28 February 2011

UDANG MASAK SERAI, TELUR KICAP DAN PECHEL SAYUR

Tengah siap2 nak mula masak, ada tetamu.. bukan orang lain pun.. kawan satu ofis... datang bawak PC dia.. mintak hubby betulkan.. Lepas dah selesai, barulah mula masak.. Masak ringkas2 aje.. Lagipun dah lewat.. Biasanya sebelum magrib, dah selesai masak.. Lepas magrib jer dah boleh makan..

Resipi udang masak serai ni olahan saya sendiri, taruk apa yang ada... Cuma hiriskan bawang putih, serai dan sedikit halia.. Tumis sampai wangi. Masukkan serbuk cili, kacau kejap, masukkan udang. Tambah la apa yang kurang. Akhir sekali, hirisan cili dan bawang besar.


udang masak serai


telur kicap.. goreng telur mata lembu, tuangkan kicap jer. Angah makan nasi sampai dua kali tambah..


pechel sayur, pembuka selera..

LONTONG KERING


sepinggan lontong kering dan semangkuk bubur caca, untuk santapan ku...


bubur caca, pun memang tak puas hati dengan kualitinya... Takde keladi.. keledek pun kurang.. Tapi oklah.. sebab tak terlalu manis..


nasi impit... memang fail habis.. keras dan berderai biji nasi..nasib baik tengah lapar..


serunding kelapa ni pun tak ok... sepatutnya dia berderai sedikit..


rendang ayam, pun boleh tahan juga lah..


sambal kacanng.. sedap dan sesuai dengan citarasa..


sambal goreng ni sedap... kata bos kami.. tapi saya tak puas hati,,, sebab bahan2 banyak yang tak cukup.. Macam sayur goreng biasa jer..


air minuman - manggo juice.. Tak boleh tahan lho.. tapi airnya manissss sangat!!



Orang yang dirai..Mohd Afif bin Mohd Hussin (duduk tengah)

Menu-menu yang ada dalam gambar adalah ditempah khas di Kafeteria syarikat bagi meraikan pelajar praktikal yang menamatkan latihan hari ini... Menu yang menjadi kontroversi dan telah berjaya menaikkan tahap BP aku.. yang memang dah sedia tinggi ni..Memang hangin betul dibuatnya...Grrrr....

NASI KERABU.. SARAPAN KAT OFIS



Ni sarapan pagi tadi.. Beli kat kantin jer.. Dari segi rasa, kureng laa... Masih banyak yang perlu diperbaiki.. Dari segi rupa, memang OK sangat.. Nampak le nasi kerabu tu.. tapi tak kick arr... Takde bau nasi kerabu pun..

Teringat masa kecik2 dulu.. Nasi kerabu kosong jer wat sarapan pagi.. Yang ada cuma sambal nyior, air lada dan ulam-ulaman.. Harga pun murah, baru 30 sen.. Pastu naik 50 sen.. pastu naik lagi... Tak kisah la.... Tapi sedapppp sangat...Bila buka bungkusan jer, naik aroma dia.. dah kenyang pun jadi lapar..

27 February 2011

HARUM MANIS


First time wat kuih ni.. Sedap juga.. tapi fail.. sebab mula2 ingat nak kukus dlm paper cup, tapi saiz paper cup lebih besar dari acuan.. jadi saya kukus terus pakai acuan.. dah masak....melekat ler pulak.. mahu tak mahu...hidang jer terus dgn acuan-acuan sekali.. Nasib baik hubby n anak2 makan kuih ni, tak buang sekali acuannya.. kalau TIDAKKKK......

Resipinya saya goggle kat Cik Mat Gebu.. Terima kasih Cik Mat ya.. mudah2an bertambah lagi rezeki Cik Mat tahun ni.. Aminn..

BOKO UBI NISAE A.K.A GULA MELAKA


kalau bab nak deco makanan biar jadi cantik.. memang saya fail...cuma ceduk dan tuang kuah santan.. snap gambar dan makan....

Kuih ni dibuat pada minggu lepas.. tp baru teringat nak upload kat sini.. Kalau sebelum ni, guna perahan pandan dan gula pasir, kali ni aroma pandan, tp guna nisae.. Resipi dan cara membuatnya, sama jer.. Cuma tukar, gula kepada gula melaka.. Kedua-duanya sedap, kalau kena lemak manisnya..


yang ini, encik suami yang punya...

Selamat mencuba..

26 February 2011

LAKSA LEMAK A.K.A LAKSA KELATE


bahan utama, mestilah laksa.. takde laksa kebok, laksa rebus pun jadi ler... boleh wat lepas kempunan..


kuah....biar pekat2 gitu.. baru syok....


yang ni pulak, sambal cili padi, cili kering + belacan + garam, limau kasturi... kalau ada limau nipis, lagi kick.. kalau xde sambal ni, baik takyah makan laksa...


aksesori untuk laksa...yang ada cuma timun, taugeh, bunga kantan, daun selasihku sayang....(kalau daun kemangi, baru bertambah kick giler...) kacang panjang takde, terlupa nak beli.. huhu


semangkuk laksa, sedia untuk di isi ke dalam perut.....

Menu tengah hari ini.. laksa kuah putih.... Laksa lemak atau laksa kelate... sama dan serupa... Resipi laksa ni, ummi punya... buat pun senang, makan pun kenyang.. Jom layan resipinya...

PULUT PAGI A.K.A PULUT MANIS GAUL KELAPA

Sarapan pagi ini..pulut manis gaul kelapa.. ada orang panggil pulut pagi juga.. ada yang panggil pulut cawan.. dipanggil pulut cawan sebab diacu ke dalam cawan kecil.. Ada juga yang guna acuan kuih tu... macam2 lah.. Pulut ni, rasanya manis yang tak berapa manis, makan dengan kelapa parut yang lemak2 masin gitu.. Ermm... salah satu favret saya ni.. dan sekarang dah jadi fevret suami dan anak2 pula... sampai licin periuk dikerjakan.. hehehe

SAMBAL SOTONG RINGKAS



Lauk makan malam tadi.. Sotong jer.. Mula2 nak makan kat luar jer.. tapi memandangkan medan selera kat Kip Mart baru tu, penuh sangat...Ada cabutan Mega rupanya... jadi, selesai shopping, balik ajer lah.. Kelentang kelentung kat dapur, cuma masak nasi, tumis sotong dan panaskan sup baki tengah hari.. Ermm... ok lah...

Resipi masak sotong pun, takde sukatan.. agak2 jer.. tu pun ketuk dah hiris jer.. Mula2 ketuk bawang putih, serai dan daun limau.. Kemudian tumis sampai kuning, tambah cili kisar sket. Pastu campur sotong yang dah dihiris2.. Tutup sekejap, biar sotong jadi putih. Pastu garam sket, jus limau dan kacau. Akhir sekali, campurkan bawang besar hiris.. kacau kejap.. Dah siap...

25 February 2011

SUP ALA SIAM, TELUR BISTIK CENDAWAN

Sepatutnya hari ini, saya menghadiri kelas kek fondant kat Kolej Komuniti, Pasir Gudang, tetapi disebabkan suami belum selesai bayar saman, terpaksa la saya pospone... Semalam dah satu hari menunggu untuk bayar saman kat Balai Polis Central, JB tapi baru pukul 4.15 dah offline.. jadi pulang dengan tangan kosong.. huhu...

Jadi, sambil kemas rumah yang sememangnya dah tak boleh nak kemas, cuci baju..saya masak ler untuk makan tengah hari..cuma sup tulang ala thai, telur bistik cendawan dan sawi goreng.. Cukup la tu... masak banyak2 jenis pun, nanti tak habis..


SUP ALA SIAM

Sebenarnya tulang gearbox ni dah lama saya rebus dan saya frozenkan.. sebab tu, saya masak ekspress jer hari ni...Semasa merebus, saya ketukkan halia, serai dan bawang putih. Hari ini, untuk tambahkan aroma,saya cuma ketukkan bawang putih, halia dan cili padi. Tumis sekejap hingga naik bau, masukkan tulang gearbox beserta air rebusannya dan tambah garam secukup rasa. Saya juga tambahkan sedikit lada hitam ke dalam sup. Saya campurkan juga karot, sebab anak2 suka makan karot..terutama, sikecik saya... Last sekali, hirisan bawang besar, celeri dan tomato. Tabur daun ketumbar dan perahkan limau nipis ketika menghidang.. Dah jadi sup ala siam saya..


TELUR BISTIK CENDAWAN

Untuk telur bistik cendawan pula, biasa lah...mula2 gorengkan telur dadar dulu... Saya buat dadar kosong jer, sebab anak2 tak suka bawang. Kemudian saya tumiskan, bawang putih, halia, cili padi dan daun limau purut.. Tambahkan cendawan, sos cili, sos tomato dan sos tiram.. Sesuaikan rasa... perlu ada rasa masam, manis, pedas dan tidak terlalu masin..Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.. Akhir sekali, hirisan bawang besar dan lada hidup.. Dah siap..

Selamat mencuba

24 February 2011

SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL A.K.A IKAN AYA

Masa sekolah dulu, belum pandai makan dan masak sambal ikan tongkol.. Sebab selalunya ummi masak singgang atau gulai jer...saya pandai makan ikan tongkol masak sambal ni masa tinggal di Dungun, Terengganu. Masa tu, beli nasi lemak kat satu warung makcik tu dan lauknya ialah sambal ikan tongkol. Pelik juga, sebab tak pernah makan... sebab selalu ummi masak sambal bilis jer untuk nasi lemak, tapi bila dah makan, alohai.... tiap2 hari mesti nak makan nasi lemak ikan tongkol. Saya pun bukan pandai masak sambal ikan tongkol ni.. dah macam resipi saya cuba, hinggalah saya bertemu dan kenal baik dengan jiran saya warga Thailand, yang berkahwin dengan orang jati Terengganu.. Pertama kali saya makan lauk sambal ikan tongkol dia, memang sedap.. apa lagi, terus minta dia ajar saya macam mana nak masak sambal ikan tongkol yang sedap..

21 February 2011

TAUHU SUMBAT

Hari yang sangat memenatkan.. tak tau kenapa, nak kata kerja banyak kat ofis, tu biasa jer.. takde la stress sangat.. yang pasti, untuk makan malam ni... masakan sempoi... nak makan kat luar, rasanya dah hilang selera.. kalau oder pun benda yang sama gak.. makan pun kat kedai yang sama gak.. jadi, masak le kat rumah jugak.. hehehe... Nasi dah masak, tauhu sumbat dah siap.. tetiba, gas pulak abis... Huhu, bila gas dah sampai.. goreng ikan je la.. Nak masak lauk lain, dah malas.. Ok la tu, kira seimbang la jugak kan.. ada ikan, nasi dan tauhu.. sumber sayur dan protein gak..


tauhu sumbat kuah kacang... yang ada cuma timun dan karot.. jadi sumbat jer laa...
kuahnya pulak, cuma gorengkan cili padi, bawang putih dan belacan. Tumbuk lumat, campur air asam dan sedikit gula merah. Masak sekejap kat atas dapur, dah mendidih, taruk kacang tumbuk...siap..


ikan selayang goreng... menu wajib ni.. klau takde ikan goreng, budak2 taknak makan nasi.. diorang makan nasi dengan ikan goreng dan kicap aje... kalau tak makan nasi, ratah ikan goreng jer.. nak wat cmner, janji makan...

GULAI TELUR CAMPUR UDANG DAN ACAR TIMUN


cuma kupas timun, hiris dan campur dengan cili merah, karot yang dimayang halus, bawang besar mayang, sedikit gula, garam dan cuka. Gaul rata2 dan hidangkan.


lebihan kuah gulai ikan tongkol.. saya masukkan telur rebus dan udang..

KELAS PENGHASILAN COKLAT


bahan-bahan yang digunakan


cikgu kami, Puan Harlina Sani


cuba buat sendiri.. ada bakat tak??


masukkan dalam piping bag, supaya mudah dimasukkan ke dalam mould..


coklat yang cikgu demo kat kami...


macam2 ada...


cantik....


sesuai dijadikan hadiah...




hasil kerja kumpulan kami...cantik tak??




hasil kerja peserta-peserta lain

Inilah salah satu aktiviti saya pada hujung minggu atau hari minggu.. belajar apa sahaja yang boleh menjana pendapatan.. Pada 20hb Februari 2011, saya join Kelas penghasilan coklat tahap 1, anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang.. memang best.. walaupun ramai peserta, tapi puas hati.. Bukan saja yuran murah, tapi boleh bawa balik coklat lagi.. lepas ni tak perlu susah2 nak beli coklat lagi.. Sekarang dah boleh buat sendiri..

19 February 2011

NASI DAGANG RAJA BERANGKAT


hidangan nasi dagang hari ini, gulai ikan tongkol, acar kubis dan sambal nyior


dah sedia untuk disantap..

Dah lama saya tak masak nasi dagang. Selalu masak gulainya aje dan makan dengan nasi putih. Tapi hari ini, macam teringin nak makan nasi dagang. Kebetulan suami ada kat rumah dan sikecik pun tak buat hal sangat.. sempatlah saya masak nasi dagang untuk hidangan tengahari ini. Saya masak yang mudah2 saja, nasi dagang raja berangkat, gulai ikan tongkol, sambal nyior dan acar kubis..

Saya panggil nasi dagang raja berangkat sebab saya tak kukus pun nasi dagang ni.. almaklum, nak makan cuma dua orang dewasa.. anak2 tak berapa suka sangat.. Cuma tanak terus dalam periuk, macam masak nasi lemak. Alhamdulillah, sedap juga..

18 February 2011

KIMCHI KOBIS A.K.A ACAR KOREA


kimchi yang dah siap diperap.. sedia untuk dimakan.. rasanya.. erm... macam acar kobis jer.. boleh la...


adunan tepung beras... campurkan satu sudu tepung beras dengan secawan air dan masak sampai mendidih dan pekat. Sejukkan.


ramuan untuk kimchi. halia, bawang putih, daun bawang, daun kucai (saya tak taruk) bawang besar, semua diracik halus. Campurkan ke dalam adunan tepung beras. Tambahkan juga sedikit garam, udang kering yang ditumbuk halus, gula dan serbuk cili.


kubis panjang, dibelah 2, dicuci dan dibubuh garam ke dalam daun selapis demi selapis, masukkan ke dalam bekas dan bubuh sedikit air. kemudian diperap satu malam. kemudian cuci sekali lagi untuk membuang garam dan toskan. Bubuhkan ramuan kimchi ke dalam setiap helaian kubis dan peram lagi selama 8 jam dalam suhu bilik, selepas itu barulah disimpan di dalam peti sejuk.

Percubaan pertama buat kimchi.. Resipi goggle kat internet.. banyak sangat versi, tapi saya dah olah sendiri, ikut citarasa....

KETAM BERCILI a.k.a SINGAPORE CHILLI CRAB




Chilli crab memang popular kat negara seberang iaitu Singapore. Ketam yang digunakan ialah ketam bangkang.. Memang mahal harga ketam ni, sebab isinya memang banyak dan sedap pula.. Ini sebenarnya menu malam Ahad lepas. Kami sekeluarga pergi ke Pasar Borong Smart, bersebelahan Carrefour, Johor Bahru. Kebetulan nampak ketam, suami suruh belikan dan masak Chilli Crab. Saya masak Chilli Crab Singapore style.. Ermm.. memang sedap dimakan panas2. Resipi untuk Chilli Crab, senang saja.. saya tengok rancangan Chef In Black di Singapore.. Jadi resipinya, saya ikut cara diorang masak la.. tapi agak2 jer lah sebab masa tengok rancangan tu, tak salin pun resipinya. Tapi lebihkurang macam ni:-