31 March 2011

LONTONG KERING

Sarapan pagi kat Restoran SASA, Pasir Gudang.. Erm.. sedap sangat....Tengoklah apa yang kami makan..

yang ni hubby punya..



Lontong kering ni kalau aksesorinya cukup.. memang sedap... Lebih sedap dari lontong berkuah..

29 March 2011

KEMBAR SEIRAS


Mana satu Fahim?? mana satu Fahmi?


yang pakai baju putih tu pengasuh sikembar, jiran depan rumah (Mas) juga ada sepasang anak kembar.. tapi kembar tak seiras..


bila dipanggil, kedua2nya toleh....erm.. nama pun kembar kan..

Sikembar dua beradik ni, anak cikgu sebelah rumah.. Rupanya seiras betul..susah nak bezakan.. Erm.. namapun kembar kan.. Sebenarnya kat pangkin ni, tempat diorang lepak2... sesekali saya pun join sama..

NASI GULAI KAWAH KAT KEDAI KAK WAN


yang ini saya yang punya... lauk gulai kawah, acar kobis dan sambal...


hubby dah gemar lauk gulai kawah..

Hari2 terakhir sebelum meninggalkan Pasir Gudang.. Lunch berdua dengan hubby kat kedai Kak Wan.. makan nasi putih lauk gulai kawah...sebelum balik siap salam2 dengan Kak Wan, tokey kedai.. rupa2nya suami dia pun sekapal dengan saya.. orang Besut gak.. hehehe..itula padahnya kalau mulut tak reti diam.. semua nak tanya.. hehe

28 March 2011

SAMBAL TUMIS IKAN AYA , SAYUR GORENG DAN IKAN PEKASAM


ikan aya...masak sambal tumis..


ni je yg ada serba sikit... campur sekali.. goreng rencah udang kering je.


ikan pekasam... goreng campur cili padi dn bawang..

Sambil kemas2... luangkan masa, masak kejap.. perabihkan stok lauk pauk yang ada.. Tinggal dua hari je lagi.. Lepas tu, good bye la Pasir Gudang.. Goodbye Johor... Kalau ada kesempatan..datang sebagai pelawat.. hehehe

MAKAN SOTO PAK ABU


dah tak sabar nak makan..


Banyak urusan hari ni.. mula dengan urusan tukar sekolah anak.. urusan bank, tukar kad.. pergi Tesco.. beli susu dan pampers anak.. Sedar tak sedar dah 12.30 tengahari.. patut la perut semacam je.. hehehe..Dalam perjalanan balik, singgah kat kedai makan Pak Abu di Kampung Pasir Puteh.. makan mihun soto.. Soto kat situ memang tersohor la... Selain tu ada rojak tauhu.. mee rebus.. tapi segan la nak snap gambar banyak2... pelanggan penuh kat kedai tu..

BUBUR BERLAUK


bubur nasi + kentang, karot n ayam...


ayam masak blackpepper.. versi saya... cuma tumiskan halia, bwg putih, masukkan ayam dan black pepper.. tambah juga kicap n sos tiram..akhir sekali potongan lada dan bawang besar... siap..


kailan + brocoli goreng belacan


klu takde ni... tak syok makan bubur...ikan sepat masin goreng + bawang dan cili padi...

Menu orang sakit gigi.. Makan bubur jer.. Tak kisahlah kan.. janji kenyang...

26 March 2011

WAJIK DURIAN


Kalau kat tempat saya, dipanggil nasi manis.. tapi kat Johor ni diorang panggil wajik.. Beza cuma pada nama.. wajik atau nasi manis dibuat menggunakan bahan yang sama.. Pulut, santan dan gula melaka.. Wajik dipotong serong cantik2, manakala nasi manis dicedok guna sudu.. sebab sangat manis dan agak berair sedikit.. Tapi dua2 ni memang kegemaran saya..

Nak tahu kenapa saya buat wajik ni.. sebab semalam ada lebihan pulut.. Pengat pun ada sikit.. budak2 dah taknak makan.. jadi saya panaskan kuah pengat tu dan tambahkan gula melaka sampai pekat.. Saya masukkan pulut dan kacau sampai kering.. Kemudian taruk dalam dulang, alas daun pisang.. Dah jadi wajik saya.. Kejap je dah licin dikerjakan dek anak2..

Haa.. jangan ikut cara saya buat wajik ya..Nak makan sendiri ok, wat bisness..JANGAN CARI PASAL... kang tak laku, jangan dipersalahkan ya..

Sebenarnya kalau nak buat wajik, guna pulut yang dikukus.. baru sedap.. Kemudian, masak santan pekat dengan gula melaka (nisae) sampai naik minyak, baru dimasukkan pulut.. daun pandan sekali.. garam secubit jangan lupa.. supaya pulut rasa lebih lemak.. Kemudian terus dikacau sampai kering dan tak melekat kat kuali... Dah siap, bolehlah diratakan atas dulang dan potong cantik2 ketika menghidang..

IKAN SELAR SAMBAL LIMAU PURUT & SUP TAUHU DAN KEKACANG



Hari ni, masak simple2 saja.. Sebab tengah sibuk mengemas rumah.. Tinggal beberapa hari saja lagi.. Tapi masih banyak yang belum siap.. Aduhai... cukup masa, perut mintak diisi.. Mau tak mau, kena masak juga..

IKAN SELAR SAMBAL LIMAU PURUT
Bahan-bahan
4 ekor ikan selar, digaul garam kunyit dan goreng garing
4 helai daun limau purut
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit kunyit dan halia
1 biji buah keras
2 sudu cili kisar
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Cara2 membuatnya
Bawang putih, bawang besar, halia, kunyit dan buah keras dikisar halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan cili kisar, kacau lagi sampai garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Tambah sedikit air dan masukkan ikan serta daun limau purut. Masak sampai pekat dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.

SUP TAUHU CAMPUR KEKACANG

Bahan-bahan
2 keping tauhu, dipotong dadu kecil
6 batang kacang panjang, potong serong
1/2 batang lobak merah, potong bentuk bunga
1 biji kentang, potong dadu panjang
sedikit suhun dan fucuk yang telah direndam
sedikit daun sup dan daun bawang yang dimayang halus
1 biji cili hijau, dihiris halus
1 biji telur
1 kiub pati ayam Knorr
minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dan bawang putih yang dimayang

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang2 yang dimayang hingga kuning. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan campur sekali kentang dan lobak merah. Bila kentang empuk, campur semua bahan satu persatu. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba..

PISANG TANDUK GORENG


Ini le pisang tanduk yang beli kat Pontian semalam.. Pisang tanduk ni, kalau yang masih mentah, sedap dibuat kerepek dan kalau yang mengkal2 gini.. buat pisang goreng..



Pisang tanduk goreng, cecah sambal kicap.. Dulu2 saya tak reti makan pisang goreng dengan sambal kicap.. Sekarang, kalau takde sambal kicap... macam ada yang tak kena.. Sambal kicap yang kick, guna cili padi kampung dan bawang putih yang digoreng.. Lepas tu kicap cap kipas udang..

BELIMBING BULUH JERUK, PETAI DAN SAMBAL TEMPOYAK


Gara2 tiga benda ni.. habis diet malam ni.. makan nasi jugak.. hihi


yg ni pulak.. belimbing buluh jeruk yang buat semalam.. dah jadi pun.. rasanya sedap, masam2 manis..(sebab saya taruk gula lebih sket)


yg ni.. sape tak kenal kan.. PETAI, beli masa dlm perjalanan balik dr Tanjung Piai.. murah je.. 4keping RM2.00...tp saiznya cenonit betul...huhu


ni sambal belacan durian, wat petang tadi..mudah je nak buat dia.. tumbuk cili padi dgn belacan, cmpur isi durian, tmbah garam dan gula sket. Gaul rata2.. siap...

Layan gambar je lah ya.. Resipi dah tulis sebelum ni.. Malas la, nak tulis lagi..

PENGAT DURIAN + PULUT



Dalam perjalanan balik dari Tanjung Piai.. ada banyak gerai jual buah2an... Saya cuma tertarik pada pisang tanduk...Along & Angah sibuk mintak durian.. mau tak mau singgahla juga beli durian, pisang tanduk, ubi kayu dan petai..

Isi durian, saya buatkan pengat dan makan dengan pulut.. Lepas tu, saya buatkan sedikit sambal tempoyak + belacan yang Mai bagi... sedap.. Gara-gara makan pengat durian, saya cuti makan ubat hari ni..

KUNJUNGAN KE TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

Hari Sabtu 26/3/2011. Kami sekeluarga berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai...Sebenarnya inilah niat hati saya, yang telah saya suarakan kepada suami..sebelum berpindah balik ke kampung, saya ingin menjejakkan kaki ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia iaitu Tanjung Piai.. Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi.. tiba jam 11.30 pagi.. Almaklum, sebab tak biasa ke sana.. jadi jalan pelan2 je.. takut tersesat.. tapi beberapa kali juga kena patah balik sebab terlepas pandang signboard.. Alhamdulillah, setelah sampai... dah ada penyambut tetamu menanti kehadiran kami.. Siapa lagi.. sang monyet ler..





bermulanya di sini

Setelah beli tiket masuk, kami mula meneruskan perjalanan mencari lokasi mercutanda penghujung Selatan Tanah Besar Asia.. Tak ada pengawal yang menemani perjalanan kami.. Cuma kami berlima beranak saja... Perjalanan sejauh 529 meter, meredah hutan paya bakau yang sunyi sepi... Hanya dengar deruan ombak di pantai berdekatan.. Kami berjalan di atas jambatan kayu yang panjang.. Disepanjang perjalanan, bermacam2 perasaan timbul... takut, gayat, seram pun ada... Nasib baik air surut, kalau paya tu dipenuhi air, tak dapat kaki ni nak melangkah weiii.. sebab saya ni gayat!! tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan..






berenti rehat, setelah penat berjalan kaki sejauh 5.29 meter..




ini dia... globe yang menjadi mercutanda penghujung benua Tanah Besar Asia Tenggara di Tanjung Piai


dahpun sampai...wallaweh... aku dah mula terasa gayat.. masa ni baru teringat Tsunami kat Jepun.. Saya sekarang berada di atas Selat Johor..


dah dekat...


along dengan angah dah tak sabar....


hanya 87 meter saja lagi untuk sampai ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia atau dikenali juga Penghujung Benua Asia


penghuni setia kat sini... itulah sebabnya mengapa pelawat tak dibenarkan membawa makanan...


banyak siput sedut (siput belitung) kat dalam paya bakau.. takde air, sbb tu nampak siput sedut bertaburan.. siput besor2 ni buleh makan tak ek??


ada wakaf untuk berhenti rehat.. setiap wakaf diberi nama binatang yang ada di sini..



dalam perjalanan... merentas hutan paya bakau.. nasib baik takde air.. huhu





ni kat mercu tanda Tanjung Piai... lambang pokok piai... korang tau tak?? pucuk pokok piai sedap dimakan..



amik gambo le dulu.. sunyi sepi je tempatnya.. masih dlm proses naik taraf..


cuba tengok betul2.. apa yang tertulis kt signboard ni... betapa keistimewaan diberi pada penghuni rimba ni.. pengunjung tak boleh ya..


setibanya di Tanjung Piai.....

25 March 2011

JERUK BELIMBING BULUH



Belimbing buluh ni pemberian jiran sebelah.. Jadi saya buat jeruk.. Saya belajar buat jeruk dari Kak Zie, kawan ofis.. Thanks Kak Zie, coz sudi kongsi cara2 buat jeruk ni.. Mudah2an menjadi. Dah tak sabar nak makan dengan nasi..macam hari tu.. Sedap banget..

Cara2 membuat jeruk belimbing buluh

Belimbing buluh, dibersihkan dan rendam air kapur 2 jam. Lepas tu cuci dan toskan. Masukkan dalam balang plastik (kaca pun boleh), tambahkan sedikit garam, gula dan cuka. Tak perlu banyak2 sebab belimbing ni akan mengeluarkan air. Peram selama satu hari satu malam.. Bila dah bergaul rata, simpan dalam peti ais supaya lebih tahan lama)


jeruk belimbing buluh dah jadi.. dah boleh makan. makan gitu aje pun sedap, makan dengan nasi pun sedap.. Jika suka pedas, penyet2kan cili api ke dalam kuah jeruk..

Selamat Mencuba..