27 March 2012

KUIH BANTAL BURUK


Satu lagi kuih tradisional Terengganu/Kelantan.. kuih bantal buruk..

Kuih kegemaran Ummi.. tapi tak ramai generasi sekarang yang pandai buat kuih ni termasuklah saya.. Di sini saya sediakan resipi dan cara2 menyediakan kuih ni. Tapi bahan2nya kena agak2 sendiri, sebab saya tengok Ummi buat, tak ada sukatan..pakai agak2 je..

KUIH BANTAL BURUK

Bahan kulit (dadar)
Tepung beras
Santan
secubit garam
Telur

Cara :
Campurkan semua bahan dan jadikan dadar.

Intinya
Labu air, diparut halus dan perah buang airnya (boleh ganti dengan betik mengkal yang diparut halus)
Santan secukup kegunaan
Isi ikan bakar tawar
Bawang merah, bawang putih dan halia
garam gula secukup rasa
sedikit lada hitam - jika suka
sedikit laksa cina @suhun


Cara :
Masak santan campur bawang putih, bawang merah dan halia sampai pekat. Campurkan isi ikan, lada hitam dan garam dan gula secukup rasa. Campurkan dengan labu air dan akhir sekali suhun. Kacau sampai kering. Sejukkan.

Bahan-bahan kuah
Santan secukup kegunaan
sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
secubit garam
gula ikut citarasa
hirisan halia dan bawang merah
sedikit halba

Cara :
Campur semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. Hendaklah dikacau selalu supaya tidak berkerak atau mendak.


Cara menyediakan kuih:
Ambil sekeping dadar, isikan sedikit inti dan gulung. Boleh juga digulung seperti kuih ketayap atau popia. Hidangkan dengan kuah yang telah disediakan.

26 March 2012

NASI AIR @ BUBUR BERLAUK


nasi air ringkas..cuma ada ikan bilis goreng dan hirisan daun sup + daun bawang..

Kalau berkunjung ke negeri Kelantan atau Terengganu iaitu di daerah saya Besut, banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan nasi air. Bahkan di pasar2 malam pun ada dijual. Ada pelbagai versi nasi air, iaitu nasi air daging, nasi air ayam dan nasi air ikan bilis.

Nasi air yang berasal dari negara jiran (Thailand) sebenarnya nasi yang dimasak lembek dan dicampur dengan kuah sup, ditabur dengan hirisan ayam atau daging, perut, daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada sulah dan juga ikan bilis goreng. Ditambah dengan cili jeruk dan lobak masin sebagai pelengkap rasa. Semua dilonggok dalam satu mangkuk dan sangat berbeza dengan bubur berlauk yang saya selalu makan di Johor.

Bubur berlauk di Johor ialah bubur nasi yang dihidang dengan kangkung belacan, sambal tumis, ikan masin, telur masin, lobak masin, kacang goreng dan ikan bilis goreng. Lauk pauk lain juga boleh ditambah ikut citarasa sendiri.

Oleh itu, kalau berkunjung ke Pantai Timur, jangan lupa menjamah hidangan nasi air yang unik ini.

Selamat mencuba..

21 March 2012

CENDOL


Cendol ni sedap dimakan waktu cuaca panas atau bulan puasa.. Kat daerah saya ni, cendol mudah diperolehi.. Kat pasar tani, pasar besar atau pekan sehari.. ada je yang menjual cendol. semuanya Melayu dan dipelopori oleh kaum wanita!! memang tak akan rasa was2 la kalau nak beli cendol.

Cendol ni sedap dimakan dengan pati santan campur air nissae (gula melaka atau gula merah). Kalau nak tambah pulut, jagung, cincau, kacang merah, buah kabung atau sagu.. terpulang.. ikut ler selera masing2 ye...Kalau kena ramuan dan lemak manisnya, memang sedap.. Nak hidangkan sejuk, kena tambah kiub ais... Makan gitu saja pun sedap juga..

Alkisah cendol ni diperbuat daripada tepung beras, air daun pandan dan air kapur.. Dikacau atas api sederhana hingga betul2 masak baru boleh dimasukkan ke dalam acuan cendol dan di"teran" ke dalam bekas berisi air sejuk.

SINGGANG ASAM PEDAS IKAN BULAN



Tak tau kat negeri lain dipanggil ikan apa ye.. Ikan ni jenis banyak tulang, bersisik dan rasanya lemak..Saiznya pun besar2 la juga... tp tak sebesar ikan merah atau tenggiri.. yang saya beli ni cuma satu kg seekor dan harganya pun amat murah..

KEK BODO-BODO



Dah siap, tak sempat nak deko2 lagi.. tak sabar nak makan...

Lama betul saya tak berblogging... ni dah bulan Mac 2012.. apa nak jadi ye... sebenarnya mood nak berblogging tak jadi masalah, cuma masa yg tidak mengizinkan... Malam ni, teringat lak nak "menyohor" kek hasil kerja anak bujang... beria2 betul nak wat kek sendiri, maka menjadilah kek yang kupanggil kek bodo2 ni..