakkan ke mana2 tempat sekalipun di dalam Malaysia ni, jangan risau pasal nak cari makan.. kat mana2 je, memang macam2 ada... dan yang penting sekali...HALALAN TOYYIBA....
Di sini, saya nak kongsikan satu lagi hidangan unik yang ada di dalam negara kita.. iaitu Mandai.... Mandai ialah kulit cempedak atau kulit nangka yang dibuat jeruk. Hanya orang jawa keturunan Banjar sahaja yang tahu membuat dan makan mandai ni.. Saya tahu dan pandai makan mandai ni sebab ada salah seorang ahli keluarga saya yang berkahwin dengan orang Banjar... pernah belajar buat mandai ni, tapi masa tu tak berapa menjadi...
Untuk pengetahuan kawan2... mandai ni lebihkurang macam lobak asin, tapi mandai ada keunikan sendiri, dari segi rasa.. ada rasa masin dan manis aroma cempedak.. Saya buat mandai minggu lepas, kebetulan makcik saya datang dan bawak buah cempedak.. Isinya digoreng dan kulitnya saya kupas, untuk dibuat mandai.
Terima kasih kepada rakan facebook saya Waheeda Wagiran, yang beri tunjuk ajar cara2 buat mandai ni. Jeruk kulit cempedak atau mandai ni sedap digoreng begitu aje, campur dengan hirisan bawang besar, cili merah... (saya guna cili padi) dan ikan bilis atau udang kering. Goreng kering2 dengan minyak sedikit. Kemudian makan dengan nasi panas.. Mandai ni juga boleh dicampur ke dalam masak lemak cili api ikan, biasanya ikan darat atau ikan sungai..
Cara2 Membuat Mandai
Kulit cempedak, dibuang kulit luar dan dipotong kecil. Kemudian dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam balang. Sediakan air dan garam secukupnya dan dimasak hingga mendidih. Apabila dah suam2 kuku, masukkan ke dalam balang yang diisi dengan kulit cempedak tadi. Tutup balang dan peram sehingga seminggu, baru boleh digunakan. Selepas seminggu, kulit cempedak dah jadi keras dan agak masin. Jadi, jika hendak dimasak, perlu direndam di dalam air dan perah kering2 untuk membuang masinnya.

PULUT KUNING, BUBUR PUTIH BUBUR MERAH
Assalamualaikum wbt
Semalam buat pulut kuning, siap bunga telur dan telur merah lagi.. Untuk meraikan sibujang sulung yang akan masuk jawi (berkhatan) minggu depan.
Di Kelantan/Terengganu, pulut kuning atau lebih dikenali dengan nama pulut semangat dan bunga telur adalah penting di dalam setiap majlis... sama ada bertunang, nikah, berkatan dan juga katam Al Quran. Ianya merupakan simbol adat dalam majlis dan juga sebagai tanda kesyukuran.
Telur merah pun tak merah sangat, sebab takde pencelup merah..
Kepada kawan2 yang masih belum tahu cara2 menyediakan pulut kuning, disini saya kongsikan resipi dan cara2 membuatnyanya...
PULUT KUNING atau PULUT SEMANGAT
Bahan-bahan
1kg beras pulut
1 cawan pati santan drp 2 biji kelapa + 1 sudu kecil garam
Serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Cara2
Beras pulut dicuci dan direndam selama sekurang2nya 4 jam. Jika menggunakan beras pulut usang, seelok2nya satu malam. Dalam air rendaman, campurkan sekali 2 keping asam gelugur dan serbuk kunyit. Seteleh cukup tempoh rendaman, toskan.
Kukus pulut dalam periuk mengukus selama 45 minit atau sehingga naik wap. Pada masa ni, pulut baru tiga suku masak) Keluarkan pulut dari periuk mengukus dan tuangkan ke dalam besen. Semasa masih panas berasap2 tu, masukkan santan yang telah dicampurkan dengan garam. Kacau cepat2 hingga rata dan keluar minyak.
Masukkan kembali ke dalam periuk mengukus dan kukus sekali lagi selama 30 minit. Setelah masak, boleh dikeluarkan dari periuk mengukus dan karih2kan supaya berderai cantik. Setelah itu bolehlah dihidangkan. Kalau nak buat pulut kuning untuk gubahan, pulut kena tekan padat ke dalam bekas semasa masih panas. Hiaskan dengan bunga telur atau telur dadar.
Pulut kuning yang telah masak boleh dihidangkan dengan kari atau rendang.
Untuk telur dadar, saya pecahkan 5 biji telur ayam, satu labu bawang besar, setengah inci halia dan satu sudu kecil lada hitam. Tambah sedikit garam dan kisar dalam blender sampai lumat. Kemudian dadarkan nipis2 dalam kuali leper. Dah masak, gulung2kan telur dadar.. Kemudian dipotong nipis untuk ditaburkan di atas pulut kuning sebagai hiasan.
Bubur putih bubur merah, ikut adat sebelah suami, orang jawa.. sebagai tanda kesyukuran. Bubur ni saya masak dan bahagikan kepada jiran2 dan kawan2 anak...Alhamdulillah, dah selesai semuanya.
Untuk memasak bubur putih bubur merah, bahan2 yang diperlukan adalah :
4 cawan beras
6 air secukupnya
4 cawan santan pekat
secubit garam
2 helai daun pandan
2 cawan gula merah (saya guna 4 keping gula kerek/nisan)
Cara2
Bersihkan beras dan masak dengan air secukupnya sampai lembut. kemudian asingkan sedikit untuk bahagian putihnya. Tambahkan gula merah, garam dan santan. Masak sampai pekat. Untuk bahagian putihnya, cuma tambahkan garam dan santan sahaja. Masak sampai pekat. Ketika menghidang, sendukkan bubur merah ke dalam mangkuk, kemudian tambahkan sedikit bubur putih. Sedia untuk disajikan.

NASI IMPIT GORENG
Assalamualaikum wbt..
Menu sarapan pagi yang sempoi tapi sedap... nasi impit goreng... Sebenarnya inilah kali pertama saya masak sendiri nasi impit goreng. Saya dah pernah makan benda ni, masa tu adik saya beli kat pasar malam Jalan Bacang, Kota Masai.. nak kata suka, takde la sangat.. cuma rasa pelik juga lah.. ada ke nasi impit digoreng?? Apa yang saya tau ada sejenis makanan goreng orang cina, dipanggil kueh lobak goreng.. lebih kurang macam nasi impit juga, tapi ada campuran parutan lobak putih di dalamnya. Kalau kena cara masak, memang sedap...
Alkisah terjadinya menu ni, sebab ada lebihan nasi impit.... mulanya nak masak rendang, hanya ada sekeping dada ayam kat dalam peti ais.. Jadi pikir punya pikir, saya masakkan nasi impit goreng...
Bagi suami saya, dia ok je.. sebab dia orang Johor.. dah pernah makan benda ni.. yang jadi masalah Ummi, Abah dan nenek.. boleh ke dia terima makanan pelik ni... hehhe.. Walaubagaimanapun, saya teruskan juga kerja masak2... kelentang kelentung, akhirnya... siap la nasi impit goreng saya.. walaupun cuma berencahkan isi ayam dan telur.......Walaupun sambil makan, pot pet pot pet dengan berbagai macam komen dan pertanyaan, licin juga...hehiiii....
NASI IMPIT GORENG
Bahan2
4 ketul nasi impit, dipotong2
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur ayam
1 keping dada ayam, potong kecil
kicap pekat
garam, gula dan serbuk secukup rasa
daun kucai - saya tak taruk
minyak untuk menumis
bahan2 kisar
2 sudu cili kisar - lebihkan jika suka lebih pedas
2 sudu udang kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan dada ayam, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sampai ayam masak, pecahkan telur. Kacau hingga kering, masukkan kicap, sesuaikan rasa.....tmbah mana yang patut...barulah dimasukkan nasi impit yang dipotong2. kacau rata2...kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang. Jika ada daun kucai, boleh tambahkan. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
nota : jika nak tambah udang/sotong- juga boleh.. ikut citarasa sendiri...

DAGING GULAI KICAP
Assalamualaikum wbt..
Resipi ini bonda saya yang perturunkan kepada saya... Bonda belajar dari ibu saudara merangkap nenek saudara saya belah abah... saya panggil Chek.. Chek ni berketurunan Cina, tapi sejak bayi lagi beliau dibela oleh keluarga angkatnya orang Islam.. bonda angkat Chek inilah yang beri tunjuk ajar cara masakan yang cukup simple, tapi sedap ini...Nama masakan ini ialah daging gulai kicap... Saya rasa inilah satu2nya cara masak lauk kicap yang paling mudah dan yang penting kelazatannya itu...
Okeh.. saya tak mau merepek banyak2... Saya tuliskan resipinya untuk kawan2 cuba.. Memang sedap, mudah dan jimat belanja.. Kalau mahal pun, daging aje.. ramuan lain sedia ada kat dapur.. tapi kalau jenis yang jarang masak.. mohon maaf ye. kena beli la bahan2 tu...
DAGING GULAI KICAP
Bahan2nya
1kg daging
3 labu bawang besar atau 10 biji bawang merah
5 tangkai lada merah (boleh ganti cili kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk kicap atau secukup kegunaan
3 keping asam gelugur
Cara2 membuatnya
Daging dipotong lebar2 tapi nipis.. Cuci dan toskan. Bawang besar, lada merah dan bawang putih dibakar atas api dapur berserta kulit2nya sekali sampai masak. Dah masak, kupaskan dan cuci. Masukkan bawang dan cili yang dibakar ke dalam blender bersama2 halia dan kisar lumat. (Resipi sebenar kena tumbuk je semua ni) Campurkan bahan2 kisar ke dalam daging dan campurkan juga kicap. Perap 10 minit. Masukkan ke dalam kuali, tambahkan asam keping dan masak sampai kering airnya dan semua bumbu meresap ke dalam daging. Kemudian baru ditambah air dan masak lagi sampai daging empuk.. Masak lagi sampai pekat.. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan.
Nota :
Selain lada merah, boleh gantikan dengan cili api atau cili kering. Jika menggunakan cili kering, cilinya tak perlu dibakar.. kisarkan terus bersama bawang2 yang telah dibakar.
Selamat mencuba

03 November 2012
KURMA AYAM
Assalamualaikum wbt...
Ada seorang sahabat tanya saya... Kak.... cmner nak masak lauk kurma ayam... saya pun cakap la... lebih kurang mcm masak kari gak.. tapi, gunakan serbuk rempah kurma.. pastu...guna susu cair.. kalau xde susu cair, letak sntan pun boleh.. bahan2 lain tu sama je dgn masak kari.. Cuma, lauk kurma kena masak biar pekat sedikit... baru lah sedap...
Dalam masa yang sama, saya berikan juga bahan2.. ya lah, orang nak belajar.... cakap lebih kurang... nanti tak faham.. dia cakap, tq kak.. kacang je ni..
Tup... tup...satu hari, sahabat saya ni masak la kurma ayam....Tiba2 dia call saya... Kak, nape lauk kurma ayam saya tak sedap? tak macam akak punya? akak bagi resipi tak betul eh??? Pulak dah, kita lak yang disalahkan... Ok, baik sini seketul, biar akak rasa, mana yang tak kena.... So, petang tu.. dia bawakkan saya semangkuk lauk kurma yang dia masak..
Ni dia kak.. saya tengok apa yang dikatanya lauk kurma yg dia masak dalam mangkuk tu.. ayam..saya rasa sikit... cuma rasa rempah.. tawar heber...pstu, saya tanya balik? nko guna susu cair ke santan? dia cakap.. saya tak letak dua2 tu. just guna rempah je.. tumis minyak sikit je.. kerisik pun tak tarok...tapi saya guna rempah kurma yg macam akak cakap.... naik angin saya dibuatnya.. dah memang terang2 dia tak ikut resipi...tp kita yang dipersalahkan???
okey.. kita tutup je la citer tu.. x guna kita bagi resipi bagus2.. kalau dia dah macam tu.. masak ikut kepala sendiri, pastu nk kompleh orang...heheh.. Resipi kurma ayam saya macam ni....
KURMA AYAM (bahan2 agak2 je.. semua kat sini dah terror masak ye..x susah sangat rasanya)
bahan A
1 ekor ayam, dipotong2
2 biji kentang, belah 4
2 tomato, dibelah 4
2 biji lada merah/hijau, dikerat 2 atau biarkan sebiji
1 biji bawang besar dibelah 4
1 tin susu cair atau santan secukup kegunaan
satu sudu makan kerisik
1/2 yoghurt tanpa perisa + air limau nipis
1 sudu tomato puree
sedikit daun ketumbar dan pudina
garam gula secukup rasa
4 sudu rempah kurma - saya guna cap Adabi, bancuh air panas
rempah tumis 4 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang dan pelaga)
minyak utk menumis
bahan2 kisar
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
cara2
panaskan minyak, tumiskan rempah tumis.. bila naik bau...campur bahan2 kisar.. diikuti rempah kurma...kacau sampai garing, masukkan ayam dan ungkepkan sampai kering air.. kemudian masukkan kentang, yoghurt, tomato puree. santan, garam gula, daun ketumbar dan daun pudina, garam serta gula...masak sampai empuk dan kuah pekat. akhir selai, campurkan cili, tomato dan bawang besar..
Selamat mencuba..

01 November 2012
GULAI SINGGANG IKAN AJI-AJI
Assalamualaikum wbt...
Masih dalam mood raya haji.. banyak sangat makan daging... kepala pula dan rasa pening.. sakit tengkuk.. hmmm... kena tukar menu hari ni.. Nasib baik ada ikan aji2 kat dalam freezer... Boleh la masak singgang...
Ikan aji2 ni memang sedap dimasak gulai singgang atau singgang... Sebenarnya abah saya yang selalu dok sebut gulai singgang... sebab dia memang suka ikan singgang ni... Tapi abah tak suka kalau lauk ni dimakan terus sebaik saja dimasak.. dia lebih suka lauk singgang yang dimasak pagi, makannya tengahari... Lepas tu, ada pulak sambal belacan dan ulam-ulam... Selain masak singgang, ikan ni boleh juga digoreng, dimasak kari, masak sweet sour dan lain2..
Di sini sharekan resipi masak gulai singgang ni...macam biasa je.. macam masak singgang tongkol... Hiris2, campak2.. Mendidih, tutup api...
Okey, ini resipinya
1 ekor ikan aji2, berat lbh kurang 1kg
1 inci lengkuas, hiris
1 inci kunyit, hiris
1 labu bawang putih,diketuk
1 sudu ketumbar, ditumbuk
garam dan serbuk perasa (jika suka)
Cili padi atau lada merah, sebiji2
Air secukupnya
4 keping asam gelugur
Cara :
Dalam periuk, masukkan air campakkan bahan2 hiris, ketumbar, asam keping dan garam. Bila mendidih, masukkan ikan. Bila ikan dah masak, kecilkan api dan renehkan selama setengah jam. Akhir sekali campakkan lada merah atau cili padi sebiji2.. Bila cili nampak dah layu, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Untuk pelengkap hidangan, sediakan sayur goreng, ikan goreng, ulam2an dan sambal belacan atau budu... Insya allah, kalau makan tak toleh belakang..
Selamat mencuba..
SUP TULANG MERAH
Assalamualaikum wbt..
Menu makan malam hari ini, masak sup tulang merah... hidangan ni sebenarnya popular kat Johor dan Singapore. Tetapi di sana, biasanya mereka menggunakan tulang gear box kambing. Tetapi saya ubahsuai sikit, kali ni saya guna tulang gearbox lembu....
Di sini, saya sharekan resipi sup tulang merah versi saya... versi simple tapi sedap.. simple sebab banyak bahan yang tak ada.. tapi tekak ni teringin nak makan... dan rasanya sedapppp.... Rugi pada siapa yang taknak cuba...
SUP TULANG MERAH
bahan2 A
2kg tulang gearbox lembu (kambing pun boleh)
Air secukupnya untuk merebus
2 inci halia, diketuk
2 batang serai diketuk
1 labu bawang putih, diketuk
bahan2 B
1 tin kecil tomato puree
4 biji tomato masak
4 biji kentang, dibelah 4
bahan2 utk menumis (dikisar lumat)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
2 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil jntan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang)
minyak untuk menumis
Cara2
Campurkan bahan2 A ke dalam periuk dan rebus sampai empuk. Kalau guna dapur gas, lebih kurang 2 - 2 1/2 jam. Kalau guna pressure cooker, lebih kurang 30 minit atau satu jam bergantung pd jenis pressure cooker yang digunakan. Dah empuk, keluarkan dari periuk, asingkan kuahnya. Sejukkan kuah untuk buang lemak yang beku.
Dalam periuk lain, tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan wangi. Masukkan tomato puree dan tomato masak. Kemudian masukkan tulang gearbox yang telah direbus tadi. Kacau rata, tuangkan air rebusan. Masukkan kentang, tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Renehkan sampai pekat. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan nasi atau roti. Semasa menghidang, taburkan daun sup, daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng.
Di bawah ni, resipi yang saya dapat dari internet.. Terima kasih kepada tuan empunya.. Mudahan pahala akan berpanjangan.
RESEPI SUP TULANG MERAH (BONE STEAK) - resipi dari blog NMY - House of Satay
Bahan2:-
1 kg tulang lembu /tulang kambing
1 senduk cili kering/cili boh
5 biji bawang besar- kisar
4 ulas bawang putih- kisar
1 inci halia- kisar
1/2 tin tomato puree
1/2 botol sos tomato
2 biji telur (kocok ngan garfu)- D x letak
2 sdb tepung gandum - D x letak
2 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sdb gula
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Hiasan - Hirisan kobis/carrot/lada hijau & bawang goreng
Cara membuatnya :-
- Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan.
- Tumiskan bahan2 kisar dan cili kering. Setelah naik minyak, masukkan tomato puree, garam dan gula.
- Masukkan tulang yg telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata.
- Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yg telah dikocok tadi.
- Ketika menghidang, bolehlah taburkan hirisan cili hijau,kobis, carrot dan bawang goreng
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 1 kilo tulang *- cuci bersih
- 3 helai daun pandan*
- 1 btg serai*
- 4 ulas bwg putih* -diketuk
- 1 ibu jari halia* -diketuk
- (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
- 2 sb ketumbar biji*
- 1 sb jintan kasar*
- 3/4 sb jintan halus*
- 1/2 sb lada hitam/putih*
- (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
- 10-15 tangkai cili kering
- 10 ulas bwg merah
- 5 ulas bwh putih
- 1 botol tomato sos
- 2 sb kicap manis
- kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
- 1-2 biji bwg besar - dibelah
- cili hijau - dipotong
- 2 biji telur - di kocok
- Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
- 1/2 cwn bawang goreng
- 1/2 cwn kacang peas -utk tabur
Cara-cara
- Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
- Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
- Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
- Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
- Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
- Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
- Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.
Bahan-bahan
Cara-cara - 1kg tulang kambing @ tulang lembu
- 1 senduk cili kering/ cili boh
- *5 Biji Bawang besar
- *4 ulas bawang putih
- *1 inci halia
- 1/2 tin tomato pure (440gm)
- 1/2 botol sos tomato (435gm)
- 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
- 2 sdb tepung gandum
- 2 sup bunjut tulang Adabi
- Garam secukup rasa
- 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
- Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
- Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
- Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
- Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
- Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
- Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
KARIPAP KEMBOJA
Assalamualaikum wbt..
Hari ni saya nak bercerita pasal karipap.. atau ada setengah orang panggil epok2.. Macam2 jenis karipap ada... ada karipap biasa, ada karipap pusing, ada karipap lapis.. Intinya pula berbagai2.. ada yang guna kentang, ada guna keledek.. ada inti sadin.. tak kurang juga inti telur...sekarang ni ada karipap daging nenas blackpepper..... Pendek kata, karipap tidak hanya berintikan kentang atau keledek sahaja, tapi dah berbagai2 jenis ikut citarasa masing2.
Sebut aje karipap, memang itulah kuih ni kegemaran saya sejak dulu.. almaklum la kan.. Ummi saya kerjanya buat karipap dari dulu sampai sekarang.. dari hantar ke kedai kopi, sekarang buat yang frozen pula.. bermula dari menggunakan kayu penggelek, lepas tu guna mesin mee yang kecik.. Masihku ingat. Jenama Ampia, buatan Perancis.. sekarang dah guna mesin yang lebih besar dan berkapasiti tinggi....dan hasil pengeluaran lebih banyak dalam tempoh yang singkat.
Sebenarnya saya nak kongsi satu resipi istimewa.. Kawan saya berbangsa Kemboja yang menunjuk ajar cara2 membuat karipap ini... Memang sedap sangat.... tengok la gambar saya ni.. montok2 gitu.. heheha

ok, saya sharekan resipi karipap kemboja ni dgn rakan2 di luar sana ya,,,Harap berkenan la dengan hasilnya nanti..., Terima kasih kepada sahabat saya Napisah Ibrahim yang sudi mengajar saya buat karipap tradisi keluarga beliau.
KARIPAP KEMBOJA MEK SAH
Bahan2
kulit
750
gm tepung gandum
4 sudu marjerin
1
biji telur dipukul kembang
1 1/2
cwn santan, masak hingga mendidih
Secubit
garam
Bahan2
inti
150
gm daging cincang
½
biji sengkuang, sagat halus (saya tambah)
1
biji kecil karot, sagat halus
2
biji kentang, disagat halus (saya tambah)
2
biji bawang besar, mayang halus
Rm1.00
suhun, direndam dan potong pendek
Garam
secukup rasa
1
sudu kecil lada hitam
1
sudu besar kicap manis
4-5
sudu besar sos lada hitam
Sedikit
serbuk perasa
Sedikit
daun sup dan daun bawang yang dimayang halus
Minyak
untuk menumis
3
ulas bawang putih dan ½ inci halia, dicincang halus
Minyak
untuk menggoreng karipap
Cara:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia
cincang sampai wangi, masukkan daging.
Kacau2 sampai daging berubah warna..kemudian masukkan bawang besar, lada
hitam, kicap manis, sos lada hitam dan serbuk perasa. Kacau rata2.. Selepas itu, masukkan kentang,
sengkuang, karot dan akhir sekali suhun.
Kacau hingga semua sayur dan suhun masak dan kering. Sejukkan.
Untuk menyediakan doh.
Gaulkan tepung dengan marjerin, garam dan
telur hingga peroi. Kemudian
masukkan santan panas sedikit demi
sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut.
Bentukkan jadi bebola kecil dan gelek nipis. Isikan inti dan kelim tepinya sepertimana
membuat karipap biasa. Setelah semua
siap, bolehlah digoreng hingga masak.
Selamat
mencuba.
30 October 2012
MASAK-MASAK RESIPI ORANG LAMA
Assalamualaikum wbt..
Selamat bertemu kembali... dipetang yang sejuk dingin.. Musim tengkujuh dan mendekat... Angin sepoi2 bahasa.. time2 gini kalau ambik bantal terus Zzzzzzzz je.. lagipun dah kenyang.. mudah aje lah nak terlelap....
Satu lagi entri yang terbengkalai... dek kerajinan tuan punya blog..heheh
Saja nak menonjolkan bunga kunyit... kalau petai, semua dah kenal....macam2 boleh dibuat dengan petai tu... wat masak sambal udang, sambal bilis.. buat jeruk.. buat ulam gitu aje ataupun rebus cicah budu..
Sebenarnya ulam bunga kunyit ni sedap rasanya.. Nak huraikan tentang khasiat, saya tak berapa tau.. yg saya tau rasanya sedap bagi penggemar ulam-ulaman eksotik macam saya... Memang dah jadi kegemaran saya sejak dulu...heheh
Banyak pulak lauk hari ni.. Ermmm... ada ikan yu...masak gulai kunyit lengkuas.. ada kerabu pucuk paku, ikan bakar tawar pun ada.. budu lagi.. dannnnn.. ulam bunga kunyit dan petai..
bendi rebus pun ada.. Bagi yang nak berdiet, harap maaf ye... tak berapa sesuai, sebab kalau makan hidangan ni, sure nasi akan bertambah dua pinggan...
Kerabu pucuk paku dengan isi ikan yu yang dibakar tawar... Sedap juga.. Kata Ummi, kerabu ni, arwah nenek abah yang selalu buat... kiranya resipi turun temurun la ni.. Kena wat pedas2.. Cuma tumbuk cili api, udang kering dan belacan. Isi ikan yu tu dibakar dan dipotong kecil2.. Lepas tu gaulkan dengan pucuk paku yang dah direbus.. Campur juga daun kesum, bawang merah mayang dan halia yang dimayang. Kemudian perahkan limau nipis.. Siap untuk disajikan.
Gulai ni Ummi yang masak.. Apa yang saya tengok, dia cuma tumbukkan kunyit, lengkuas, halia, ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah...Campurkan ke dalam santan dan tambahkan asam keping juga garam.. Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan.. Bila ikan dah masak, dicampakkan lada merah... Biar mendidih seketika, baru diangkat.
Selamat Mencuba..
Selamat bertemu kembali... dipetang yang sejuk dingin.. Musim tengkujuh dan mendekat... Angin sepoi2 bahasa.. time2 gini kalau ambik bantal terus Zzzzzzzz je.. lagipun dah kenyang.. mudah aje lah nak terlelap....
Satu lagi entri yang terbengkalai... dek kerajinan tuan punya blog..heheh
Saja nak menonjolkan bunga kunyit... kalau petai, semua dah kenal....macam2 boleh dibuat dengan petai tu... wat masak sambal udang, sambal bilis.. buat jeruk.. buat ulam gitu aje ataupun rebus cicah budu..
Sebenarnya ulam bunga kunyit ni sedap rasanya.. Nak huraikan tentang khasiat, saya tak berapa tau.. yg saya tau rasanya sedap bagi penggemar ulam-ulaman eksotik macam saya... Memang dah jadi kegemaran saya sejak dulu...heheh
bendi rebus pun ada.. Bagi yang nak berdiet, harap maaf ye... tak berapa sesuai, sebab kalau makan hidangan ni, sure nasi akan bertambah dua pinggan...
Kerabu pucuk paku dengan isi ikan yu yang dibakar tawar... Sedap juga.. Kata Ummi, kerabu ni, arwah nenek abah yang selalu buat... kiranya resipi turun temurun la ni.. Kena wat pedas2.. Cuma tumbuk cili api, udang kering dan belacan. Isi ikan yu tu dibakar dan dipotong kecil2.. Lepas tu gaulkan dengan pucuk paku yang dah direbus.. Campur juga daun kesum, bawang merah mayang dan halia yang dimayang. Kemudian perahkan limau nipis.. Siap untuk disajikan.
Gulai ni Ummi yang masak.. Apa yang saya tengok, dia cuma tumbukkan kunyit, lengkuas, halia, ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah...Campurkan ke dalam santan dan tambahkan asam keping juga garam.. Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan.. Bila ikan dah masak, dicampakkan lada merah... Biar mendidih seketika, baru diangkat.
Selamat Mencuba..
MASAK-MASAK HARI SEMALAM
Assalamualaikum wbt
Macam ni la kalau tinggal di kampung.. masakan hari2 pun lauk kampung je.. Jarang sekali nak beli sayur sawi, kobis, kailan dan lain2 tu.. kalau nak masak mee atau mihun, baru la dibeli... bukan apa... sayur sekarang ni tak tahan lama.. kalau beli, kena terus masak.. nak simpan 2 atau 3 hari kat esbok tu.. mmg lps tu jadi habuan cik tong la.. kalau setakat layu2 aje, ok gak.. tp dah busuk dah... jadi lebih baik makan sayur kampung je... Pucuk ubi, tak payah beli.. memang pohon ubi ditanam untuk diambil pucuk aje.. pantang nampak ada pucuk baru, mula la gatal tangan nak memetiknya.... Cuma putik jagung aje yang saya beli, sebab tak ada ladang jagung... dan cendawan sisir pun dah mahal dah... nampaknya lepas ni boleh angkut kayu getah letak kat laman rumah.. buat ternak cendawan sisir.. hehehe
Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan... tapi baru hari ni berpeluang menayang kat sini.. sian eh.. Saya sibuk...
Tapi tu la kan, sayur jeriat jagung @ jagung muda, kulat sisir (cendawan kukur, setengah orang panggil cendawan nasi) pun dah mahal harganya... Kebanyakan sayur kampung macam ni yang jadi pilihan saya kalau ke pasar atau pasar tani..
Jeriat jagung ni saya beli yang masih fresh... belum dibuang kulitnya...baru dipetik, terus dijual.... satu ikat RM1.00.. Saya beli sampai 5 ikat.. Lagipun, sayur ni, bila dah dibuang kulit, tinggal ciput aje... Saya buat masak lemak putih.. Biasalah, campurkan dengan segenggam bilis, santan satu biji kelapa, satu biji bawang besar dan 2 biji lada hidup.. Saya guna lada solok.. Sbb lada solok kat sini, lebih tahan berbanding lada merah... Masak lah macam biasa. Sebenarnya, kalau campur dengan kacang panjang dan terung, lagi sedap sayur lemak putih ni...
Ini pulak, cendawan sisir.. Satu cawan harganya RM5.00.. mmg mahal giler..... minggu lepas, harganya cuma RM3.00... saya tak beli, sebab terasa mahal... rupa2nya kali ni lebih mahal... tapi sebab saya tengok cendawan ni masih baru dan elok, saya pun beli juga la....Tak apa la kan... sian juga orang yang mencari cendawan ni... bukan senang...musim2 hujan, berperang dengan pacat.. pastu mungkin ada kawan2 yang menjalar tu.. hihi.. seram eh...
Untuk satu cawan cendawan ni, saya campurkan 5 biji telur, 1 biji bawang besar dan 1 biji lada solok yang dimayang.. Lepas tu campurkan dengan satu sudu kicap sotong.. Kacau rata2, gorengkan sepertimana menggoreng telur dadar biasa. Sebelum tu, cendawan ni kena cuci betul2.. campurkan garam dan ramas2kan.. masukkan ke dalam penapis, bilas di bawah aliran paip air sampai hilang lekitnya.. baru sedia untuk digunakan...
Biasalah, kalau takde sambal belacan, tak lengkap hidangan saya.. Untuk satu lesung cili padi, saya bubuh satu sudu belacan, setengah sudu kecil garam, 3 sudu gula pasir.. Tumbuk sampai lumat.. Perahkan sebiji limau nipis dan campurkan 2 biji pelam muda yang disagat halus. Gaul rata2.. Siap..
Hmmm... ikan goreng cuma ikan kembung... goreng garam kunyit je...
Inilah pucuk ubi yang telah saya rebuskan... Masih kekal hijau kan? Ada petua nak bagi kekal warna hijau tu.. Pucuk ubi kena basuh dulu.. Mula2 jerang air sampai mendidih, bubuh sedikit garam. Masukkan pucuk ubi dan masak sampai lembut.. Lepas tu, air panasnya dibuang.. Ganti dengan air sejuk.. Bilas lagi dibawah aliran paip air.. Baru ditoskan. Kalau nak makan dengan kuah pecal, perahkan kering2.. Yang ni, saya cuma nak hidang dengan sambal belacan aje.. So, begitu aje lah..
Selamat mencuba...

29 October 2012
PERUT @ BABAT AIR ASAM
Assalamualaikum wbt
Biasanya babat @ perut lembu boleh dipelbagaikan masakan, masak lemak cili api, dicampur ke dalam gulai kawah, dibuat sup campur dengan daging dan tulang...digoreng campur lada hitam.. dibuat kerabu dan lain2.. Lain tempat lain cara masaknya... Yang paling syiok... perut @ babat dengan air asam.. Ada banyak jenis babat @ perut ni.... yang selalu kita jumpa kat pasar ialah perut tuala dan perut kitab...tapi yang paling best (tp banyak kolesterol), perut masam dan perut muda (usus)...
Ada bermacam2 cara dan petua nak bersihkan babat biar jadi putih... Ada orang rendamkan ke dalam air panas, kemudian lumur kapur sirih.. Kikis dengan pisau sampai bersih.. Gaulkan tepung gandum yang dicampur air asam jawa.. Perap beberapa ketika sebelum dicuci lagi sampai betul2 bersih. Satu lagi petua, ambik daun pisang dan ramas2kan sampai hancur.. Kemudian gaul dengan babat dan uli2 seperti mencuci kain... Lepas tu bilas bersih2.. Mudah kan...
Dalam satu mangkuk... macam2 jenis babat@ perut ada.. ada perut tuala, perut kitab, perut muda dan perut asam... Dah siap digaul air asam... Sedia untuk dimakan... yeay....
Saya buat air asam mudah je.. Tumbuk cili padi, belacan dan garam.. Perahkan limau nipis banyak2... jangan guna limau kasturi, sebab kurang masam.. Tambah cuka pun boleh.. Pastu tambah tomato dan bawang hiris. Gaulkan dengan babat...
Boleh juga guna air asam jawa yang dicampur cili padi dan hirisan bawang.. Tapi jangan lupa belacan. Ada orang suka tambahkan gula.. tapi saya suka yang masam2 pedas aje..

SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK
Assalamualaikum wbt..
Masih dalam mood raya... dan masih ada sedikit lagi lebihan daging korban.. ada juga tulang rusuk dan babat.... Hmmm... pagi2 lagi dah mula masak lauk singgang ni... untuk hidangan tengah hari.. Ye la kan, lauk singgang ni, kalau masak lebih awal.. baru mesra rasanya.. Lagipun kalau masak lauk bersantan dan berempah, dah lalu nak telan dah... Asyik dok makan daging je.. sana sini, semua daging...heheh...
Kali ni masak singgang pedas... Masak macam masak singgang biasa, tapi taruk cili kering.. Yang ni saya masak guna cili serbuk je.. Cili kering pun guna gak.. tapi cuma dipotong2 dan dicampurkan ke dalam singgang...
Jom layan resipi singgang ni.. Lain orang, mesti lain caranya kan.. Ini cara saya.. Masak singgang pedas tulang rusuk...
SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK
Bahan2 ikut kuantiti tulang yang nak dimasak
Tulang rusuk + daging
Asam keping
Air secukupnya untuk merebus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan2 ditumbuk kasar-kasar atau dihiris2
Lengkuas, kena lebihkan
Halia
Kunyit hidup
Bawang putih, kena lebihkan
Bawang merah
Cili kering, separuh dikisar, separuh lagi digunting halus2
Ketumbar biji
Cara2
Masukkan daging, tulang dan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan dagingnya empuk. Dah empuk, masukkan bumbu yang ditumbuk kasar tadi, asam keping dan garam secukup rasa. Renehkan atas api kecil hingga bumbu meresap ke dalam daging. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih.
nota : Kalau nak masak singgang putih yang biasa, tak perlu masukkan cili kering. Cuma tambahkan cili padi atau lada hidup sebiji2...

BERAYA KAT RUMAH PAK CIK
Assalamualaikum wbt.
Masih sempat lagi menziarah saudara mara... Kami pergi ke Kelantan, rumah adik abah...menziarah isteri arwah pakcik yang baru meninggal.. Kebetulan tiba dah waktu tengah hari... kami dijamu nasi dengan daging korban... Masak singgang dan goreng kunyit. Ada sedikit sayur.. Tapi sayang, tak sempat nak snap gambar.. Asyik bercerita, terlupa segala... Maklum, lama tak jumpa...
Kemudian singgah pulak rumah adik bongsu abah... dijamu makan lagi... Kali ni, dijamu dengan satey.. satey ayam dan daging... Fuh!! tak terlarat dah nak makan.. cuma jamah je la, takut tuan rumah kecik ati...
Satey ayam.. sepinggan penuh
Satey daging... pun banyak juga...
Jamah je la sikit2... lagipun ada tempat lagi yang nak singgah... Walaupun tiap2 hari makan satey, kena rasa juga satey orang lain.. boleh buat perbandingan... Lagipun, kena amik kira jugak.. mana tau dapat buat satey yang lebih sedap lagi...
Itu ajelah.. cerita jalan-jalan cari makan kami di hari raya ke dua.. Terima kasih kepada tuan rumah yang baik hati... Semoga jumpa lagi di tahun hadapan...
28 October 2012
SINGGANG PEDAS IKAN DARAT
Assalamualaikum wbt.
Ikan puyu ni adalah hasil pancing sibujang sulung... Beliau memang suka mancing.. kalau dapat ikan, lagi la dia suka... Jenuh gak nak menyiang, ikannya dah le kecik2.. banyak sisik pulak.. tapi untuk tidak menghampakan, masak la jugak... Ye la, sesekali kena layan juga minat anak2... Selepas aktiviti menyiang, ikan puyu ni nak kena gaulkan dengan abu dapur dan daun senduduk yang diramas2.. tujuannya adalah untuk membuang lendir dan hanyir ikan. Lepas tu, dicuci bersih dan digaul dengan perahan asam limau sebelum dicuci sekali lagi...
Di sini, saya kongsikan resipi singgang pedas ikan darat... kalau orang luar sebut asam rebus.. tapi ada sedikit perbezaan dari segi bahan2nya...
Bahan2
ikan darat (puyu, haruan dan terbo)
daun kesum
Asam keping buah kandis (rasanya manis2 sedikit)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
bahan2 tumbuk
sedikit lengkuas, halia, kunyit hidup dan ketumbar biji
bawang putih dan bawang merah
cili kering
Cara
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya. Campurkan asam keping kandis dan didihkan. Dah didih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kesum. Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.