Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
29 November 2010
PINDANG TAPAI UBI
Kebetulan ada tapai ubi yang saya buat sendiri, jadi teringin pula nak makan pindang tapai. Kali ni baru betul, berbaloi2 sebab tapai ubi yang saya buat besar2 dan tidak hancur bila dimasukkan ke dalam kuah. Untuk resipinya, senang ajer..
Bahan-bahan
Tapai ubi secukupnya
santan secukup kegunaan (saya gantikan dengan susu segar)
secubit garam
daun pandan
1 biji telur - jika suka
Gula ikut manis (jika tapai dah manis, tak perlu taruk gula)
Cara-cara membuatnya
Campurkan santan, secubit garam, gula dan daun pandan yang disimpulkan. Masak hingga mendidih. Telur dipukul hingga kembang. Celupkan tapai ke dalam telur dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Kacau sebentar dan angkat.
nota : biasanya saya akan celupkan tapai telur dan gorengkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Pindang tapai ini sedap dimakan sejuk atau suam2.
Selamat mencuba.
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
Saya penggemar ikan air tawar, tapi tak pernah makan ikan mayong. Saya menggemari asam pedas ikan mayong ni sejak mengandungkan anak ke3, Akhmal. Sejak itu, saya suka beli dan masak ikan mayong ni. Resipi kali ini, adalah resipi makcik saya + kawan ofis.. dia taruk buah keras dalam ramuan asam pedas. Selain untuk menambahkan lemak, kuah asam pedas pun nampak cantik dan memikat selera mata memandang..
Bahan-bahan
1kg ikan mayong
daun kesum, dipetik daunnya sahaja
bunga kantan, dibelah 2
1 sudu besar asam jawa, perah ambil airnya
minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam dan serbuk perasa secukup rasa
bahan-bahan kisar
segenggam cili kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing, Masukkan ikan diikuti dengan air asam jawa sedikit2. Tutup periuk sebentar, tambahkan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Renehkan hingga ikan masak dan sesuaikan rasa.
nota :
Untuk menghilangkan hanyir, ikan mayong hendaklan dicuci dan direndam dengan air asam jawa + tepung gandum. Perap 1/2 jam sebelum dicuci sekali lagi hingga betul2 bersih. Ada orang menggunakan perahan air limau nipis untuk memerap ikan. Terpulang cara mana nak buat, yang penting, bau hanyir ikan mayong boleh dihilangkan dan sedap dimakan.
Dalam masakan asam pedas, boleh ditambah bendi, terung, buah tomato dan juga sawi jeruk. Kali ini, saya taruk terung bulat. Oklah juga rasanya.
nota : terlupa nak snap gambar sebab nak cepat. kebetulan rumah ada tetamu, jadi sebaik saja siap masak, terus dihidangkan..

26 November 2010
PIZZA UNTUK ANAK-ANAK
Malam tadi, anak2 nak makan pizza, tapi oleh kerana kepenatan, pagi ini baru dapat buat.. itupun banyak bahan2 yang tak cukup... Campak2 jer apa yang ada kt dapur...janji dapat tunaikan permintaan anak2.. Resipi ini saya intai kat Myresipi tapi ada buat ubahsuai sikit..ikut selera sendiri.. Alhamdulillah, berbaloi2 sebab diorang betul2 makan..
Bahan-bahan untuk doh pizza
750 gm tepung gandum
1 paket mauripan
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air suam secukupnya
Cara-cara
Campur semua bahan dan uli hingga lembut dan tak lekat di tangan. Tutup doh dengan kain lembap, dan perap hingga naik dua kali ganda. Tumbuk2kan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Canai nipis2 dan letak dalam dulang pembakar. Gliskan permukaan doh dengan sedikit minyak zaitun. Sapukan topping dan bahan-bahan taburan. Akhir sekali cheese. Biar doh naik sekali lagi sebelum dibakar hingga masak.
Untuk topping pizza :
1 tin kecil tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
sedikit oregano
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak zaitun
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji bawang putih, dicincang halus
Cara Membuatnya
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai layu. Masukkan tomato dan tomato puree. Masukkan air secukupnya dan tunggu sampai mendidih. Tambah garam, gula dan oregano. Masak sampai pekat. Sesuaikan rasa dan angkat. Sejukkan sebelum digunakan.
Bahan-bahan taburan, dihiris halus
5 keping sosej ayam
10 keping crab stick
1 tin nenas
1 tin kecil sardin, buang kuahnya dan hancurkan isinya (lebih sedap digantikan dengan tuna)
1 paket cheese (guna keju mozarella lebih sedap)
1 biji bawang besar, dipotong bulat2
1 biji capsikum (saya tak guna)
Oregano - jika suka lebih perisa
Itu saja, bahan-bahannya. Walaubagaimanapun, terpulang kepada citarasa dan kreativiti masing-masing untuk membuat pizza.
Selamat mencuba..
TAPAI UBI
Alhamdulillah, experimen kali pertamaku menjadi... tapai ubi yang sedap dan manis rasanya.. Ubi kayu ini adalah pemberian jiranku orang Sarawak.. katanya ubi ni tak sedap direbus sebab ubi dah tua. Kalau dibuat kuih boleh lah..
Pada mulanya, cuma nak makan boko ubi kayu..tapi terfikir pula, ada ragi apa kata cuba wat tapai... lagipun kalau beli tapai ubi kat sini, RM1.00 satu pek kecil, sekali ngap dah abis...Lalu, malam tu juga, terus telefon ummi, tanya macamana nak wat tapai ubi. boleh ke ubi yang dah tua dibuat tapai.. Ummi cakap, cuba dulu...tapi ada baiknya wat pengat atau kuih boko ubi...mana tau kot2 wat tapai tak menjadi... maklum, kerja tapai menapai ni banyak pantang larangnya..
Tapi keinginan untuk mencuba membuak2 kat dadaku ini.. So malam tu juga kerja2 membuat tapai ini bermula.. Siap tabur ragi dah jam 12.00 mlm.. Fuh, nak tunggu ubi tu sejuk, ngantuk giler...Dan sebelum tabur ragi kat ubi rebus tu, saya baca selawat 3 kali. Ini petua atok saudara supaya tapai cepat menjadi dan manis rasanya. Esoknya, jam 12.00 mlm juga, dgn hati yang berdebar2...saya cuba buka bungkusan kain pembungkus tupperware yang saya guna untuk peram tapai.. bau macam manis.. alhamdulillah, dgn tak sabar2nya.... ambil seketul dan makan... manis!!! yahoo!!! tapaiku menjadi!!
Bahan-bahan
2 ketul ubi kayu - anggaran 1 1/2kg
suku biji ragi tapai (saiz sebesar duit 50 sen)
Cara-cara
Ubi kayu dikupas kulit dan dibersihkan. Kena buang semua kulit, luar dan lapisan dalamnya. Potong2 ikut saiz yang dikehendaki. Kalau nak buat tapai, ubi tu kena cuci betul2. Kena kikis2 dengan pisau supaya hilang semua selaput ubi. Kemudian rendam ubi selama satu jam atau lebih. Didihkan air, masukkan ubi. Rebus sampai masak, tapi jgn sampai lembik macam nak makan ubi rebus. Cucuk dgn garpu dah lembut, bolehlah toskan airnya. Kemudian sejukkan. Kena tunggu ubi tu betul2 sejuk, baru ditabur ragi. Masukkan dalam bekas bertutup rapat. Bungkus dengan kain dan simpan ditempat gelap. Selepas dua atau tiga hari, dah menjadi la tapai ubi. Saya buat tapai ni satu hari setengah dah jadi..
Selamat mencuba...
25 November 2010
KERABU SOTONG DENGAN SUHUN
Satu lagi hidangan ringkas kegemaran family saya ialah kerabu sotong. Tapi kali ini saya campurkan dengan suhun. Ringkas2 saja. Campak2 apa yang ada kat peti ais. Janji secukup rasa yang dikehendaki..
Bahan-bahan
4 ekor sotong saiz sedang
100 gm suhun, direndam
1 pokok daun ketumbar, dihiris-hiris
1 biji cili merah, dihiris halus
1/2 biji bawang besar,dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus
2 biji tomato, dihiris halus
1 senduk kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
1 senduk air limau nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sos nampla, jika suka
1 cawan air
Cara-cara Membuatnya
Sotong dibersihkan dan dipotong2. Boleh dipotong bulat atau memanjang. Saya buat bentuk bunga.. Didihkan satu cawan air, campurkan sedikit garam dan serbuk perasa. Masukkan sotong, tapi jangan terlalu lama. Cukup untuk masakkan isi sotong sahaja. Toskan. Dalam air rebusan yang sama, masukkan suhun. Masak hingga suhun kembang dan lembut. Toskan dan campur ke dalam sotong tadi. Campurkan juga bahan-bahan yang dihiris halus. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dengan bawang putih. Campurkan garam, gula dan serbuk perasa. Keluarkan dari lesung, campurkan air limau dan sos nampla. Kacau rata2. Campurkan ke dalam suhun dan sotong tadi. Sesuaikan rasa dan hidangkan. Ketika menghidang, taburkan daun ketumbar.

24 November 2010
TOM YAM, AYAM GORENG KUNYIT DAN KAILAN BELACAN
Dah lama tak masak tom yam.. jd malam ni, sempat la masak tomyam ayam yg simple saja.. boleh laa untuk hidangan keluarga malam ni.. Makan panas2 dengan nasi putih.
Ada sekeping lagi isi ayam dan juga sedikit hati dan pedal ayam, saya potong kecil2 dan goreng kunyit, campur sedikit hirisan bawang putih dan serbuk halia. Nampak dah garing, saya campurkan hirisan bawang besar, lada merah dan daun bawang.. Itu aje..
Ini pula, kailan goreng belacan.. tapi agak lecur sebab sibuk siapkan bahan2 untuk tomyam.. Jadi lengkap lah menu makan malam saya sekeluarga malam ni.. Untuk dapatkan resipi tomyam, boleh rujuk post saya yang telah lepas.
Selamat Mencuba...

KUPANG REBUS CECAH AIR LADA
Petang semalam masa balik kerja, ada orang jual kupang dekat depan pintu pagar kilang. Bukan orang lain pun, pekerja syarikat juga.. Saya pun belilah juga..kupang masih fresh yang diternak sendiri.. Jadi, balik rumah terus merebus kupang dan siapkan air lada nya..
Saya dapat tips dari En. Salleh, penjual kupang.. katanya kalau nak rebus kupang, cuma ketukkan halia dan bawang putih. Tapi saya tambahkan sedikit halia. Taruk sedikit air dan masukkan kupang. Tutup periuk dan masak sampai mendidih dan kulitnya terbuka. Dah siap untuk dihidangkan. Jadi, hidangan makan malam ialah kupang rebus cecah air lada dan sedikit sayur goreng.. Selebihnya, saya kopek isinya dan simpan dalam freezer.. Mana tau kot2 esok nak masak sambal.
AIR LADA UNTUK CECAH KUPANG
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
5-6 biji limau kasturi, perah airnya
3 sudu makan cili sos (untuk pekatkan)
Cara Membuatnya
Tumbuk kasar cili dan bawang putih. Keluarkan dari lesung, campurkan garam, gula, cuka, air limau kasturi dan sos cili. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

22 November 2010
KOCI PULUT HITAM
Tengah terfikir-fikir, apa menu untuk minum petang..sebab penyakit M besar dah datang.. tiba2 terdengar suara bagi salam.. Owh, rupa2nya adik iparku menghulurkan sepiring kuih koci.. Koci pulut hitam.. Alhamdulillah, tak payah la buat apa2 lagi.. tinggal bancuh air tea o je.. hihihi..
Macam-macam cara orang buat kuih koci. Selain pulut hitam, ada yang campurkan labu atau keledek dengan cara merebus labu atau keledek hingga empuk, kemudian dikisar sebelum digaul dan uli dengan tepung pulut hingga jadi doh yang lembut. Teknik membungkus kuih koci pula macam2.. ada yang buat bentuk kun (macam dalam gambar), ada juga yang bungkus macam nasi lemak dan ada yang suka kuihnya terjegil kat luar.. hehehe

Bahan-bahan untuk membuat kuih koci (resepi ni lebih kurang sama dgn kuih onde2 atau puteri mandi)
Adunan kuih
1 paket Tepung pulut (500 gm)
100 gm tepung pulut hitam (boleh gantikan dengan tepung jemah)
1 sudu kecil air kapur
2 cawan santan cair atau secukup kegunaan + secubit garam
Bahan-bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih (kelapa kulit hijau, isinya masih lunak dan manis)
secubit garam
daun pandan, disimpulkan
gula melaka secukup manis
Bahan-bahan untuk salut
Pati santan, dimasak sampai pecah minyak (boleh gunakan minyak masak)
Daun pisang untuk membungkus - dipotong 6 " persegi, lap kering2
(sebaiknya daun pisang dilayur kat api atau jemur kat panas matahari supaya tidak pecah semasa membungkus)
Cara membuatnya
Mula-mula sediakan inti. Campur semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga kering. Sejukkan. Untuk adunan, campur semua bahan dan uli jadikan doh. Ambil sedikit adunan buatkan bebola, isikan sedikit inti. Letakkan dalam daun pisang dan sudukan sedikit pati santan. Bungkus kemas2. Kemudian dikukus sampai masak. Sedia untuk dihidangkan.
nota :
ada orang tidak suka taruk pati santan, mereka lebih suka oleskan sedikit minyak masak sebelum membungkus koci.
Selamat mencuba..
nota :
ada orang tidak suka taruk pati santan, mereka lebih suka oleskan sedikit minyak masak sebelum membungkus koci.
Selamat mencuba..
21 November 2010
KERUTUK DAGING
Hari ni masak kerutuk daging.. daging korban yang dapat masa raya haji aritu.. hehehe.. Lauk kerutuk ni adalah masakan tradisional Kelantan/Terengganu.. Ada rempah khas yang digunakan untuk memasak kerutuk.. Cara memasak sepertimana memasak kari atau kurma, cuma kuahnya lebih pekat dan ditambah kerisik.
Terung ni pula saya campakkan ke dalam kerutuk daging yang sedang dimasak.. Dah empuk isinya, saya keluarkanlah sebab suami tak suka makan terung.Ini pula acar timun + nenas + kobis. Untuk potong lemak daging... Lagipun lebih menyelerakan jika dimakan dengan nasi putih dan lauk kerutuk.
Selamat mencuba..
BURGER
Hari ini adalah hari Cuti Umun sempena hari Keputeraan Sultan Johor.. Pagi2 lagi dah bersarapan berat.. Sekali sekala, tak mengapa.. Burger saya buat ni takde special sangat, cuma rotinya yg nak dibanggakan... sbb roti buat sendirilah katakan..
Alkisah sebenarnya, burger ni plan asal utk makan malam..tp, aksesori tak cukup.. kena tunggu suami balik dari kerja dulu..Tunggu punya tunggu, anak2 pula dah terbongkang.. So, postpone le pagi ni..
So, tengok2 la resipi roti sebelum ni ya.. Untuk dagingnya pula, biasalah beli ready mix, keluaran Ramli Burger.. Masa goreng dagingnya tu, saya cuma tambahkan black pepper jer.. takde taruk apa2 macam kt stall burger tu.. Macam2 saya tengok, maggi seasoning le, serbuk kari, jus limau, kicap cair lagi.. Bila makan jer, yang rasa cuma masin... Itu sebab saya lebih suka buat sendiri burger kat rumah..
Bila nak dimakan, baru la taruk sos cili, sos tomato atau mayonis/sos thousand island.. hiasannya cuma hirisan timun, bawang besar, lettuce (saya guna kobis manis), tomato dll. Tak lupa sedikit hirisan timun jeruk..beli readymix kt pasaraya.. Nyum..nyum...
Selamat mencuba..
BURGER ROCK a.k.a PAU SAMBAL
Teringat masa baru lepas SPM, tolong Ummi berniaga di kantin sekolah. Masa tu, ada sorang isteri cikgu yang mengajar kat sekolah tu buat kuih2 jualan. Salah satunya ialah Pau sambal ini. tapi kakak tu tak panggil pau sambal, dia panggil "Burger Rock"!! hebat, burger pun dah jadi rock juga.. hehehe..
Bila saya berhijrah ke negeri Johor ni, jumpa lagi kuih ini.. dengan tambahan hiasan timun dan daun salad..tapi kat sini dipanggil pau sambal atau donat pedas..
Alkisah sebenarnya, ini ialah bun goreng yang saya buat tengah hari tadi. Jadi petang ini saya cuma siapkan sambal tumis dan isikan ke dalam bun goreng ni. Jadi la hidangan pau sambal untuk hidangan petang ni..
Selamat Mencuba.

20 November 2010
BUAT ROTI LAGI....
Hari ini, buat roti lagi.. tapi hari ni versi lain pula.. buat ban goreng, ban manis isi planta dan roti burger....
Ban goreng, plan asal nak wat roti manis goreng tapi adunan ni tak manis pun..jadi gentel je bulat2 dan goreng.. Boleh nanti dibelah dua dan isikan inti sambal tumis atau sardin...
Roti berger ini pula untuk makan malam nanti.. Dah janji dgn anak2 nak makan burger.. Daging berger dah beli dah.. Cuma roti nya yang takde..
Ini ban manis isi planta.. Sedap dimakan panas2..
Adunan untuk ban goreng.. Gentel kecik2 aje, tapi bila digoreng jadi besar gedabak!!!
Ini pula ban manis isi planta + gula.. tunggu masa masuk oven..
Yang ini pula untuk roti berger.. Buat kecik2 tapi jadi besar gedabak pula.. Ngam2 la dgn saiz daging burger tu..
Resipi kali ini, lebih kurang jer dgn post saya yang telah lepas.. Cuma kali ini adunan lembut sket.. Satu kilo tepung saya dapat 8 biji roti berger, 9 biji ban manis isi planta dan 15 biji ban goreng.. Berbaloi2 kan.. Hahaha, lepas ni semua kedai roti tutup le.. sebab saya dah pandai wat roti sendiri.. hehehe
RESIPI ASAS ROTI
Bahan-bahan
1 kg tepung
1 paket mauripan
2-3 sudu makan planta (saya guna buttercup dlm tin)
1 cawan gula
1 sudu makan bread softener
1 camca teh garam
1 1/2 mug air suam (klu kurang boleh tambah)
Cara-cara
Campurkan air suam, gula, garam, planta, bread softener dan mauripan ke dalam mangkuk adunan. Taburkan sedikit tepung gandum dan kacau rata2. Kemudian campurkan semua tepung dan uli hingga tak lekat ditangan. Rehatkan doh selama 1 jam atau naik dua kali ganda.
Kemudian diuli sekali lagi sebelum dibentukkan kecil2 mengikut kesukaan sendiri. Boleh isi inti atau dibiarkan kosong. Rehatkan doh sekali lagi sebelum dibakar atau digoreng.
Selamat Mencuba

MAJLIS PERNIKAHAN ANAK DUA PUPU
Majlis pernikahan ini berlangsung pada hari Sabtu lepas iaitu pada 13.11.2010 bertempat di rumah pengantin perempuan di Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru. Akad nikah berlangsung pada jam 10.30 pagi. Tahniah untuk pasangan pengantin, Fadhil Azhar bin Mazlan Azhar dengan Dezana binti Zainudin... Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
Kedua-dua pengantin sebelum akad nikah berlangsung.. Tok Kadhi sedang memberi nasihat kepada pasangan pengantin. Selesai akad nikah, ada adat penyerahan tanggungjawab.. Penyerahan anak perempuan kepada suaminya oleh bapa pengantin perempuan kepada menantu, penerimaan tanggungjawab pengantin lelaki dari bapa mertua, nasihat ibu pengantin perempuan kepada anaknya dan penyerahan kepada suaminya.. Menitis airmata ini mendengar bait2 kata yang dilafazkan..Pengantin lelaki, Fadhil Azhar.. sebelum akad nikah...
Mak pengantin lelaki.. kupanggil Kak Yah. Wang Hantaran dipersembahan dalam bentuk cek, difremkan cantik.. Jumlah wang hantaran RM11,100.00.. gitu le lebih kurang... Majlis pernikahan ini dibuat secara sederhana, tetapi semua berprestig... Cincin pertunangan dan pernikahan disarung selepas akad nikah selesai...
Pelamin yang simple, tetapi menarik..kombinasi pink dan putih...romantik gitu... sesuai dengan kedua2 pengantin yang kecil molek..
Gubahan Wang Mas Kahwin RM22.50 tunai......dibuat last minute.. maklum, keluarga pihak lelaki datang dari Kemaman, Terengganu.. Bertembung dua adat yang berbeza, Johor dan Terengganu... Nasib baik, saya dan adik beradik bersuamikan orang Johor dan dah lama menetap di Johor..tahu serba sedikit adat perkahwinan orang2 sini...
Sebelum beredar pulang, kami wakil rombongan pengantin lelaki dihidang dengan nasi apa ntah.. macam nasi beringin/nasi gurih (ada serunding ditabur atas nasi), lauk ayam masak merah, gulai daging dan acar timun + nenas. Buah tembikai dan tembikai susu, digubah cantik dalam dulang besar, kuih seri muka dan agar2 lapis.. tapi tak sempat nak snap gambar.. sebab ramai sangat orang kat tempat buffet tersebut.. Lagipun, segan laa... semua hidangan disediakan oleh LC Katering, lengkap dengan "Kendarat/Penanggah" atau orang Kelantan panggil "Jong Kako".
Souvenir/cenderahati dari tuan rumah pun cantik2 dan mahal2.. tapi tak sempat nak snap gambar juga.. masuk kereta dah berkecai..tinggal bekasnya aje..
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk kedua pengantin. Majlis besar-besaran akan diadakan pada tahun 2011. Tungguuuuuu....................
MAKAN KFC
Dah separuh jalan, baru teringat nak snap gambar... KFC ni kegemaran Along dan Angah.. termasuk Ayah nya juga... Ice Cream Milo tu Along yang punya..
Adik Akhmal pun nak makan juga.. maklum, baru bangun tido.. orang sibuk dok nengok persembahan kat pentas, dia tidur kat pangkuan Ayah..
Saja je tepek gambar ni.. buat kenang-kenangan. Angah diraikan sebab cemerlang dalam Matematik.. sebenarnya tak sangka anak Mama ni pandai juga...Alhamdulillah, walaupun tak dapat tempat pertama dalam kelas, tapi peratusnya meningkat.. Semua dapat A, kecuali Bahasa Malaysia jer yang dapat B..

SUP GEAR BOX
Menu tengahari ini ialah sup gearbox.. takde lah special sangat..tapi buang duit makan kat luar, baik masak sendiri.. berbaloi2.. beli gearbox baru RM7.00 sekilo..makan pun puas hati.. Amacam??Bagi pelengkap hidangan, cuma masak sayur kubis goreng. Ada sedikit sambal belacan, baki semalam dan ulam.. dah cukup.. lagipun hari ni nak ke Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Cemerlang kanak2 Tadika Delima Gemilang.. tempat Angah belajar.. Angah tak dapat nombor pun, cuma dapat anugerah Matematik terbaik.. Syukur alhamdulillah.. Lepas tu ada la buat persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian pokey2.. dan ambil bahagian dalam acara pakaian beragam..
Sebenarnya takde idea untuk tema pakaian beragam.. last minute terfikir... pergi ke butik pakaian tradisional India kat Masai.. beli sepasang baju punjabi dan sepasang kasut yang sedondon dengan warna baju.. Habislah dalam RM100.00. Tak menang pun, kita ajar dia menari hindustan..dia lompat2 jer kat pentas!!! Nak wat cmner..budak tu baru 5tahun..takpelah untuk suka2... dan kenangan juga..
owh... syoknya aku menulis.. resipi tak tulis2 jugak ehh.. sebenarnya masak sup ni senang jer..sapa2 pun boleh buat.... tapi saja je, aku nak tepek jugak resepi kt sini.. bahan2 pun campak2 jer apa yg ada..
Bahan-bahan
1kg gearbox kambing (siap potong), digaul dengan sedikit tepung gandum dan perap sebentar. Kemudian dicuci bersih.
Air secukupnya untuk kuah
5 biji bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
10 biji cili padi (biar sebiji-sebiji)
2 batang celeri, dihiris serong2
2 biji tomato, dibelah 2
garam dan serbuk secukup rasa
Bahan-bahan kisar
2 labu bawang merah besar
1 labu bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
2 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
Untuk taburan dalam sup (hiasan)
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang, dihiris halus
Limau nipis atau limau kasturi, dibelah
Cara-cara membuatnya
Rebus gearbox dengan air secukupnya hingga mendidih dan keluar buih. Buang air rebusan pertama tadi. Ganti dengan air baru.. (saya buat begini untuk buang lemak tepu)
Campurkan halia dan bawang putih yang diketuk. Rebus lagi sampai empuk (kalau tengok isi daging dah lekang dari tulang tu dah empuk le)... Masukkan bahan-bahan kisar, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Renehkan sekurang2nya 1/2 jam atau hingga semua bumbu meresap. Masukkan seleri, cili padi (biar sebiji-sebiji) dan tomato. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan bahan2 hiasan dan hidangkan panas2.
Selamat Mencuba..
19 November 2010
IKAN REBUS GORENG
Ada yang panggil ikan rebus.. ada juga sebut ikan kukus.. Arwah tokmek saya panggil "kkering gare" (kering garam). Kering garam ini merujuk kepada cara memasak ikan iaitu dengan menabur garam selapis selapis dengan asam keping dan ikan. Hanya sedikit air diperlukan dan dimasak atas api kecil sampai kering. Walaubagaimanapun, hasilnya sama saja..tujuannya adalah untuk menyimpan ikan supaya dapat dijadikan lauk keesokan hari. Yalah orang dulu2 mana ada peti ais untuk menyimpan ikan.
Macam-macam jenis masakan boleh dibuat menggunakan ikan rebus tetapi tengok pada jenis ikanlah. Kalau ikan tongkol, lebih sedap dibuat gulai nasi berlauk atau dibuat masak kicap. Ikan ikan lain, seperti selayang, tamban, lolong pula boleh dibuat kuah laksa atau laksam. Malah isi ikan rebus ini boleh dibuat pembuka selera iaitu sambal mangga atau dalam loghat Kelantan disebut sambal ikan putik pauh. Cara membuatnya amat mudah iaitu, cili padi ditumbuk dengan sedikit garam dan isi mangga muda. Kemudian dicampur isi ikan rebus dan digaul sebati. Sedap dibuat cecahan ulam seperti petai, jering, timun dan sebagainya.
Itulah keunikan ikan rebus, sekali rebus...macam2 boleh dibuat. Berikut adalah resipi membuat ikan rebus yang selalu saya sediakan di rumah.
Bahan-bahan
Ikan tongkol / ikan selayang / lolong / kembung dan sebagainya.
Garam kasar secukup kegunaan
Asam keping secukup kegunaan
Sedikit cuka
Gula melaka (nissae)
Bawang putih dimayang nipis2 - jika suka
Sedikit air
Cara Membuatnya
Ikan dibersihkan dan toskan airnya. Susun ikan ke dalam periuk dan taburkan garam, asam keping dan bawang putih. Buat selapis-selapis sampai habis. Taburkan gula melaka dan renjiskan sedikit cuka. Masukkan sedikit air dan jerang atas api sederhana sampai mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan buka sedikit penutup periuk supaya tidak meruap. Renehkan sampai kering airnya. Setelah masak, bolehlah dibuat gulai atau digoreng.
nota :
Jika merebus ikan dalam kuantiti yang banyak, lebihkan penggunaan air dan masak jangan sampai kering. Kemudian boleh diperangatkan setiap hari supaya tidak basi. Bagi ikan tongkol, lebih lama diperangat, akan lebih sedap rasanya. Boleh dihidang begitu saja tanpa goreng dicecah sambal belacan.
IKAN REBUS GORENG
Bahan-bahan
Ikan rebus
Bawang besar, dihiris
Lada hidup atau cili padi, dihiris
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Panaskan minyak dan goreng ikan rebus hingga garing. Kemudian, gorengkan cili dan bawang besar yang dihiris hingga garing dan tabur atas ikan rebus yang telah digoreng tadi. Sedia dihidangkan dengan nasi panas2 dan lauk-lauk kegemaran yang lain.

DAGING SINGGANG KELANTANESE STYLE
Daging masak singgang ni hanya terkenal di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Terdapat macam2 versi masak singgang dengan masing-masing punya cara masakan. Bagi keluarga saya, resepi singgang daging, ringkas sahaja.. Kalau mahukan pedas, tambah lada kering yang dikisar. Resepi daging masak singgang ini saya telah poskan sebelum ini. Tapi kali ini saja tepek resepi baru bagi memudahkan saya buat rujukan.. Mana tau kan, kot2 terlupa..
Biasanya bila tiba musim raya haji, jenuh nak makan daging singgang.. sana sini semua singgang.. nak jumpa sup pun susah.. Sebenarnya bukan saja daging atau tulang, boleh dimasak singgang, tapi paru dan limpa juga dicampur sama... terutamanya daging lembu korban.. Daging segar lah katakan..... Bahan-bahan untuk memasak daging singgang ialah:-

1kg daging + tulang atau tulang rusuk
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup,
segenggam ketumbar
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah, dihiris-hiris
2 - 3 keping asam gelugur
Lada hidup atau cili padi
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Cara Membuatnya
Rebuskan daging + tulang dengan air secukupnya hingga empuk. Sementara menunggu daging empuk, hiriskan lengkuas, halia, kunyit, bawang putih, bawang merah. Ketumbar ditumbuk kasar. Apabila daging telah empuk, campurkan bahan-bahan hiris, ketumbar, asam keping dan garam secukup rasa. Renehkan atas api kecil sekurang2nya setengah jam baru dimasukkan lada hidup sebiji-sebiji dan juga cili padi. Setelah itu, sesuaikan rasa, baru boleh dimatikan api dapur dan sedia dihidangkan. Hidangkan panas2 dengan nasi putih.
18 November 2010
AYAM MASAK HALIA BERKICAP
Lauk ayam masak halia berkicp ni sebenarnya ilham dari lauk ayam masak halia...
Saja je tambah kicap sebab nak pancing anak2 makan.. Lauk ni saya sediakan dengan bubur nasi dan telah menjadi kegemaran kami sekeluarga.
Bahan-bahannya
2 keping dada ayam, hiris kecil2 macam nak buat sate
2-3 biji lada hidup, dihiris nipis (jika suka lebih pedas, boleh gantikan dengan cili padi)
2-3 biji bawang besar, dihiris nipis
2 biji tomato, dibelah2
1 buku halia muda, dimayang halus
sedikit lada hitam ditumbuk
1 labu bawang putih, diketuk2
Kicap pekat manis secukup kegunaan
Minyak untuk menumis
Bunga kubis - jika suka
Daun bawang, dipotong2
Cara-caranya
Gaulkan ayam dengan lada hitam. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap. Keluarkan dari kuali dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan halia muda hingga kekuningan. Masukkan ayam yang telah digoreng, kicap dan kacau rata2. Akhir sekali masukkan semua bahan lain dan kacau sekejap hingga sayur-sayuran separuh layu. Terus diangkat dari api dan hidangkan.
nota : tak perlu dimasukkan garam sebab kicap dah cukup masin. Gunakan kicap sebanyak mana yang diingini..

17 November 2010
JUADAH DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA 2010
Tahun ini, dah masuk tahun ke 15, saya sambut raya haji di perantauan. Rasa sedih juga, tapi nak wat camne kan.. Raya haji kat kampung halaman jatuh pada musim hujan/tengkujuh.. Lagi pula cuti raya haji cuma satu hari.. Saya korbankan masa saya dan sambut raya di sini.. Biasanya kami beraya di rumah mertua di Parit Yaani, Yong Peng, tapi pagi ini tak berkesempatan sebab suami bekerja.
Aidiladha kali ini, sambut raya di rumah kami sendiri, saya cuma siapkan sambal nyor, rendang dan sambal kacang je sebagai juadah hari raya.. tiada kuah lodeh, sepertimana kebiasaan juadah raya orang Johor.. Tetapi gabungan juadah dua negeri, melengkapkan hidangan pagi ini..
Semasa balik dari kampung pada Ahad lepas, kat Pekan Parit Yaani ada orang menjual pucuk daun kelapa. Jadi suami saya telah membelinya untuk dibuat ketupat. Suami saya orang Johor lebih pandai menganyam ketupat, berbanding saya yang hanya tahu menganyam ketupat bawang sahaja..
Sambal nyor @ kerisik, sedap dimakan dengan ketupat nasi atau nasi impit.. Sedap digandingkan dengan sambal kacang.. Masa saya kecil2 dulu ummi selalu sediakan sambal nyor ini setiap kali buat ketupat nasi atau nasi impit.. terutama pada hari raya. Tapi sekarang, ummi dah sibuk dengan bisnes dia.. Nasib baik saya pandai wat sendiri.. So, takde lah terkempunan sangat...
Bahan-bahan untuk sambal nyor
1 biji kelapa, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan rapuh
4 batang serai, dihiris halus
1 cm halia
2 biji bawang merah besar
satu sudu kecil garam
1/2 keping besar nissae (gula melaka)
3 ekor ikan selayang (dibakar tawar, ambil isinya)
Cara Membuatnya
Mula2 tumbuk kelapa goreng sampai halus dan pecah minyak sedikit. Ketepikan. Tumbukkan serai, halia dan bawang sampai halus. Masukkan garam dan nissae. Tumbuk lagi sampai sebati, masukkan isi ikan dan tumbuk sampai bergaul rata. Keluarkan dari lesung, campurkan dengan kelapa goreng yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata2 dan sesuaikan rasa. Sambal nyor ini jangan terlalu kering atau terlalu basah. Cukup sekadar nampak lembap2 saja. Sesuai untuk dicecah nasi impit dan juga boleh dijadikan sambal nasi dagang.
nota : Sambal nyor yang telah siap, boleh disangai sebentar atas api kecil untuk mengelakkan cepat basi.
Sambal kacang atau kuah kacang, dimasak jam 5.30 pagi tadi.. Kali ini saya tidak menggunakan udang kering atau belacan sebagai ramuan kuah kacang, sebab saya mahukan aroma kacang tanah goreng yang wangi itu.
Bahan-bahan
1 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak sampai garing, buangkan kulitnya.
2 batang serai
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
10 biji cili kering, direndam
sedikit lengkuas dan halia
garam, gula dan sedikit nissae (gula melaka)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
Cara membuatnya
Kacang tanah dikisar tapi jangan terlalu halus. Ketepikan. Serai, bawang putih, bawang merah cili kering, lengkuas dan halia dikisar lumat. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai garing, masukkan garam, gula secukup rasa dan juga sedikit air asam jawa. Kacau sampai naik minyak merah. Masukkan kacang tanah yang dikisar, santan dan nissae. Masak sampai pekat. Sedia untuk dihidangkan.
Rendang ayam, dimasak jam 7.00 pagi tadi.
Bahan-bahan untuk rendang ayam
1 ekor ayam, potong kecil dan cuci bersih.
4 helai daun kunyit, dihiris halus
4 helai daun limau purut, disiat2
4 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik
garam, gula melaka secukup rasa
2-3 keping asam gelugur
6 batang serai, diketuk
1 paket kecil rempah rendang adabi
Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
10 biji cili padi
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai garing. Masukkan serai, rempah rendang adabi, asam gelugur, garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam. Kacau rata-rata. Tutup kuali dan kecilkan api. Masak hingga ayam mengecut, baru dimasukkan santan dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Ketupat, direbus malam tadi. Saya rebus tak lama, cuma dua jam aje.. sebab dah mengantuk. Maklum, siang kerja.. jadi lepas makan malam, baru mula merebus ketupat ni..
KETUPAT DAUN KELAPA
Isikan beras yang telah dibasuh ke dalam sarung ketupat. Jangan isi penuh2, cukup sekadar kurang dari separuh sarung untuk mendapatkan ketupat yang elok dan tidak terlalu keras atau tidak terlalu lembik (bergantung pada jenis beras - saya guna beras cap ketupat). Rebuskan ketupat selama 2 jam atau lebih. Lebih elok apabila cukup satu jam, diganti air baru. Apabila telah masak, keluarkan dari periuk dan siram dibawah aliran paip air dan digantung supaya cepat sejuk dan mengelakkan cepat basi.
Selamat mencuba.
JUADAH MAKAN MALAM
Ini ialah juadah makan malam kami masa kt kampung... Menu yang ringkas tapi sedap.. Ada ikan gelama goreng, sup ayam, asam pedas ikan kembung (baki lauk tengah hari), sayur kubis panjang goreng campur sotong, ulam timun dan paling istimewa cencaluk... Kebetulan adik ipar baru balik dari Melaka, bawa pulang cencaluk.. Jadi dapat merasa cencaluk yang fresh dari ladang.. hehehe
Lauk asam pedas ikan kembung ni, adik iparku yang masak.. Saya cuma tepek gambar jer..
Sup ayam ni pun baki semalam punya.. Diperangatkan balik, sedap..sebab dah menyerap semua bumbunya.. ini pun adik iparku yang masak..
Pucuk tenggek burung ni, saya petik kat belakang rumah mak.. Masih fresh lagi, lepas petik terus snap gambar..
Ikan gelama goreng...Sedap dimakan panas2..
Sayur kubis panjang goreng campur sotong.. Alah, nak masak senang aje..Cuma tumis2kan bawang, campurkan sotong.. Tambahkan garam, gula dan sedikit lada sulah secukup rasa..Akhir sekali, masukkan sayur kubis panjang dan hirisan cili dan bawang besar.. kacau jangan sampai sayur lecur sangat.. Nanti benyek sayurnya, tak sedap...
Yang ini paling special.. Cencaluk ni adalah pembuka selera.. Semua orang makan, kecuali mak dan suamiku.. Mak cuba nak merasa, tapi dilarang sebab beliau ada darah tinggi.. Cara nak sediakan cencaluk ni senana aje..Cuma campur hirisan bawang merah atau bawang besar, cili padi (dari kebun mak) dan perahkan limau kasturi. Nak bagi kurangkan masin, tambahkan sedikit air didihan nasi...Gaul rata2.. Tapi tak boleh makan selalu..sebab tahap kemasinannya yang sangat tinggi..